Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Saturday, December 15, 2012

Benarkah Nabi SAW & Abu Bakar Menyuap Yahudi Tua Tanpa Memberitahu Identiti Mereka?


Sering kali kita mendengar di corong radio, TV, penceramah di surau & masjid mahupun di atas pentas forum. Kisah ini tidak lain tidak bukan adalah berkenaan Nabi Muhammad SAW menyuap seorang Yahudi tua di pasar setiap hari & Abu Bakar menyambung tugas ini selepas kewafatan Baginda SAW. Riwayat yang selalu didengar dan juga dibaca di blog adalah seperti berikut;


Hijrah - Benarkah Ali Ibn Abi Talib Tidur di Atas Katil Baginda SAW Pada Malam Berlakunya Hijrah?


PERISTIWA HIJRAH YANG KITA KETAHUI

Bukalah dan bacalah buku sirah dan maghazi mana sekalipun, hampir-hampir tidak akan kita temui suatu gambaran peristiwa hijrah Nabi s.a.w. yang berbeza dari yang selalu kita dengar dan kita ketahui iaitu :


Friday, December 14, 2012

Benarkah Sayyidina Umar Ibn Khattab Pernah Membunuh Anak Perempuannya?


Ada beberapa buah buku yang disebarkan dengan agak meluas dalam masyarakat memuatkan kisah Sayyidina Umar r.a kononnya telah membunuh seorang anak perempuan dengan menanamnya hidup-hidup, seperti buku Sepuluh Sahabat Dijamin Ahli Syurga oleh Muhammad Ali Quthub, terbitan Pustaka Nasional Pte. Ltd (1984), ms. 50-51. Terdapat juga dua artikel yang disiarkan di dalam akhbar Harakah. Satunya disiarkan sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak di ruangan BESTARI (Harakah, 18 Disember 1998), dan satu lagi artikel hasil penyelidikan satu kumpulan yang memakai nama ILHAM (Harakah, 30 Nov. 1998). Kedua-duanya memuatkan cerita yang sama dengan sedikit perbezaan ibaratnya.


Thursday, December 13, 2012

Sahihkah Apa Yang Kita Pelajari Selama Ini?


Berakhirnya hari pertama seminar bersama Maulana Asri Yusoff di Kelantan. Antara perkara yang harus kita ambil perhatian adalah BERHATI-HATI dalam membeli buku ataupun novel agama. Paling mengejutkan apabila novel sirah sahabat dan Imam ASWJ popular menjadi ejen menyebarkan maklumat yang salah kepada orang awam.

Tanpa kita sedari, begitu banyak informasi yang disajikan kepada kita adalah riwayat Israilliyyat, riwayat palsu ataupun berunsurkan racun Syiah. Pernahkah kita mendengar atau membaca kisah seperti:

> Umar ibn Khattab menanam anak perempuannya hidup-hidup sebelum memeluk Islam?
> Nabi Muhammad SAW menyuap seorang lelaki buta Yahudi tanpa mendedahkan siapa dirinya?
> Nabi Muhammad SAW mengucapkan Ummati Ummati Ummati sebelum wafat?
> Ali ibn Abi Talib mengantikan Nabi SAW di katilnya ketika peristiwa hijrah?
> Muawiyah ibn Abu Sufyan seorang yang zalim?

Semua yang disebutkan di atas adalah Israilliyat, riwayat palsu ataupun riwayat Syiah yang telah menular dalam masyarakat Islam kita sejak sekian lama. Mengapa ini terjadi? Kebanyakan kisah di atas disebarkan oleh Ustaz & Ustazah yang kurang cermat dalam penyampaian ilmu dan menyampaikan kepada orang awam seperti kita ketika berceramah. Bagaimana kita nak pastikan buku & kisah yang dibaca adalah sahih? Beberapa tips untuk mengenal pasti;

> Tanya kepada mereka yang pakar dalam bidang tersebut. Bukan Ustaz celebriti ataupun ustaz yang popular tetapi mereka yang memang pakar dalam bidang hadis.
> Beli buku yang terdapat nota kaki. Penulis dan penerbit yang bertanggungjawab akan meletakkan sumber dari mana mereka mendapatkannya.

Wallahualam....

Tuesday, December 11, 2012

Mengapa Bukan Islam Pilih Agama Lain & Bukannya Islam : Buku...!!!



