Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Tuesday, March 19, 2013

Travelog IDT : Miri, Sarawak


Assalamualaikum Waramatulahi Wabarakatuh,

Alhamdulilah, pada minggu lepas dari 15-17 Mac, pihak IKRAM MIRI telah menjemput kami untuk mengadakan kursus Interactive Dakwah Training di Miri. Dalam mana-mana yang kami pergi, ianya tidak akan lengkap tanpa menikmati makanan tersedap tempatan. Malahan semasa kami berada di KLIA lagi, kami telah kenalpasti apa yang ingin kami makan di sana dan sudah pasti perjalanan ke Sarawak tidak lengkap tanpa makan Mee Kolok. Setibanya kami di Miri, selepas check in kami telah dibawa makan Mee Kolok sebelum ceramah maghrib oleh YDP IKRAM MIRI, Encik Mustapha.


Sunday, March 10, 2013

Arnoud van Doorn : Dari Parti Anti Islam Ke Islam



Masihkah kita ingat ahli politik Belanda di atas yang bernama Geert Wilders? Ya beliaulah yang telah menerbitkan sebuah filem pendek tertajuk "Fitna" pada tahun 2008 yang menghina Islam di mana beliau cuba menonjolkan bahawa Quran mengajar penganutnya untuk bertindak ganas, menafikan hak wanita dan sebagainya.

Posting hari ini bukanlah mengenai beliau tetapi adalah mengenai salah seorang ahli parti politiknya yang bernama Arnoud van Doom (dikhabarkan beliau telah keluar dari parti Geert Wilders pada 2011). Ada apa dengan Arnoud van Doom dan kenapa perlu bercerita tentang ahli politik kepada sebuah parti politik yang anti Islam? 



Arnoud van Doorn menerusi laman TWITTER peribadinya pada 27hb Feb 2013 telah menulis dua kalimah shahadah - "Ashadu alla illaha ilalah, Wa ashadu anna Muhammadan Abduhu Wa Rasullu" yang bermaksud "Aku Naik Saksi Tiada Tuhan Melainkan Allah, Aku Naik Saksi Bahawa Muhammad Adalah Pesuruh Allah"

 'screenshot lafaz shahadahnya'

Bagaimana beliau boleh mengambil keputusan yang begitu drastik sedangkan bekas pemimpin partinya iaitu Geert Wilders seorang yang dikenali sebagai anti-Islam dan disajikan dengan berita anti-Islam saban hari, beliau menjawab;

"Saya mendengar serta membaca begitu banyak berita negatif tentang Islam tetapi saya bukanlah jenis manusia yang ikut pendapat orang lain tanpa melakukan KAJIAN saya sendiri"

Di bawah adalah screenshot laman TWITTERnya serta pautan temuramahnya dengan Al-Jazeera;

 'Pautan temuramahnya boleh dibaca di sini'


Alhamdulilah, Arnoud van Doorn telah memilih Islam selepas melakukan kajian mengenai Islam menerusi sumbernya iaitu a-Quran & As-Sunnah serta penulisan yang lain selama setahun. Walaupun beliau sedar bahawa dengan keputusannya memeluk Islam pasti akan mendapat tentangan terutamanya dari Geert Wilders & Ahli Parti PPV pimpinan Geert Wilders serta institusi kerajaan yang lain, Arnoud van Doorn dengan tenang menjawab;

"Saya mempunyai keyakinan yang Allah akan membantu saya serta membimbing saya melalui semua ujian ini"

Yakinnya Arnoud van Doorn dengan janji Allah di dalam Quran;

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu"
(Muhammad 47:7)



Bagaimana pula dengan anda yang masih keliru mana agama yang benar? Bagaimana pula dengan anda yang menolak Islam kerana apa yang telah didengar dan dibaca? Adakah anda telah melakukan kajian tentang Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Arnoud van Doorn? Kajilah agama Islam dengan jujur dan ikhlas dan InshaAllah kalian akan menemui kebenaran di dalam Islam. 

"Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberik petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya)
(Al-Baarah 2:213)



Lakukanlah kajian dan bertanyalah kepada mereka yang anda yakini keilmuan mereka jikalau anda tidak mendapat jawapan yang memuaskan. Teruskan pencarian anda... Jikalau anda perlu berbincang, anda juga boleh menghubungi saya di 017 - 647 9978. 


ANDA BOLEH BACA ARTIKEL YANG BERKAITAN DI SINI;

> http://muslimvillage.com/2013/03/06/36660/far-right-dutch-politician-converts-to-islam/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...