Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Tuesday, January 3, 2012

I Did That (IDT) - Quran tak habis khatam nak belajar agama lain pulak..!!!



“Bro, pemahaman tentang Islam pun tak kuat lagi dan lagipun Quran pun tak habis baca buat apa sibuk sibuk nak pergi kursus perbandingan agama. Faham Islam sudahlah..”

Itu adalah jawapan saya beberapa bulan yang lalu ketika diajak oleh rakan saya menghadiri kursus perbandingan agama anjuran sebuah NGO. Saya agak keberatan menghadiri kursus sedemikian kerana dahlah saya baru sahaja benar benar mengenal Islam melalui pembacaan dan menghadiri kuliah tahun ini (2011) takkan saya nak sibuk pergi belajar pasal agama lain pula.

Selepas itu saya berhubung dengan Bro Lim mengenai satu kes yang dikendalikan oleh saya lalu beliau menjemput saya untuk menghadiri kursus anjurannya namun saya masih keberatan untuk pergi kerana berpegang kepada prinsip saya itu. Namun setelah beberapa bulan akhirnya saya mendaftarkan diri bagi kursus perbandingan agama atau dikenali sebagai IDT (Interactive Dakwah Training) Fasa 1 di Masjid Bukit Ampang.

Dipendekkan cerita setelah tamat kursus 2 hari itu, baru saya tersedar prinsip saya bahawa tidak penting mempelajari perbandingan agama adalah tidak tepat. Banyak manfaat yang diperolehi khususnya kita akan lebih memahami asas asas agama lain dan secara tidak langsung akan menguatkan iman kita?

"HUH??? Pelajar asas agama lain menguatkan iman kita? Biar betul? Sesat kot budak ni…"

Mungkin itu antara reaksi anda setelah membaca kenyataan di atas dan sebenar saya tidak tersalah taip atau anda tidak tersalah baca. Memang benar setelah tamatnya kursus itu lebih kuat iman saya dan teramat yakin bahawa Islam itu yang paling sempurna dan BENAR.. Mempelajari perbandingan agama bukanlah menyeru kita untuk berdakwah dengan menghina agama lain kerana Allah telah berfirman:

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan”

(Al-An'aam 6:108)

Antara topic yang dibincangkan di dalam kursus tersebut adalah;

- > Adakah wajib untuk kita berdakwah?

- > Asas kepercayaan Kristian

- > Asas kepercayaan masyarakat Cina di Malaysia

- > Asas kepercayaan Hindu

- > Bagaimana kita ingin membuktikan Quran itu benar benar asli?

> >Salah tanggapan tentang Islam

Juga beberapa topik yang tidak kurang menariknya. Saya percaya sudah tiba masanya kita bersikap terbuka dan buang jauh jauh tanggapan kita tentang perbandingan agama ini. Alasan yang sering kali kita guna apabila berbincang dengan perbandingan agama adalah;

- Quran pun tak habis khatam takkan nak belajar agama lain?

- Masa Umar r.a. baca Torah pun Nabi s.a.w tegur dan suruh dia baca Quran

- Islam mana boleh dibandingkan sebab kalau kita banding maksudnya agama Islam tak sempurna

- Belajar Islam sudah cukup tak perlu faham agama lain

- Takut nanti akidah goyah lah brother kalau pergi.

Pelbagai lagi alasan yang diberikan. Semua alasan di atas dijawab oleh speaker di dalam kursus itu dan ianya didatangkan dengan dalil dari Quran dan Sunnah. Kita ikut sunnah Nabi s.a.w jadi kita dakwah tentang Islam sahaja cukup tetapi benarkan Nabi s.a.w tidak buat perbandingan agama?

Daftarkanlah diri untuk menghadiri kursus perbandingan agama dan secara kebetulan hujung minggu ini iaitu 7 & 8 Januari 2012 akan diadakan Interative Dakwah Training Fasa 1 yang InshaAllah akan dikendalikan oleh Bro Lim Jooi Soon dan rakan speakernya yang hebat hebat belaka seperti Bro Amin Yaacob (Penulis buku “7 Persoalan Berkenaan Asas-Asas Agama Kristian” * juga buku “Jawapan Islam Tentang Ketuhanan Jesus [Nabi Isa alyh al-salam]) dan juga Dr Zainal… Sesiapa yang berminat, ini maklumatnya;

KURSUS PERBANDINGAN AGAMA.
INTERACTIVE DAKWAH TRAINING (IDT) Fasa1
Tarikh :7-8 Jan 2012 (2 Hari)
Lokasi : Masjid Bukit Indah ,Ampang
Masa :8.30 pagi - 5.30 petang
Bayaran:rm100/rm80 student
Minat Sila hubungi Cik Kamaliah 0193979252,Aiman 0194418857

p/s Mereka yang mendaftar di bawah Malaysia Reverted Muslim (MRM) akan menerima subsidi RM10 setiap seorang. Semua bayaran adalah termasuk makan tengahari dan minum petang bagi 2 hari.



2 comments:

  1. Salam bro..bila ek nk adakan bahagian aloq setaq kedah lak?? errmm

    ReplyDelete
  2. pernah jemput mereka untuk program di UMS...bro amin sangat baik kerna memghadiahkan bukunya kepada saya coz tlong menjual buku untuk peserta kursus,...

    ReplyDelete

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...