Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Monday, October 29, 2012

"Saya Kembali Dari Maut" - Kisah 'Jutawan' Cina, Adam Sih Memeluk Islam..!!!


Saya bertemu dengan Adam Sih pada bulan March 2011 apabila sister Noorshin Ng memberikan nombor saya kepada beliau. Kebetulan beliau tinggal berdekatan dengan kawasan rumah saya iaitu di Aman Puri, Kepong. Saat pertama saya berjumpa dengannya, saya menyangkakan beliau mungkin dalam lingkungan umur pertengahan atau lewat 30an tetapi saya terkejut apabila beliau memaklumkan kepada saya beliau berumur pertengahan 40an...


Sebelum Islam

Adam Sih berasal dari Sibu, Sarawak dan telah berhijrah ke Semenanjung pada 80an. Beliau banyak berkawan rapat dengan orang Islam dan menghormati agama Islam malahan beliau sendiri pernah menghantar pekerjanya untuk mendirikan solat apabila terdengar azan walaupun ketika itu mereka dalam perjalanan untuk ke tapak projek. Beliau juga sering membawa pekerjanya menunaikan solat Jumaat dan mengingatkan mereka untuk bersolat walaupun ketika itu beliau belum beragama Islam

Walaupun ketika itu beliau beragama Buddha namun beliau sendiri tidaklah mengamalkan sangat kerana seperti masyarakat Cina yang lain, pendidikan, status dan wang menjadi buruan. Pepatah Cina menyebut, 'Duit bukan segalanya tetapi segala-galanya memerlukan duit'. Beliau bekerja siang malam dan ketika itu tiada istilah halal mahupun haram yang penting mendapat projek dan duit masuk. Namun itu tidak bermakna beliau melakukan apa sahaja demi duit kerana beliau masih mempunyai prinsip hidup iaitu tidak akan merompak, membunuh dan sebagainya demi wang.

Beliau mendapat banyak projek dari syarikat pembinaan yang besar yang dimiliki orang Islam tetapi banyak juga yang tidak melangsaikan pembayaran projek. Kalau diikutkan pengiraannya, jumlah hutang yang masib belum dibayar sudah melebihi jutaan ringgit. Beliau sendiri pernah ke pejabat seorang CEO Islam bergelar Datuk untuk mendapatkan bayaran. Ketika beliau sampai, longgokkan cek di atas mejanya dan Adam Sih cuma meminta bolehkah Datuk tersebut memberikan RM50,000 dahulu untuk membayar gaji pekerjanya memandangkan projek sudah siap lama. Jawapan dari Datuk tersebut amat mengejutkan beliau. Datuk tersebut menjawab;

'U tak faham bahasa ke. Saya kata takde duit tu takde la. Kenapa nak minta lagi. Sudah-sudah, jangan buang masa saya. Saya nak pergi solat Jumaat ni'

Seperkara lagi tentang beliau adalah beliau sering membantu mangsa kemalangan atau mereka yang memerlukan walaupun tengah malam tanpa memikirkan tentang keselamat beliau. Beliau juga mempelajari teknik CPR dan rawatan kecemasan yang lain.

Bagaimana Boleh Memeluk Islam

Beliau terlibat dalam industri pembinaan maka beliau sentiasa menyimpan banyak wang tunai. Pada suatu hari selepas sarapan pagi di kawasan Selayang lebih kurang jam 6pagi, beliau menghampiri keretanya dan ingin ke lokasi projek tetapi dikejutkan dengan kehadiran beberapa lelaki bersenjatakan parang. Kumpulan perompak telah menyerang Adam Sih sehingga berlumuran darah. Ajaibnya perompak tersebut hanya merompak wangnya dan tidak melarikan keretanya. Beliau memandu ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan dalam proses itu kehilangan banyak darah dan akhirnya menerima lebih dari seratus jahitan di kepala sahaja selain di tangan... Doktor berkata beliau sungguh bertuah kerana tidak mati akibat kehilangan banyak darah.

