Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Friday, November 3, 2017

Apa yang anda suka baca dari kami?



Tuesday, August 4, 2015

Produk 30 Juzuk al-Quran ; Ajaran Agama Atau Kapitalis Agama?


(gambar hiasan)

Lambakan produk 'Islamik' di pasaran masakini dengan label dibacakan 30 juzuk al-Quran. Dari air, kismis jus sehinggalah ke pakaian.. Ianya satu fenomena yang menarik kerana ianya menunjukkan semangat keusahawanan yang tinggi di kalangan umat Islam. 

Namun pada masa yang sama, saya tidak lari dari memikirkan beberapa perkara apatah lagi produk yang dijual dengan label '30 Juzuk Al-Quran' lebih mahal dari produk biasa. Saya sering memikirkan persoalan ini;

Friday, March 20, 2015

Respon Kepada Ucapan YB V. Sivakumar, Ahli Parlimen Batu Gajah Di Parlimen Pada 19hb Mac 2015 Berkenaan Pengedaran Terjemahan Al-Quran Oleh MRM


Amat mendukacitakan kami apabila isu yang telah kami jelaskan faktanya melalui sidang media yang diadakan oleh kami pada 28hb Februari 2015 di Wisma MRM serta laporan polis yang kami lakukan di IPD Shah Alam masih ditimbulkan oleh wakil rakyat yang sepatutnya mengetahui mengenai isu-isu membabitkan rakyat. Berikut adalah teks ucapan YB. V. Sivakumar, Ahli Parlimen Batu Gajah di dalam Dewan Rakyat semalam (19hb Mac 2015);

"Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengetahui apakah tujuan sebenar pihak-pihak tertentu mencetak dan mengedar naskah Al-Quran secara percuma kepada orang-orang bukan Islam. Adakah naskah Al-Quran itu juga akan diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah seperti yang di propagandakan oleh pihak-pihak tertentu?

Ketua Pengarah JAKIM pula berkata buku suci Al-Quran diedarkan oleh Malaysia Reverted Muslim (MRM) kepada orang ramai yang datang mendekatinya untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Islam. Beliau menambah lagi buku suci yang diterjemahkan itu diedarkan tanpa memaksa mana-mana pihak. Pertama sekali, saya ingin mengetahui benarkah MRM terlibat dengan projek mengedar kitab suci Al-Quran itu seperti yang didakwa oleh Ketua Pengarah JAKIM.

Isu pengagihan 1 juta naskah Al-Quran yang diterjemahkan dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil kepada orang bukan Islam tersebar luas dalam media komunikasi sosial. Saya ingin mengetahui kebenaran fakta yang disebarkan itu. Mesej yang diedarkan itu menimbulkan kebimbangan dan rasa tidak selesa di kalangan orang bukan Islam. Saya juga ingin mengetahui sama ada benar atau tidak Yayasan Maklumat dan Khidmat Islamik telah mencetak terjemahan kitab suci itu untuk diedarkan kepada orang-orang bukan Islam. Saya juga difahamakan usaha terjemahan Al-Quran itu adalah program yang dinaungi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Adakah ini juga benar?

Kita suci Al-Quran harus dihormati oleh semua orang. Saya risau pelbagai masalah boleh timbul jika kitab itu diedarkan kepada bukan Islam yang mempunyai amalan dan kepercayaan yang berlainan. Kita harus menghormati hak kebebasan agama orang bukan Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Pada hemat saya, adalah baik untuk semua pihak jika dapat kita elakkan isu-isu kontroversi terutamanya yang boleh menyinggung perasaan pelbagai pihak. Ini merupakan satu isu sensitif yang mudah diputarbelitkan. Oleh yang demikian, ia perlu ditangani dengan berhati-hati dan penuh tanggungjawab.

Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme berpendapat bahawa penerbitan Al-Quran dalam empat bahasa itu bakal menggutgat kepercayaan penganut bukan Islam. Oleh yang demikian, saya ingin mengetahui pendirian rasmi kerajaan dalam isu yang dibangkitkan ini." 
+++ END QUOTE+++


RESPON MRM KEPADA YB V. SIVAKUMAR

1) "saya ingin mengetahui apakah tujuan sebenar pihak-pihak tertentu mencetak dan mengedar naskah Al-Quran secara percuma kepada orang-orang bukan Islam."