Saya sempat singgah sebentar di MPH Mid Valley petang tadi untuk melihat apakah tajuk buku terbaru yang menarik di pasaran. Saya melihat beberapa lelaki Cina membelek rak buku agama. Ya buku agama tetapi bukan buku agama Islam.

Monday, December 3, 2012

Dulu & Kini. Sesal Dahulu & Sesal Kemudian.


Dulu ketika masih di sekolah, peraturan sekolah mewajibkan berambut pendek & kemas tetapi kita nak juga berambut panjang dan ‘stylo’,


'stylo' punya pasal
Dulu ketika masih di sekolah, peraturan sekolah mewajibkan pelajar memakai tali leher pada setiap hari Isnin tetapi kita sengaja tak pakai tali leher,
Dulu ketika masih di sekolah, baju pelajar lelaki mestilah dimasukkan ke dalam seluar dan kemas tetapi kita nak juga tunjuk hero dan keluarkan baju dan membuka satu atau dua butang baju,

Dulu ketika masih di sekolah, mak bapa suruh belajar rajin-rajin tetapi kita pula buat acuh tak acuh,

Kini kita telah dewasa dan berada di alam pekerjaan, kita berambut pendek dan kemas supaya mudah dijaga dan juga nampak segak bergaya,
Kini kita telah dewasa dan berada di alam pekerjaan, kalau boleh nak cari kerja yang perlu pakai tali leher supaya nampak ‘stylo’ & kemas kerana nak bergaya eksekutif,
Kini kita telah dewasa dan berada di alam pekerjaan, baju dimasukkan dan dibutang kemas kerana takut orang kata kita selekeh,
Kini kita telah dewasa dan berada di dalam pekerjaan, kita membeli buku, menghadiri seminar, kursus & mendaftarkan diri di dalam university jarak jauh kerana kita mula sedar pentingnya ilmu dan singkatnya masa.

Perjalanan manusia penuh dengan penyesalan dan perubahan. Alhamdulilah sekurang-kurangnya masih diberi kesempatan untuk berubah tetapi ADAKAH kita akan menyesal di akhirat akibat keputusan yang kita lakukan di dunia di mana kita menghambakan diri kita kepada nafsu berbanding menghambakan diri kepada Allah? Adakah kita akan menyesal menyembah berhala & syaitan yang tidak mampu membawa manfaat kepada diri kita sebagaimana firman Allah SWT;

Dan berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut itu; andainya kami mendapat peluang kembali ke dunia, tentulah kami akan berlepas diri dari mereka sebagaimana sekarang mereka berlepas diri dari kami. Demikianlah Allah memperlihatkan amalan-amalan mereka menjadi penyesalan-penyesalan kepada mereka dan mereka tidak sekali-kali akan keluar dari neraka.”
[Al-Baqarah: 2:166-167]


Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.



Saturday, November 24, 2012

InshaAllah Atau In Sha Allah? Sahih Ke?


Banyak tersebar di Facebook bahawa Dr. Zakir Naik menasihati umat Islam agar jangan tulis InshaAllah tetapi menulis In Sha Allah. Adakah sumber ini sahih dari Dr. Zakir Naik?







Thursday, November 22, 2012

Siapa Yang Akan Membantu Pemuda Ini...???


Ilmuan Islam kita telah disibukkan dengan berbalah isu furu', politik dan sengketa peribadi,
Adakah patut ketika solat tangan di letak di atas dada atau di bawah pusat?,
Adakah boleh mengerakkan jari ketika tahiyat?,
Adakah batal wudhu bersentuhan suami Isteri?
Apakah boleh menasihati pemerintah secara terang-terangan?
Bolehkah Muslim mendalami ilmu perbandingan agama?

Andai sesama ilmuan Islam berbalah tak sudah, bagaimana pula dengan orang awam?
Sindir menyindir sesama ilmuan Islam menjadi ikutan di sosial media,
Berdebat menjadi sajian harian,
Buka Facebook untuk menghentam saudara seIslam yang lain,
Fitnah bukan lagi perkara pelik,
Saling membuka aib saudara seIslam,
Ramai yang ikhlas mencari ilmu namun banyak juga yang tewas dek merasa ilmu terasa banyak di dada sehingga memperkecilkan pihak lain yang mereka rasa jahil,

Kini, kita telah menjadi umat yang menghukum,
Apakah kita ingin mengambil alih tugas Allah menjadi Hakim? Naudzubillah..
Kita merasakan diri kita sungguh alim dari yang lain dan tidak boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan mereka yang masih jauh dari Islam,
Jikalau itu sikap kita, kepada siapakah harus mereka rujuk andai semuanya menjauhkan diri,
Siapakah yang akan menasihati mereka?,

Siapakah yang akan membantu pemuda seperti di bawah ini yang saya percaya ramai di kalangan anak muda kita mempunyai kisah yang sama atau lebih pilu darinya? Tontonlah video di bawah ini dan hayatilah rintihannya... Siapa yang akan membantu pemuda sepertinya? Siapa?