Selepas kejadian tersebut, beliau mula memikirkan tentang hidupnya selama ini. Apakah hidup ini hanya mencari wang, status dan berseronok? Apakah wang menjamin kehidupan yang bahagia... Sebelum kejadian tersebut, beliau telahpun bercerai dengan isterinya dan dari perkahwinan itu beliau dikurniakan 3 cahaya mata.

Dalam proses pencariannya itu, beliau bertemu dengan seorang wanita Islam dan menurut beliau, walaupun wanita Islam ini tidaklah begitu pandai menjawab soalannya namun kesederhanaan hidup wanita tersebut menarik hatinya untuk memahami agama Islam. Setelah sekian lama berkawan dan bekerjasama dengan orang Islam hampir 40 lebih tahun, baru terbuka hatinya untuk mengkaji agama Islam. Katanya selama 40 lebih tahun walaupun dikelilingi oleh orang Islam dan pekerja Islam, tiada seorang pun yang menyampaikan kepada beliau apa itu ajaran Islam dan mengajaknya memeluk Islam..

Akhirnya beliau telah memeluk Islam pada bulan November 2010.  Ketika beliau bershahadah, pegawai yang mengIslamkannya telah memberitahu beliau bahawa beliau mesti menukar namanya kepada Bin Abdullah dan kerana beliau tidka tahu maka beliau menurut sahaja cadangan pegawai Jabatan Agama Islam itu. Selepas kami berjumpa dan diterangkan kepada beliau tentang nama Islam ini, maka beliau telah berjaya menukar namanya semula kepada Adam Sih Hua Sing sahaja tanpa Bin Abdullah. Anda boleh mengekalkan nama asal anda untuk memeluk Islam selagi nama tersebut tidak membawa makna yang tidak baik dan saya telah ulas sebelum ini di dalam blog saya... (Apa Nama Islam Kamu? Wajibkah Tukar Nama Bila Memeluk Islam?)


Selepas Memeluk Islam

Selepas memeluk Islam, kami di MRM telah membawanya ke kursus solat dan mendalami ilmu Islam di Pertubuhan Al-Khaadem dan beliau sungguh gembira dan mulai saat itu, beliau akan menghadiri kelas sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Telah banyak kursus anjuran Al-Kauthar Institute & Al-Maghrib Institute, Interactive Dakwah Training dan banyak lagi yang telah beliau hadiri.

Perniagaannya juga tidak menentu dan adakalanya hidup dalam kesempitan kerana tidak berjaya mengutip hutang dari projek terdahulu. Beliau diuji dari awal keIslamannya. Rakan bergembira dahulu meninggalkan beliau bukan kerana beliau memeluk Islam tetapi beliau tiada duit dan tidak kaya seperti dulu lagi. Beliau juga telah bernikah dengan wanita yang membukakan hatinya untuk mengkaji lanjut tentang Islam dan dikurniakan seorang anak perempuan yang comel bernama Adlishah Sih. Duit sewa rumah tertunggak, susu anak perlu dibeli dan mujurlah isterinya banyak bersabar dan membantu dan kami di MRM hanya mampu membantu beliau dengan sumber kewangan yang terhad sahaja.

Beliau tidak mengadu mahupun berputus asa tetapi kerana beliau menghadiri kuliah agama setiap minggu beliau memahami bahawa hidup ini adalah ujian. Kita akan diuji dari pelbagai cara dan sudut. Ada yang diuji dengan kemiskinan, kekayaan, penyakit dan sebagainya. Beliau terus berusaha siang dan malam mencari projek dan akhirnya Alhamdulilah, usahanya menuaikan hasil dengan bantuan dari Allah. Benarlah firman Allah SWT;

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
(Ar-Ra'd 13:11)

Kini beliau telah dilantik sebagai penasihat sebuah syarikat pembinaan dan pada masa yang sama menerima tawaran projek pengubahsuaian, pembinaan banglo, rekacipta dalaman dan sebagainya. Beliau memiliki banyak kemahiran. Namun, kesibukannya dalam menguruskan perniagaannya tidak pernah sekalipun dijadikan alasan untuk tidak menghadiri kuliah agama serta menawarkan diri menjadi sukarelawan bagi sebarang program. Beliau juga telah dilantik menjadi Presiden MACMA Kuala Lumpur & baru-baru ini juga telah dipantik sebagai Naib Presiden Multiracial Reverted Muslims dan juga AJK bagi Pertubuhan Al-Khaadem, AJK Sekolah Tahfiz Sg Gabai serta AJK Home Of Hope di Shah Alam. Beliau mampu melakukan semua ini di atas izin Allah dan juga sokongan dari isteri tercintanya.