>> Pertama, tujuan sebenar kami tidak lain tidak bukan adalah memudahkan masyarakat Islam & Bukan Islam membaca sendiri terjemahan Al-Quran agar mereka memahami apakah ajaran sebenar dalam Islam berbanding dengan apa yang digambarkan oleh media massa. Kedua adalah sebagai seorang Muslim, Allah telah memerintahkan kami untuk berkongsikan Al-Quran ini dan mengajak manusia kembali kepada Islam agar manusia selamat dari azab akhirat sebagaimana firmanNya;

"Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji."
(Ibrahim 14:1)


2) "Adakah naskah Al-Quran itu juga akan diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah seperti yang di propagandakan oleh pihak-pihak tertentu?"

>> Naskah terjemahan Al-Quran diedarkan kepada semua lapisan masyarakat sama ada Muslim ataupun Bukan Muslim mengikut permintaan masing-masing. Naskah terjemahan Al-Quran kami juga diedarkan ke masjid, surau, sekolah tahfiz, dan individu yang memintanya dari kami.

Merujuk kepada sambungan ayat YB iaitu "...seperti yang di propagandakan oleh pihak-pihak tertentu", kami ingin mengetahui pihak mana yang mempropagandakannya supaya tindakan undang-undang dapat kami ambil ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu ataupun YB tidak menyiasat kesahihannya tetapi mempercayainya?


3) "Ketua Pengarah JAKIM pula berkata buku suci Al-Quran diedarkan oleh Malaysia Reverted Muslim (MRM) kepada orang ramai yang datang mendekatinya untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Islam."

>> Pertama, nama NGO kami adalah Multiracial Reverted Muslims (MRM) yang berdaftar secara rasmi dengan ROS. Ya. Ketua Pengarah JAKIM, Dato Othman Mustapha telahpun membuat kenyataan melalui laman Facebooknya. Sila lihat pautan ini YB >https://www.facebook.com/DatoHjOthmanMustapha/photos/a.1443387075882921.1073741830.1429739307247698/1629167460638214/?type=1&theater


4) "Pertama sekali, saya ingin mengetahui benarkah MRM terlibat dengan projek mengedar kitab suci Al-Quran itu seperti yang didakwa oleh Ketua Pengarah JAKIM."

>> Tidak pernah kami menafikannya sebagaimana juga kenyataan KP JAKIM.


5) "Isu pengagihan 1 juta naskah Al-Quran yang diterjemahkan dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil kepada orang bukan Islam tersebar luas dalam media komunikasi sosial. Saya ingin mengetahui kebenaran fakta yang disebarkan itu. Mesej yang diedarkan itu menimbulkan kebimbangan dan rasa tidak selesa di kalangan orang bukan Islam. Saya juga ingin mengetahui sama ada benar atau tidak Yayasan Maklumat dan Khidmat Islamik telah mencetak terjemahan kitab suci itu untuk diedarkan kepada orang-orang bukan Islam. Saya juga difahamakan usaha terjemahan Al-Quran itu adalah program yang dinaungi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Adakah ini juga benar?"

>> Soalan ini biarlah dijawab oleh pihak Islamic Information & Services di bawah Puan Sabariah yang merupakan penganjur kepada projek One Soul One Quran (OSOQ).


6) "Saya risau pelbagai masalah boleh timbul jika kitab itu diedarkan kepada bukan Islam yang mempunyai amalan dan kepercayaan yang berlainan"

>> YB, program pengedaran terjemahan A-Quran yang dilakukan oleh MRM telahpun dijalankan beberapa tahun sebelum IIS melancarkan program One Soul One Quran dan Alhamdulilah (Syukur Pada Allah), selama beberapa tahun program kami dilaksanakan tiada masalah yang timbul malahan disambut baik oleh masyarakat bukan Islam yang terkejut rupa-rupanya mereka juga boleh membaca Al-Quran yang selama ini dianggap eksklusif kepada orang Islam atau orang Melayu sahaja. YB sebagai wakil rakyat juga pasti memiliki atau membaca terjemahan Al-Quran agar memudahkan interaksi antara YB dan rakyat di kawasan Palimen YB. Jikalau YB tidak memiliki naskah terjemahan, kami di MRM boleh hadiahkan kepada YB.

Kedua, jikalau masalah mula timbul sekarang, maka sudah pastinya iainya tidak berkaitan dengan pengedaran terjemahan Al-Quran tetapi kerana sabotaj dan atas dasar kepentingan sesuatu pihak yang ingin melihat program ini dihentikan.