Kenapa perkara sebegini terjadi?
Di mana silapnya?
Tugas siapakah membantu saudara seIslam?
Usah dituding jari ke arah Jabatan Agama, Kerajaan, Ustaz mahupun ilmuan Islam,
Tepuk dada tanyalah diri apakah kita telah membantu dengan menunjukkan kasih sayang berbanding dengan budaya suka menghukum?

Renung-renungkan.....

A013
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
(Al-Hujuraat 49:13)

Saturday, November 3, 2012

Kem Remaja Soleh 2012. TAWARAN BIASISWA...!!!




Apa yang akan diperolehi oleh peserta-peserta kem ini?


- Memperbaiki kualiti solat

- Mengenali sunnah-sunnah harian Rasulullah s.a.w yang sering dilupakan

- Memahami asas-asas akidah Islam

- Memperbaiki mutu bacaan al-Quran

- Memahami tanggungjawab sebagai seorang anak

- Mengenali sirah kehidupan sahabat Nabi radiallahu ‘anhum ajma’in.



Siapakah yang boleh menyertai program ini?

Golongan remaja berusia dua belas hingga enam belas tahun, lelaki dan perempuan.



Siapakah yang terlibat dalam program ini?

Barisan fasilitator yang terdiri daripada guru-guru agama, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan International Islamic College (IIC), serta lulusan Darul Quran JAKIM.

Penampilan istimewa Imam Muda Asyraf yang akan mengisis slot “We Love You Rasulullah”


Bilakah program ini berlangsung?

16 November 2012 (Jumaat) sehingga 18 November 2012 (Ahad).
Sesi pendaftaran peserta pada hari pertama (Jumaat 17 November 2012) akan bermula pada jam 3.30 petang sehingga jam 4.00 petang, dan program akan tamat pada hari Ahad 19 November 2012. Pada hari terakhir, akan diadakan majlis penutup dan perjumpaan dengan ibu bapa peserta bermula pada jam 3.00 petang.



Di mana?

Pusat Rekreasi Alang Sedayu, Batu 12 3/4 Gombak













Bagaimanakah mahu mendaftar?

Sila sms kan maklumat-maklumat berikut:

- Nama Peserta

- Umur Peserta

- No. telefon untuk dihubungi

- dan E-mel

kepada

Mohd Masri – 013-2506391 atau

Aina - 013-2907191




Bagaimanakah pembayaran dibuat?

Pembayaran boleh dibuat kepada akaun berikut

Al Kahfi Services

CIMB Islamic

1219-0001680-103

E-melkan bukti pembayaran kepada alkahfi@alkahfi.com.my




Siapakah yang boleh dihubungi?

Untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi:

Saudara Masri – 013-2506391

Aina - 013-2907191


Bilakah tarikh tutup pendaftaran?


Hari terakhir pendaftaran dan pembayaran yuran ialah pada hari Sabtu 10 November 2012.


Apakah kelengkapan yang perlu dibawa oleh peserta?

Pakaian yang sesuai untuk bersukan, beribadah, dan belajar.

Alat tulis seperti pen dan pensel.

Alat-alat keperluan seperti sabun, berus gigi, tuala, selimut.

Tidak digalakkan membawa barang-barang berharga seperti barang kemas, wang tunai, telefon bimbit untuk mengelakkan kecurian.






