Assalamualaikum Waramatulahi Wabarakatuh,
Banyak yang saya ingin kongsikan tentang pengalaman yang saya lalui sendiri di Jabatan Agama, Jabatan Pendaftaran dan kerenah org Islam sendiri namun saya hanya mampu berkongsi satu isu dalam satu post supaya tidak terlalu semak blog saya.
Saya
berpendapat bahawa segelintir masyarakat terkeliru tentang keutamaan di dalam
Islam terutamanya terhadap mereka yang baru memeluk Islam mahupun mereka yang telah lama beragama Islam. Contohnya adalah seperti terlalu mementingkan untuk mengkhatam Quran dan setelah mengkhatamnya maka mereka berusaha bersungguh-sungguh memperbetulkan tajwid mereka. Saya tidaklah mengatakan apa yang dilakukan tidak betul malahan ianya adalah sesuatu yang bagus untuk dilakukan kalau dibandingkan dengan mereka yang tidak membaca atau menyentuh Quran akan tetapi mereka sangat mementingkannya sehingga
betul dan kena kedua-duanya seiring seolah olah kalau kurang salah satu
maka kuranglah keIslaman seseorang....
Persoalannya ; Apakah seseorang itu kurang Islamnya andai tidak tahu membaca Quran dalam bahasa Arab dan tidak mengkhatam serta tajwidnya tak betul?
Apa yang saya percaya
lebih penting bukanlah khatam, tajwid kena betul dan baca bahasa Arab
tetapi pemahaman Quran itu sendiri yang harus dititik beratkan. Khatam dalam bahasa Arab serta tajwidnya boleh diperbetulkan kemudian kerana Quran itu adalah petunjuk/panduan sebagaimana Allah berfirman;
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang
datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk
bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Macam mana nak
jadi petunjuk kalau kita tak faham apa yang dibaca? Apakah cukup sekadar Quran diletakkan di tempat
yang tinggi sebagaimana popularnya amalan ini? Cuba kita bayangkan andai kita beli buku memasak sebab kita nak belajar cara-cara memasak tetapi buku tersebut adalah di dalam bahasa asing yang kita tidak faham jadi bagaimana kita boleh memasak mengikut buku tersebut? Bukankah objektif kita adalah untuk belajar memasak BERPANDUKAN buku tersebut?
Begitu jugalah dengan Quran kerana Quran itu adalah petunjuk/panduan untuk kita. Pemahaman bahasa
Arab amat penting bagi kita menghayati Quran sepenuhnya tetapi berapa ramai
orang Islam yang dah lama Islam sampai sekarang apabila ditanya apakah
maksud al-Fatihah mereka mampu menjawabnya dan mereka pun ternganga sedangkan mereka membacanya 17
kali sehari dan 6205 kali setahun?? Dalam solat kita meminta Allah
memberikan petunjuk tetapi kita tak faham lepas tu kita salahkan Allah (naudzubillah) sebab tak bagi petunjuk sedangkan kita sendiri tak faham. Saya kagum dengan mereka yang menghafal Quran dan faham maksudnya...
Ramai umat Islam hari ini tidak mampu menyelesaikan masalah mereka bukan kerana mereka tidak mengkhatam Quran dalam bahasa Arab dan sebutan tajwidnya tak betul sedangkan Pak Arab mengaku bacaan orang Malaysia ni lagi sedap dan hebat dari mereka yang berbangsa Arab tetapi kerana mereka tidak faham apa yang disampaikan oleh Allah dalam Quran...
“Orang mukmin
yang membaca al Quran dan dia lancar dalam membacanya,maka ia akan bersama para
malaikat yang mulia lagi suci, adapun orang mukmin yang membaca al Quran,
sedang ia terbata-bata (sukar) dalam membacanya, lagi berat (dalam mengucapkan
huruf-hurufnya ) ia akan mendapat pahala dua kali lipat.”
(Sahih al-Bukhari
No 459)
Ini hanyalah pendapat
saya dan anda boleh setuju atau tidak bersetuju dan kita meraikan
perbezaan pendapat. Saya lebih selesa & yakin baca dalam bahasa yang saya faham
dan andai ada ayat yang saya kurang faham makna maka saya akan bertanya kepada yang tahu sebagaimana firman Allah;
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai
Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka
(bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu
tidak mengetahui
Saya
lebih yakin begitu... Bagaimana pula dengan anda?
Nota tambahan : Saya meminta para pembaca supaya membaca sehingga habis dan jauhkan sentimen kerana ada yang merasakan saya menghentam mereka yang belajar Quran & Tajqwid sedangkan sudah jelas dalam artikel ini saya menyokong mereka yang belajar Quran & Tajwid.... Pemahaman yang mendalam akan memantapkan akidah kita dan andai mampu maka belajarlah tajwid beserta tafsirnya sekali andai tidak mampu maka mulakan dengan tafsir supaya kita mendapat pengajaran dan petunjuk darinya. Islam itu mudah sebagaimana firman Allah;
"Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran."
(Surah Al-Baqarah : Ayat 185)
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan, dan juga menanggung dosa
kejahatan apa yang diusahakannya."
(Surah Al-Baqarah : Ayat 286)
Serta sabda Nabi Muhammad s.a.w;
“Sesungguhnya Allah Swt. tidak
mengutusku untuk mempersulit atau memperberat, melainkan sebagai seorang
pengajar yang memudahkan.”
(Hadith riwayat Muslim)
"Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang itu mempersulitkan agama melainkan dia sendiri dikalahkan ....... "
(Hadith riwayat Bukhari)
assalamualaikum...
ReplyDeletesaya bersetuju dgn pndapat saudara, walaubagaimanapun membaca al-quran dengan bertajwid (baca dlm bhs arab)juga adalah penting...
seperti mana diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.
(Hadith Riwayat Ad Darimi Tarmizi)
tetapi sekiranya di combine kn diantara membaca dengan bertajwid & memahami keseluruhan ayat al-quran dengan baik adalah terbaik... ^_^
ya benar... saya menyokong kenyataan saudara andai kita mampu maka gabungkan pembelajara kedua-duanya....
Deletethe sooner you learn the Qur'an tajweed the better for you, nobody is forcing you how much pahala you want to get from reading it correctly, right ? if you think time is on your side(i don't know when is my time), then wait la..siapa rugi ?
ReplyDeleteKnowing the meaning is EQUALLY important.
Thanks for your comment sis....
Deletesalam brother,
ReplyDeleteironically kalau nyanyi lagu jepun ke korea, seboleh-boleh kita nak tahu makna, kan? tapi bila baca quran = kalam Allah.... takkan tak faham pun tak apa?
"prove the sincerity of your respect for the Quran by putting its teachings into practise, not by arguing about it. yes you are right bro firdaus. thanks"
ReplyDelete