7) "Kita harus menghormati hak kebebasan agama orang bukan Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Pada hemat saya, adalah baik untuk semua pihak jika dapat kita elakkan isu-isu kontroversi terutamanya yang boleh menyinggung perasaan pelbagai pihak. Ini merupakan satu isu sensitif yang mudah diputarbelitkan. Oleh yang demikian, ia perlu ditangani dengan berhati-hati dan penuh tanggungjawab."

>> YB, kami menghormati hak kebebasan beragama orang bukan Islam sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu kami hanya MEMBERIKAN TERJEMAHAN AL-QURAN apabila diminta dan bukannya memaksa mereka menerimanya sebagaimana firman Allah SWT;

"... bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah."
(Al-Baqarah 2:185)

"...Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk"
(Al-Baqarah 2:272)

YB, masalah berkenaan agama disensasikan oleh ahli politik untuk kepentingan masing-masing maka ianya menjadi kontroversi & kami pasti YB setuju bahawa lebih banyak timbul kontroversi dan masalah kerana isu politik maka apakah politik harus diberhentikan kerana rakyat Malaysia mempunyai ideologi politik yang berlainan & kita harus menghormati ideologi politik maka usah diadakan sebarang propaganda ideologi politik kerana itu akan menimbulkan permasalahan di kalangan rakyat Malaysia?smile emoticon Kami melakukan program kami dalam suasana harmoni dan ceria sebagaimana yang YBb boleh tonton melalui video-video program Street Dakwah di Youtube dan antaranya ialah;




8) "Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme berpendapat bahawa penerbitan Al-Quran dalam empat bahasa itu bakal menggutgat kepercayaan penganut bukan Islam."

>> Pihak kami telahpun mengadakan sidang media pada 14hb Februari 2015 bersama dengan IIS & Hidayah Centre dan YB bolehlah baca kenyataan kami di situ ;https://www.facebook.com/MultiRacialRevertedMuslims/posts/1051816424834672:0


RUMUSAN

YB, kami di MRM sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak untuk bersemuka dan berbincang dan walaupun akan terdapat perkara yang barangkali kita tidak akan sepakat namun kita harus berpegang kepada konsep sepakat dalam tidak bersepakat ataupun "agree to disagree". Kami di MRM merasakan masalah sensitiviti agama boleh ditangani dengan baik jikalau semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama boleh berbincang secara bersemuka dari meraih publisiti murahan melalui tohmahan dan kenyataan di media. Andai kita ikhlas dan jujur memastikan keamanan dan keamanan negara kita terpelihara, sudah pastinya kita akan mengambil inisiatif berjumpa dan berbincang di antara kita semua.

YB, jemput rakaman penuh sidang media kami yang tidak diubah yang diadakan pada 28hb Februari 2015 bertempat di Wisma MRM



Firdaus Wong Wai Hung
Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM)
20hb Mac 2015


KEMASKINI JAM 12:28pm 20hb Mac 2015. RESPON KAMI TELAH DIHANTAR TERUS MELALUI INBOX FACEBOOK YB V. SIVAKUMAR.



Wednesday, September 24, 2014

(Gambar) JAIS Melawat Rumah Ibadat Agama Lain & Muslim Di Dalam Gereja...!!!


JAIS buat 'hal' lagi... Dikhabarkan JAIS 'menyerbu' beberapa rumah ibadah agama lain di negeri Selangor. Terang lagi bersuluh... Biarlah gambar menjadi buktinya... 


Kelihatan umat Islam di dalam Gereja St Thomas Mar Thoma Syrian, Klang


Thursday, August 7, 2014

[VIDEO] FORUM: Cina Muslim Dalam Negara Melayu Islam




Saya telah dijemput oleh Persaturan Belia Islam Nasional (PEMBINA) sebuah badan di bawah ISMA untuk satu forum yang bertajuk 'Cina Muslim Dalam Negara Melayu Islam' yang telah berlangsung pada 21hb Jun 2014 di Studio ISMA, Bangi Selangor. Sekadar melihat tajuk forumnya mungkin anda telah terbayang kehangatannya maka dijemput untuk menyaksikan rakaman forum yang telah dibahagikan menjadi 4 bahagian dan silalah tonton kesemuanya bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas sebelum memberikan pendapat dan komen anda dengan penuh adab.. 

{[:-)#

Part 1/4



Part 2/4



Part 3/4




Part 4/4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...