TENTATIF PROGRAM





16November 2012 (Jumaat)

03.30 pm : Kehadiran dan Pendaftaran peserta

04.00 pm : Taklimat program kepada peserta

04.30 pm : Solat Asar berjemaah

05.00 pm : Sesi perkenalan dalam kumpulan

06.00 pm : Khidmat diri (Mandi etc)

06.40 pm : Makan malam

07.10 pm : Solat Maghrib berjemaah

07.45 pm : LDK 1 – Tauhid : Kunci ke syurga

08.45 pm : Solat Isyak berjemaah

09.15 pm : LDK 2 – Fiqh bersuci – Wudhu dan Tayamum

10.30 pm : Minum malam

11.00 pm : Zikir tidur dan tidur




17 November 2012 (Sabtu)

04.45 am : Khidmat diri

05.00 am : Qiamullail

06.00 am : Solat Subuh

06.20 am : Halaqah al-Quran – Hafazan ayat lazim/Perbaiki bacaan al-Fatihah

07.00 am : Riadah

07.30 am : Khidmat diri

08.00 am : Sarapan pagi

08.30 am : LDK 3 – Fiqh bersuci – Mandi wajib dan rukhsah-rukhsah dalam bersuci

09.30 am : Rehat

09.45 am : LDK 4 – Fiqh Solat

10.45 am : Rehat

11.00 am : LDK 4 – Fiqh Solat dan rukhsah-rukhsahnya

12.00 pm : Rehat

12.30 pm : Makan tengahari

01.00 pm : Solat Zuhur

01.30 pm : LDK 5 – Sunnah-Sunnah Harian

02.00 pm : Rehat

02.15 pm : LDK 6 – Persediaan untuk pembentangan sunnah-sunnah harian

03.15 pm : Rehat

03.30 pm : Pembentangan Sunnah-Sunnah Harian

04.15 pm : Minum petang dan solat Asar

04.45 pm : Kembara Alam

06.00 pm : Khidmat diri

06.30 pm : Makan malam

07.00 pm : Solat Maghrib

07.30 pm : Kuliah 2 – Si Tenggang

08.30 pm : Solat Isyak

09.00 pm : LDK 7 – 10 Sahabat dijamin syurga

10.00 pm : Rehat

10.30 pm : Ulangkaji

11.00 pm : Tidur




18 November 2012 (Ahad)

04.45 am : Khidmat diri

05.00 am : Qiamullail

06.00 am : Solat Subuh

06.20 am : Halaqah al-Quran – Hafazan ayat lazim/Perbaiki bacaan al-Fatihah

07.00 am : Riadah

08.00 am : Khidmat diri

08.30 am : Sarapan pagi

09.00 am : Imam Muda Asyraf – We Love You Rasulullah s.a.w

10.30 am : Rehat

10.45 am : Ujian Penilaian

12.15 pm : Rehat

12.30 pm : Makan tengahari

01.00 pm : Solat Zuhur

01.30 pm : Kemas kawasan sekitar

02.30 pm : Majlis penutup

03.00 pm : Perjumpaan ibu bapa dan fasilitator

04.00 pm : Minum petang dan bersurai




Peta ke lokasi:



BERITA BAIK - BIASISWA...!!!!


Kami menyedari sebahagian ibu bapa yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk membayar yuran sebanyak RM 200.




Alhamdulillah, hasil sifat dermawan beberapa individu serta sumbangan NGO Pertubuhan Kebajikan An-Nidaa, maka skim biasiswa telah disediakan. Mereka yang layak menerima biasiswa ini ialah:

a) Anak-anak kepada mualaf

b) Remaja yang penjaga/ibu bapanya berpendapatan kurang daripada RM 1000.

Mereka yang menerima biasiswa ini hanya perlu membayar RM 50 sahaja, dan selebihnya ditanggung oleh biasiswa.






Sila hubungi Masri 013-2506391 atau Aina 013-2907191
E-mel : alkahfi@alkahfi.com.my.

Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 10 November 2012 (Sabtu)


Maklumat lanjut mengenai Kem Remaja Soleh boleh dibaca di sini
http://alkahfi.com.my/?p=184

Pengagihan biasiswa adalah atas dasar 'SIAPA CEPAT DIA DAPAT' kerana biasiswa ini hanya diperuntukkan untuk 20 orang peserta sahaja.


----------------------------------------------------------------------------------------------------

BERITA BAIK BERGANDA...!!!


Tawaran dari saya kepada anda yang benar-benar ingin menghantar anak remaja anda ke kem ini. Jikalau wang menjadi masalah untuk anda, sila hubungi saya (Firdaus Wong) di talian 017 - 647 9978 dan InshaAllah saya akan usahakan untuk mencari dana bagi membiayai kos RM50 tersebut bagi membolehkan anak anda menghadiri kursus ini.




