Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Wednesday, September 24, 2014

(Gambar) JAIS Melawat Rumah Ibadat Agama Lain & Muslim Di Dalam Gereja...!!!


JAIS buat 'hal' lagi... Dikhabarkan JAIS 'menyerbu' beberapa rumah ibadah agama lain di negeri Selangor. Terang lagi bersuluh... Biarlah gambar menjadi buktinya... 


Kelihatan umat Islam di dalam Gereja St Thomas Mar Thoma Syrian, Klang






Lagi bukti umat Islam di dalam gereja...



Bukti lagi...



Siap bergambar lagi...

Sebenarnya ini adalah program lawatan muhibah ke rumah-rumah ibadah anjuran pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dihadiri seramai 50 peserta yang terdiri daripada golongan agamawan dikalangan ustaz dan ustazah seluruh negeri Selangor. Program ini merupakan salah satu daripada latihan pratikal dalam kursus perbandingan agama yang mereka telah hadiri bermula dari Fasa 1 hingga Fasa 6.

Objektif program lawatan adalah;

1) Memupuk persefahaman antara pelbagai penganut di Malaysia
2) Membetulkan salah faham dan membendung perasaan pra sangka
3) Membina hubungan
4) Andai timbul sebarang isu di masa hadapan, mereka dapat bertindak dan boleh mencari jalan  penyelesaikan secara bersama 

Selain dari melawat Gereja St Thomas Mar Thoma Syrian di Klang, rombongan JAIS ini juga melawat beberapa rumah ibadah di sekitar Selangor seperti  Tokong Samadhi Vihara Buddha di Shah Alam serta Kuil Seri Maha Mariamman di Shah Alam.



LAWATAN KE SAMADHI VIHARA BUDDHA

Pintu masuk Tokong Samadhi Vihara Buddha




 Sukarelawan tokong memberikan taklimat dan penerangan kepada para peserta





 Bro Shah Kirit berkongsi mengenai Islam dengan para sukarelawan tokong



 Bro Shah Kirit menerima cenderahati dari pihak tokong







LAWATAN KE KUIL HINDU

 Disambut dan diberikan oleh sami Hindu di Kuil Seri Maha Mariamman

 Bergambar kenangan sebagai tanda persahabatan


Respon daripada pihak yg dikunjungi amatlah memberangsangkan. Mereka mengatakan inilah pertama kali mereka dikunjungi oleh orang Islam secara beramai-ramai. Mereka juga melahirkan keterujaan dan kegembiraan serta berharap agar kunjungan seperti ini akan diadakan serta diteruskan pada masa hadapan. Malahan mereka juga menyatakan hasrat serta minat utk mengunjungi masjid-masjid di masa hadapan.

Manakala respon daripada para peserta pula amat menggalakkan dan mereka sangat menghargai program kunjungan muhibah ke rumah ibadah seperti ini yang membuka mata mereka perihal pentingnya berkomunikasi bersama penganut agama lain serta menyampaikan mesej Islam yang sebenar kepada mereka agar salah faham terhadap Islam akan dapat dikurangkan. Satu pengalaman baru bagi mereka dan kunjungan seperti ini juga sangat berharga kerana banyak membantu membetulkan salah tanggapan terhadap agama lain sekaligus dapat mengurangkan mahupun menghilangkan persepsi negatif serta pelbagai isu-isu yg banyak memecah belahkan keharmonian masyarakat. Amat pelik apabila 'serbuan' kali ini tidak dilaporkan dalam media perdana dan juga alternatif secara meluas... Tahniah JAIS atas usaha ini dan semoga akan dapat diteruskan program-program seperti ini...


Nota penulis;

Keharmonian akan dapat dicapai apabila umat Islam yang merupakan majoriti di bumi Malaysia ini memainkan peranan dengan bergaul bersama bangsa dan agama lain serta menunjukkan akhlak serta tauladan yang baik kepada mereka dan dalam masa yang sama menyampaikan mesej Islam yang sebenar kepada mereka. Tidak kurang juga peranan yang perlu dimainkan oleh bangsa serta penganut agama lain untuk menyelidik segala berita mahupun khabar angin yang mereka dengar berkaitan Islam agar mereka tidak tersalah faham mengenai Islam ini dengan merujuk kepada mereka yang pakar. Perlu diingat bahawa tidak semestinya mereka yang bergelar Muslim tahu semua dan begitu juga pakaian tidak melambangkan tahap keilmuan seseorang. 

Media massa perdana mahupun alternatif juga perlu adil dan seimbang dalam laporan mereka kerana adakalanya bersikap selektif dalam laporan mereka khususnya mengenai Islam yang sering melaporkan separuh kebenaran mahupun informasi yang kurang tepat. Media massa bukan berbahasa Melayu juga mestilah meminta pandangan mengenai Islam dari mereka yang pakar dan tiada kepentingan politik ketika mewawancara agar maklumat tepat mengenai Islam dapat disampaikan. Harap tidak akan ada pihak yang cuba memainkan sentimen perkauman mahupun agama dengan memanipulasi gambar-gambar yang dikongsikan untuk perjuangan sempit agenda mereka sendiri. 

Jom dakwah....

2 comments:

  1. Any efforts to convert tolerance to understanding and acceptance is lauded. Good work.

    ReplyDelete
  2. Saya suka blog ini. Membahas isu isu emosional. Saya malu dan kecewa dgn masy melayu Islam yg biadap dan celupar di alam maya. Sedangkan akhlak mulia itu tuntutan Islam.

    ReplyDelete

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...