Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Tuesday, October 16, 2012

Jauh Perjalanan, Luas Pengalaman


Alhamdulilah. Selamat sampai ke rumah dari Kelantan dan disambut wajah ceria isteri dan anak-anak. Letih dan penat tetapi berbaloi kerana dipertemukan dengan beberapa insan istimewa sepanjang perjalanan pergi, semasa dan pulang dari Kelantan.



Insan istimewa pertama adalah adalah Bro Romel. Beliau telah banyak berubah dari Muslim yang baik kepada Muslim yang lebih baik. Dari ketagihan meminum Oldtown White Coffee sehingga 10 cawan sehari sebulan yang lepas, kini beliau memenangi pertarungan dengan nafsunya dengan langsung tidak minum Oldtown White Coffee. Tahniah Bro Romel.

Insan istimewa kedua adalah tidak lain tidak bukan - Maulana Asri. Sebelum berlepas ke Kelantan terserempak dengan beliau dan kami menyambung perbincangan semasa menunggu bagasi. Beliau memang seorang alim yang sangat merendah diri dan mesra. Jikalau Msia memiliki beberapa lagi alim seperti beliau maka akan amanlah dari sindir menyindir dan perang antara ilmuan agama. Kalau anda belum mengenali beliau, saya cadangkan anda pergi ke www.darulkautsar.net dan tonton kuliah beliau. Fiqhnya sangat luas dan beliau juga seorang pakar dalam menentang agama Syiah.

Insan istimewa ketiga adalah Bro Zamri aka Abu Muhammad (namanya di FB). 2 kali saya ke Kelantan, 2 kali beliau meluangkan masanya sibuk untuk bertemu dan membawa saya berjumpa dengan pengerak dakwah di Kelantan. Beliau sentiasa disokong oleh isteri tercintanya - Kak Halimah. Walaupun bergelar businessman demgan jadual yang padat, semangatnya mendalami ilmu dan berkhidmat kepada masyarakat patut dicontohi ramai.

Yang keempat adalah seorang pendakwah bebas yang masih meneruskan kerja dakwahnya mengalahkan remaja walaupun usianya sudah mencecah 60tahun. Beliau adalah Muhd Michael atau lebih popular sebagai Mat Ghana yang kembali kepada Islam 20tahun yang lalu dan beliau sudah berdakwah semenjak dari itu hingga hari ini. Beliau mengatakan kepada saya bahawa beliau ingin berdakwah sehinggalah malaikat maut datang menjemput. SubhanAllah... Saya mengatakan kepada beliau saya berharap Allah memberikan kesihatan kepada saya apabila tua untuk meneruskan kerja dakwah ini seperti beliau. Saya merasa malu dengan beliau. Saya akan tulis lanjut tentang beliau di dalam blog saya. A truly unsung hero.

Seterusnya adalah saudara Wan Azahar. Walaupun pertama kali berjumpa dan kenal, saya dimaklumkan beliau adalah orang kanan Maulana Asri dan sentiasa menghadiri kuliahnya. Beliau juga adalah pengasas dan Presiden NGO baru yang diberi nama Jaringan Ummat Kelantan  (JARUM) yang baru ditubuhkan untuk memerangi Syiah dengan memberi kesedaran kepada orang awam. Tahniah dan saya serta rakan menyokong usaha anda.

Seterusnya Bro Mustafa yang menaiki penerbangan yang sama dengan saya ketika pergi dan pulang. Dalam perjalanan pulang baru saya memulakan bicara rupa rupanya beliau adalah pemilik syarikat perabot tetapi memiliki hobi yang hebat serta bakat menakjubkan. Beliau adalah peminat sukan ekstrem 'Para Gliding' dan mengembara seluruh negara dan dunia utk mencuba lapangan yang berbeza. Beliau menunjukkan kepada saya videonya beraksi. Saya gayat melihat videonya. Di samping itu juga beliau adalah pelukis berbakat dan beliau juga mereka cipta kasut dan menpunyai jenama sendiri iaitu Muse. Beliau hanya membuat kasut untuk kenalan dan sebagai hadiah ekslusif sahaja. Beliau berkata bahawa melalui sukan Para Gliding dia dapat melihat begitu jelas kehebatan ciptaan Allah.

Terakhir sekali adalah Bro Adam Sih. Beliau baru sahaja dipilih sebagai Presiden MACMA KL dan di samping itu beliau juga adalah AJK & sukarelawan beberapa NGO. Siapa yang kenal dia akan setuju bahawa beliau adalah individu yang susah nak kata 'NO'.. Anda minta tolong dia pasti akan tolong walaupun penat. Oh ya, dia baru memeluk Islam 2 tahun sahaja.

Jauh perjalan, luas pengalaman. Setiap perjalanan pasti akan membawa cerita yang berbeza dan menjadi bekalan berharga buat diri ini. Saya doakan agar semua insan istimewa di atas dikurniakan kesihatan yang baik utk meneruskan usaha mereka demi Allah SWT. Saya doakan yang sama untuk anda yang sudi membaca post yang panjang ini hingga akhir.

{[:-)=


Gambar dari kiri : Abu Muhammad aka Zamri, saya, Mat Ghana, Juanda & Wan Azahar


No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...