Andai anda telah mendaftarkan anak anda, tolong war-warkan kepada saudara, rakan-rakan dan jiran anda yang InshaAllah akan mendapat manfaat dari program ini. Saya membantu rakan saya iaitu Ustaz Mohd Masri Mohd Ramli untuk mempromosikan program ini...

Monday, October 29, 2012

"Saya Kembali Dari Maut" - Kisah 'Jutawan' Cina, Adam Sih Memeluk Islam..!!!


Saya bertemu dengan Adam Sih pada bulan March 2011 apabila sister Noorshin Ng memberikan nombor saya kepada beliau. Kebetulan beliau tinggal berdekatan dengan kawasan rumah saya iaitu di Aman Puri, Kepong. Saat pertama saya berjumpa dengannya, saya menyangkakan beliau mungkin dalam lingkungan umur pertengahan atau lewat 30an tetapi saya terkejut apabila beliau memaklumkan kepada saya beliau berumur pertengahan 40an...


Tuesday, October 23, 2012

Kelebihan Puasa Hari Arafah


Kelebihan Puasa Hari Arafah
Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah.  Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji.  Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:


Wednesday, October 17, 2012

Ciri-Ciri Ulamak Adalah....


Ramai yang bergelar ulamak masakini sehingga masyarakat keliru apa definisi sebenarnya ulamak. Siapakah yang layak menjadi ulamak dan bagaimana baru seseorang dipanggil sebagai ulamak? Mari kita lihat apakah ciri-ciri yang melayakkan seseorang menjadi ulamak....

Tuesday, October 16, 2012

Jauh Perjalanan, Luas Pengalaman


Alhamdulilah. Selamat sampai ke rumah dari Kelantan dan disambut wajah ceria isteri dan anak-anak. Letih dan penat tetapi berbaloi kerana dipertemukan dengan beberapa insan istimewa sepanjang perjalanan pergi, semasa dan pulang dari Kelantan.


Wednesday, October 10, 2012

Al-Khaadem Youth Camps 2012 - You Don't Want Your Kids To Miss This FANTASTIC CAMP...!!!


Hmmm… School holiday is coming soon… Where should we send our kids? Send them to their grandparent’s house back in kampong or just leave them at home with all the Gameboy, PSP or internet? Well if you haven’t thought of a plan. I have some suggestion for you to consider. Before that please watch what they have done last year; (click here for 2011 Youth Camp Photo)





Now, please have a look at the tentatively program for this year Youth Camp;

The Time Travellers – Unravel Back to the Golden Era of the Youths

• Discover and Rebuild: Spend 5 days with a world-class educator, Sheikh Hussain Yee.

• Learn, Love, Live: Deep Dive into the lives and virtues of the Exemplary Youth from the Best generations known to mankind.

• Hustle, Hit and Never Quit: Engaging Current Youth Issues. Identifying the root cause.

• Burning questions, answered: Special and exclusive Sisters-only session with Sheikh Hussain Yee.

• Awaken your Senses: River Tubing, River Trekking, Explorace, Archery & Water Sports

• One and Only : Exclusive private swimming pool for sisters throughout the camp









Now that’s what we call a 5 star camp!

Inclusive of accommodation, air conditioned bus, outdoor group challenge and activities, Insurance, 6 meals per day, Handouts/materials, Goodie bags, prizes and an experience & knowledge that money cannot buy. Watch the short teaser for this 2012 Al-Khaadem Youth Camp here;





Well, this look interesting. Can I have more info? Where and when?

9 - 13 December 2012
Kalumpang Training Resort, Hulu Selangor

Can I register myself? I am 40yrs old. I look youthful and feel energetics too.. 

This camp is open for both Brothers & Sisters, Secondary Schools and Colleges/Universities Students. 40yrs old? Well let contact them to find out more either you can attend or not la..

Brothers - 013-2657878
Sisters - 013-2817878
E-mail: youth.camp@al-khaadem.com.
my

You can also register online here...

When is the closing date? Gaji belum keluar la brother, how?

Well, the registration close on  1st December 2012. Call now because the seat are limited. Register now…  How often did our kids attend a camp conducted by WORLD CLASS SPEAKER like Sheikh Hussein Yee? Now is the time…



How much? Berapa ongkosnya? Here you go...







Get ready to be emPOWERed...!!!


Know more about Al-Khaadem here and they are on Facebook too....