Beliau adalah jutawan, jutaan ringgit masih belum berjaya dipungutnya. Walaupun beliau bukanlah jutawan wang ringgit namun kini beliau mungkin adalah jutawan akhirat kerana usaha gigihnya mempelajari Islam, membantu orang lain dan sebagainya...



Bagaimana seorang Cina yang baru memeluk Islam tidak sampai 3 tahun mampu melakukan semua ini malahan beliau tidak pernah mencari alasan untuk tidak mahu berkhidmat tetapi beliau sentiasa mencari masa dan ruang untuk membantu. Tanyalah mana-mana individu yang mengenali Adam Sih Hua Sing dan apa yang pastinya adalah mereka akan mengatakan benda yang sama.

Jikalau sesiapa yang ingin membantu Saudara Adam Sih atau ingin mendapatkan khidmat dan kepakaran beliau dalam industri pembinaan, pengubahsuaian rumah, silalah hubungi beliau di talian 013 - 328 2628 atau 016 - 291 0328. Adam Sih telah memilih Islam dan semenjak itu sentiasa menjadi sukarelawan dan menghadiri kuliah agama, anda yang telah sekian lama Islam bila lagi?

Anda yang belum beragama Islam, kajilah tentang Islam dengan ikhlas dan anda akan mendapati sesungguhnya Islam adalah agama yang logik, praktikal dan BENAR.... Boleh hubungi saya di 03-4144 3300 atau lawat laman web www.askislam.my jikalau anda mempunyai sebarang soalan yang anda ingin dapatkan kepastian sebelum memeluk Islam.

Saksikanlah video temuramah beliau;



5 comments:

  1. salam kenal:)singgah ke sini..dekat gambar di atas sekali saya ternampak gambar yang saya familiar iaitu brother lim jooi soon..betulkah? Saya ucapkan syukur alhamdulillah atas keputusan saudara kembali pada islam..saya harap ini menjadi inspirasi kepada saya dan muslim yang sejak lahir sudah islam untuk menjadi islam yang lebih baik dan moga kehadiran saudara menguatkan lagi payung dakwah islam..

    ReplyDelete
  2. Share motivasi diri dan kerja : Mudah, Faham, Tidak Membuang Masa, Di pimpin.
    Falsafah : Hidup Ada Tanggungjawab, Sakit Kurang Ada Tanggungjawab, Mati Tiada Tanggungjawab

    ReplyDelete
  3. Saya gembira apabila masyarakat Malaysia bukan Melayu memeluk Islam dan sama-sama beribadat dan menyembah Allah Yang Maha Besar. Saya seorang berbangsa Melayu dan mendapat nikmat Islam secara keturunan. Seringkali saya memikirkan cara untuk berdakwah kepada masyarakat Cina dan India yang masih belum Islam. Pernah saya menceritakan keindahan Islam agar mereka tertarik. Namun saya faham, hidayah milik Allah dan saya sentiasa berdoa agar mereka akan sama-sama dapat memilih Islam sebagai agama mereka. Pernah terlintas dalam hati saya, rasa kasihan kepada masyarakat Cina dan India yang telah meninggal dunia dan tidak beragama Islam. Bagaimanakah mereka di alam kubur dan saya khuatir akan dipersoalkan di hadapan Allah kerana gagal menunjukkan keindahan Islam kepada mereka. Tapi saya akur akan hak dan ketentuan Allah akan nur dan hidayah-Nya.

    ReplyDelete

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...