"Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu serta makanlah dari makanan yang ada dekatmu"
[Sahih Bukhari & Muslim]
"Apabila seseorang dari engkau makan, maka hendaklah menyebut nama Allah SWT - iaitu mengucapkan Bismillah. Jikalau ia terlupa menyebutkan nama Allah SWT pada permulaan makannya itu, maka hendaklah mengucapkan BISMILLAHI AWWALAHU WA AKHIRAHU, ertinya: Dengan nama Allah pada permulaan makan dan pada penghabisannya.
[Abu Daud & Tirmizi. Imam Tirmizi mengatakan ini hadis hasan sahih]
Apabila berkunjung ke rumah saudara dan rakan sempena Tahun Baru Cina ini maka tunjukkanlah akhlak dan cara kita sebagai orang Islam.
Jangan ingat dengan Bismillah orang tak tertarik dengan Islam kerana ketika Baginda s.a.w berdakwah di Taif, Baginda s.a.w dipulaukan dan tiada seorang pun yang memeluk Islam sehingga apabila baginda melarikan diri dan bersembunyi di sebuah rumah lalu hamba abdi itu memberikan air kepada Baginda s.a.w dan Baginda membaca Bismillah sebelum minum dan hamba abdi tersebut memeluk Islam kerana adab dan juga dia tahu baginda adalah Nabi... Allah...
Ikutah sunnah Rasulullah s.a.w apabila kita makan. Hadis dengan lafaz iaitu:
"Allahuma Barik Lana Fima Razaqtana Waqina Azarbanar"
Maksudnya:
Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami atas rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan peliharakanlah kami dari azab neraka, lalu membaca bismillah (atas makanan yang dimakan).
1. Periwayat Hadith: Ibnu As-Sunni
2. Status Hadith: LEMAH
3. Sebabnya: Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Muhammad bin Abi Az- Zuaizi 'ah.
Kata Imam AI-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
Kata Imam Ibnu Adi: Kebanyakan apa (hadith) yang diriwayatkannya tidak boleh diikuti (yakni hadithnya tidak boleh menguatkan hadith yang lain).
Kata Imam Ibnu Hibban: Tidak halal berhujah dengannya.
Kata Imam Abu Hatim: Ia seorang yang sangat mungkar hadithnya.
4. Keterangan: Doa di atas biasa diamalkan di dalam masyarakat kita sebagai "doa makan" dan dihafal oleh setiap peringkat umur bermula dari kanak-kanak di peringkat pra-sekolah lagi.
Oleh kerana kedudukan hadith tersebut lemah, maka yang patut diamalkan dalam bab ini ialah apa yang dinyatakan di atas maka cukuplah dengan membaca Bismillah sahaja... Cantik dan mudahnya Islam apabila kita mengikut sunnah Baginda s.a.w....!!!
aslmkm..xsalah pon jika nk baca doa mcm tu..kita kene paham definisi doa tu sendiri..doa maksudnya dan penggunaanya luas serta besar..jnj jgn kite mintak yg bkn2 dah..sesungguhnya doa tu meminta kepada ALLAH..so bg sy xsalah pon..bknnya ada unsur yg boleh membawa kpd syirik...
ReplyDeletesila lawati laman blog isteri saya..salam perkenalan dari bumi anbia...
http://papamama-cintasuci.blogspot.com/
Ada juga pendapat ulamak yang ianya adalah daif bukan sampai tahap mauduk.
ReplyDeleteDan hadis daif boleh diamalkan dengan batas2nya.