Saturday, October 6, 2012

Pamphlet That Change Everything.. Ex-Yakuza's Tattoist Become Imam..


A foreign Muslim brother was in Japan Shibuya's district doing his dakwah. He doesnt judge a book by it covers when doing dakwah on the street. He come across a fierce looking man that full of tattoos & he passed an Islamic pamphlet to this man. As people say - the rest are history.

Previously he walked proudly on the street with stylish hairstyle & short sleeves to show off his tattoos. Islam has changed him. Stylish hairstyle has long gone and now cover by serban. All his tattoos is still there but it has been cover by long sleeves jubah.



 Sheikh Abdullah Taqi Takazawa

His name is Sheikh Abdullah Taqi Takazawa. He was born into a typical Japanese family. He has been studying various religions prior to his reversion to Islam back in 2006.  He performed Hajj in Makkah al-Mukarramah at the invitation of the Saudi Arabian government in 2008 and further his study in Islamic studies after receiving scholarship. The man who started his path to Islam 12 years ago is Sheikh Niamatullah, appointed him to become the Imam at a small mosque in the Kabukicho area of Tokyo.

When he was asked how he become Muslim, Sheikh Abdullah Taqi replied;

“As I said, as I born I was already a Muslim. I am now 39 years old. For 35 years I was sleeping Muslim and then four years ago I woke up. I would like to ask you when you woke up in the morning what makes you woke up. I officially reverted back to Islam four years ago (2006). It is the gradual process; something happened, I became Muslim. Of course, four years ago, it is not somebody forces me to wake up; it is not that I did use my alarm clock. It was very nice waking.”




Yes. What Sheikh Abdullah Taqi Takazawa is true that all of us are Muslim and this was mentioned by Prophet Muhammad s.a.w;

"All child is born upon the state of fitrah (Muslim). It is the parents who made them a Majusi, Jews & Nasrani"
[Sahih Muslim]

How many of us who are still sleeping? When we should really wake up to convey the message of Islam or to study about Islam if we are still Not Yet Muslim? His story itself is a reminder for us to do our best and let Allah do the rest. Do not exclude anyone is our dakwah. Dakwah is the duty of every Muslim. Our job is just to share with them the truth and invite them to come back to Islam. Prophet Muhammad s.a.w can't give guidance to everyone he love although he wanted to because Allah is the one who guide;


 
A056
 

"Indeed, [O Muhammad], you do not guide whom you like, but Allah guides whom He wills. And He is most knowing of the [rightly] guided."
[Al-Qasas 28:56]


This is the story of a pamphlet that cost few cent which change the life of a man - former Yakuza (Japanese) Tattoist. A small effort but huge rewards.... If you havent started to convey the message to other, it is not too late to start now.... If you still doesn't kow your Creator, get a copy of the Quran today.... Contact me at 017 - 647 9978 or via my Facebook Page for a free copy of Quran. InshaAllah... May Allah strengthen our Iman (faith) and guide all of us to His straight path.... Amin...


More on Sheikh Abdullah Taqi Takazawa & Islam in Japan;










Sheikh Hussein Yee dakwah in Japan;



 

Wednesday, September 26, 2012

Bagaimana Untuk Melupuskan Harta Haram...??? Mari Infaq Jariah & Pelupusan Harta Haram Bagi Membina Lebuhraya di Kelantan...!!!


Dalam usaha ramai ahli masyarakat mahu berhijrah kepada institusi kewangan Islami hasil dari insafnya mereka bahawa riba itu haram, riba itu dosa besar, tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana hendak dilupuskan wang yang terhasil dari riba yang selama ini mereka telah perolehi, bukan?  Sebenarnya ini adalah antara soalan-soalan yang selalu ditanya oleh kaum muslimin kita yang benar-benar sudah taubat dari terlibat dengan sistem kewangan riba.  Adakah mahu dibuang duit haram itu?  Bolehkah pula digunakan?  Atau bagaimana caranya untuk melupuskannya?


Monday, September 24, 2012

Pawagam Tayang Filem Hina Nabi Muhammad Runtuh...!!! Betul Ke...???




Assalamualaikum Waramatulahi Wabarakatuh….


Banyak disebarkan di laman sosial tentang pawagam yang menayangkan ‘filem’ Innocence of Muslim yang menghina Nabi Muhammad s.a.w  telah runtuh seperti di atas. Malahan ada yang mengatakan pawagam itu runtuh ketika sedang menayangkan ‘filem’ tersebut tetapi yang peliknya tak pula mereka menyebut berapa ramai mangsa yang terkorban. Pelik bin ajaib. Betul ke dakwaan tersebut? Adakah anda pernah melihat post atau blog sedemikian atau anda juga telah tekan butang 'share'? Mari kita selidik.


Monday, September 3, 2012

Travelog – Coretan Pengalaman Di Kelantan


Saya berkesempatan berkunjung ke Kota Bahru, Kelantan pada minggu lalu bersama dengan dua guru saya iaitu Bro Lim & Isteri (Kak Tuti) serta Ustaz Amin Yaacob. Kami memulakan perjalanan pada pukul 1.30pagi dari Kuala Lumpur ke Kelantan...




Tuesday, August 28, 2012

Deklarasi Reverts


 
Sesungguhnya kami (Reverts) kembali kepada Islam kerana Islam menyeru kepada perpaduan tanpa mengira bangsa dan darjat kerana yang membezakan kita semua adalah taqwa. 

A013
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Al-Hujuraat 49:13)
 
Perkara yang paling...

Monday, August 27, 2012

Kahwin Muda Sangat Tuuuu....


Kebelakangan ini heboh satu Malaysia mengenai seorang remaja berusia 16 tahun menikahi pasangannya yang baru berusia 14 tahun. Kata mereka;

“Muda sangat tu. Tak matang lagi”
“Siapa nak sara anak bini nanti?”

Mari kita cuba meneliti dan jawab satu persatu persoalan yang dilemparkan dan kita mulakan dengan;

“Muda sangat tu. Tak matang lagi”

Jawapan;

Thursday, August 2, 2012

Roti Massimo Guna Minyak Babi & Bleacher..???


 'Mana sumber berita ini dan mana buktinya?'

"Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".
(Al-Baqarah 2:111)

 
Saya bersama sekumpulan pendakwah yang lain telah membincangkan kemungkinan bahawa akan timbul isu Roti Massimo menggunakan minyak babi atau haram beberapa bulan yang lepas dan kini ianya menjadi realiti..

Tuesday, July 31, 2012

SAVE ROHINGYA NOW...!!!


Di saat semua umat Islam di seluruh dunia menyambut Ramadhan, saudara seIslam kita di Myanmar - Rohingya diburu dan dibunuh oleh mereka yang tidak beragama. Ya, ramai yang menyalahkan penganut Buddha tetapi percayalah bahawa penganut Buddha yang betul tidak akan membunuh kerana di dalam FIVE PRECEPT mereka, PRECEPT yang pertama adalah DILARANG MEMBUNUH.

Dianggarkan lebih kurang 2 Juta Rohingya berada di Myanmar dan berikut adalah statistik ringkas mengenai Rohingya dan juga konflik di Myanmar;

> 43 Kampung diserang
> 5,915 Rumah Dibakar
> 555 dibunuh walaupun jumlahnya berbeza-beza di antara 500 – 10,000. Tidak ada 
   cara untuk mengenal pasti statistic yang sebenar kerana Kerajaan Myanmar 
   menghalang sebarang berita datang dari wilayah Arakan.
> 300 cedera
> 34 Masjid musnah
> 4 Universiti musnah
> 24 Sekolah Musnah
> 300 Ditahan
> 35,400 Menjadi pelarian namun UNHCR meletakkan anggaran 90,000 pelarian.
> 500,000 kehilangan punca pendapatan akibat darurat. Mereka tidak dapat bekerja
   di ladang mereka.
> 20,000 hidup di tebing sungai dan juga di dalam hutan bagi mengelak ditangkap 
  dan dibunuh.

Oleh itu,

Wednesday, July 25, 2012

UPDATE...!!! Tak faham bahasa atau buat-buat tak faham..[MUST READ, S.O.S]


Lebih kurang 16-17 tahun dahulu, Bro Lim memeluk Islam dan telah memaklumkan kepada pegawai Jabatan Agama tersebut agar JANGAN HANTAR APA-APA SURAT KE RUMAHNYA kerana masih merahsiakan pengIslaman dari keluarganya. Tetapi, akhirnya pihak Jabatan Agama Islam Negeri tersebut telah menghantar surat kepadanya dan ini telah mengakibatkan Bro Lim ketika itu dalam keadaan serba salah.

TERBARU, seorang wanita memeluk Islam dan juga telah memaklumkan perkara yang sama agar jangan HANTAR SEBARANG SURAT KE RUMAHNYA tetapi, Jabatan Agama Islam tetap menghantar kepadanya. Kini Muallaf itu dalam keadaan tertekan dan serba salah kerana keluarganya MENGHALAUNYA KELUAR DARI RUMAH BERSAMA ANAKNYA YANG MASIH KECIL. Dia serba salah sekarang...

Wahai pegawai Jabatan Agama Islam yang tertentu, jalankan tugasmu sebaik mungkin kerana akibat kecuaian dan kesilapanmu maka inilah masalah yang timbul. Bagi anda ianya mungkin hal kecil tetapi bagi muallaf yang masih lemah Iman dan merahsiakan pengIslaman mereka adalah perkara yang besar., Kini pembelajaran Islamnya terbantut dan hidup dalam tekanan dan ketakutan....

Ramadhan akan menjelang tiba dalam beberapa hari lagi, namun dia dan anaknya telah dihalau keluar dari rumah ibubapanya. Bolehkah saya mencadangkan agar kita membuat sedikit kutipan kilat bagi meringakan bebanannya membayar sewa dan cagaran rumah serta menyara anaknya?

Sesiapa yang ingin membantu, sila bank in ke akaun Bro Lim seperti berikut;

CIMB Bank
Lim Jooi Soon
0402 9061 4705 29

Derma walaupun RM1.00 dan selepas bank in, sila email ke malaysia.reverted.muslim@gmail.com dan nyatakan berapa jumlah yang didermakan kepadanya. InshaAllah kami akan serahkan wang ini kepadanya dalam minggu ini. Semoga Allah membalas jasa baik kalian semua...
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulilah, setelah pihak Malaysia Reverted Muslim & saya secara peribadi menulis di laman Facebook saya (seperti di atas), ramai yang menghulurkan bantuan.

Jumlah derma dari orang ramai adalah sebanyak RM 7,007...!!!

Saya secara peribadi telah menghubungi Muslimah tersebut dan setelah dihalau keluar dari rumah, kini ibubapanya telah menyuruhnya untuk pulang semula ke rumah. Saban hari ibubapanya meminta beliau untuk keluar dari Islam namun beliau menjawab, 

'Saya masuk Islam bukan sebab duit dan bukan sebab nak kahwin tapi saya memeluk Islam dengan rela dan nampak keindahan Islam. Saya tak nak melalui hidup seperti dulu yang tiada bimbingan.' 

Saya telah memaklumkan kepada beliau bahawa kami telah mengadakan satu kutipan kilat bagi membantu dirinya untuk membayar sewa dan keperluan hariannya kerana beliau adalah janda dengan dua anaknya masih bersekolah.. Seorang anaknya pelajar sekolah menengah manakala seorang lagi masih di sekolah rendah. Namun, beliau tidak memerlukan kesemua sumbangan dari anda semua dan mendermakan semula separuh dari kutipan untuk membantu saudara lain yang mungkin lebih memerlukan.
SubhanAllah... Dalam situasinya yang tertekan beliau masih memikirkan tentang saudaranya yang lain.. Semoga Allah membalas anda yang telah menderma dengan ikhlas bagi membantunya. InshaAllah baki wang tersebut kami akan gunakan untuk membeli barangan keperluan seperti beras dan makanan dalam tin untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan sepanjang bulan Ramadhan ini... Ini adalah screencap transaksi;



InshaAllah saya akan maklumkan kepada anda semua perkembangan projek agihan barangan keperluan sepanjang bulan Ramadhan ini. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebagai melaksanakan tanggungjawab agar semua yang menderma tidak tertanya-tanya di manakah wang mereka dbelanjakan...

"Seorang muslim adalah saudara bagi muslim.Dia tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh pula membiarkan saudaranya teraniaya oleh orang lain. Dan barangsiapa yang membantu (mencukupkan) keperluan atau hajat saudaranya, maka Allah Ta 'ala membantunya pula (mencukupkan) keperluan atau hajatnya. Dan barangsiapa yang melapangkan kesulitan seorang muslim, maka Allah Ta 'ala melapangkan kesulitannya kelak di Hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, maka Allah menutupi pula aibnya kelak di Hari Kiamat.
[Al-Bukhari no (2442) dan Muslim (2580)]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...