Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Saturday, January 14, 2012

Antara akhlak Muslim dan Akhlak Islam...



Kebelakangan ini kecoh beberapa isu di dalam Facebook tentang seorang Ustaz mengfitnah serta melabel label ustaz lain yang tak sependapat dengannya lebih lebih lagi berlainan parti politik. Sebelum ada yang ingin memarahi saya, biar saya jelaskan bahawa saya bukan ahli parti politik atau taksub kepada mana mana Ustaz kerana yang ingin saya kupas di sini adalah tentang akhlak kita sebagai Muslim (juga sebagai peringatan kepada diri yang daif ini)...

Ada segelintir yang beralasan bahawa adalah sesuatu yang normal ustaz tersebut menggunakan bahasa kasar seperti bodoh, anjing dan beruk sebab dia asal negeri tu dan lagipun Allah juga ada menggunakan perkataan itu bagi mengambarkan individu. Persoalannya ialah adakah Nabi s.a.w pernah menggunakan perkataan kasar hatta gelaran beruk dan anjing yang Allah gunakan di dalam Quran ketika berdakwah atau berIslah? Allah telah berfirman;


A004
Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam 68:4)


Allah juga memerintahkan kita agar meneladani akhlak baginda s.a.w;

A021

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

(Al-Ahzaab 33:21)


Sudah jelas di atas bahawa Nabi s.a.w memiliki akhlak yang paling sempurna untuk kita contohi dan salah satu tujuan baginda diutuskan adalah menyempurnakan akhlak manusia;

"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan Akhlak yang baik" (Sahih Bukhari)


Menyempurnakan Akhlak yang baik atau mulia satu membawa maksud menyempurnakan lagi akhlak yang sudah sedia ada di dalam masyarakat arab yang diamalkan oleh Masyarakat Jahiliyyah dan apakah kita mahu kembali kepada akhlak jahiliyyiah?

"Mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya"
(Hadis Hasan - At-Tirmizi)

"Tiada sesuatu yang lebih memberatkan timbangan (pada Hari Akhirat) berbanding akhlak yang baik"
(Sahih - Abu Daud)

Tiada masalahnya andai kita ingin mempelbagaikan cara islah dan dakwah kita selagi berlandaskan syariat Islam dan menjaga adab dan akhlak kita. Dalam kepelbagaian dakwah harus ada kelembutan tetapi tegas;

"Sesungguhnya Allah mencintai sikap lemah lembut dalam segala urusan" (Sahih Muslim)

Dalam riwayat yang lain, para sahabat radhiallahu ‘anhum pernah bertanya:

“Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?”
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Orang yang paling baik akhlaknya"
(Sanad Sahih - At Tabharani)



Orang yang memiliki akhlak yang mulia juga menjadi orang yang dicintai oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan menduduki tempat yang hampir dengan baginda di Hari Akhirat:

"Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian dan yang paling hampir tempat duduknya dengan aku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.

Dan sesungguhnya orang yang paling tidak aku sukai dan paling jauh tempat duduknya dari aku pada Hari Kiamat adalah orang yang banyak berbicara, bermulut besar dan sombong"

(Sahih - At Tirmizi)

Bersikap lemah lembut tidak menjadikan kita lemah malahan lemah lembut (bukan gaya lelaki lembut) menjadikan kita mudah didekati dan dakwah kita lebih berkesan tanpa menyakiti sesiapa.

"Sesungguhnya tidaklah sikap lemah lembut terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia (sikap lemah lembut) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya"

(Sahih Muslim)

"Sesungguhnya Allah Maha Pelembut dan menyukai sikap lemah lembut,

Dia memberi terhadap kelembutan apa yang tidak diberi terhadap kekasaran

dan tidak memberi apa jua (terhadap sikap yang menyelisihi kelembutan)" (Sahih Muslim)

Penulisan ini bukan bermaksud untuk menyeru sahabat semua membenci sesiapa jauh sekali bermusuhan akan tetapi sebagai nasihat dan peringatan bagi diri dan sahabat semua... Yang kita benci adalah perlakuannya dan bukan pelakunya kerana mereka masih saudara seakidah kita. Doakan untuk mereka dan jauhkan prasangka buruk terhadap Ustaz MERAH ataupun HIJAU.

"Berhati-hatilah kalian terhadap prasangka kerana sesungguhnya ia adalah perkataan yang paling dusta.
Dan janganlah saling mencari-cari khabar kesalahan, janganlah saling memata-matai, janganlah saling meninggikan harga untuk menarik perhatian pembeli, janganlah saling mendengki, janganlah saling membenci dan janganlah saling membelakangi. Wahai para hamba Allah! Jadilah kalian bersaudara" (Sahih Bukhari)


Rasulullah s.a.w juga telah mengingatkan kita bahawa di akhir zaman nanti akan muncul pelbagai fitnah dan dusta;


"Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”
(Riwayat Nasaee)


"Celaka bagi orang-orang yang berbicara (mengkhabarkan) sedangkan dia DUSTA (dalam perbicaraannya) supaya suatu kaum tertawa maka celakalah bagi dia, celakalah bagi dia." [Hadis Hasan dikeluarkan oleh Hakim (I/46), Ahmad (V/35) & At-Tirmizi (2315)]



Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,
“Lihatlah dari mana kamu mengambil ilmu kerana ilmu itu adalah agama.”
(al-Khatib al-Baghdadi, al-Tankil, hlm. 121)

Islam agama yang mudah serta praktikal. Islam dibina di atas hujah beserta dalil yang nyata dan bukan siapa yang mengucapkannya hatta dia adalah mufti dan sheikh andai mereka berfatwa tanpa Qallalah dan Qallah Rasulullah yang bertentangan dengan Quran & Sunnah maka ianya tertolak. Islam bukanlah apa yang dilakukan oleh Muslim tetapi Islam adalah apa yang wajib dilakukan oleh Muslim. Popularnya sesuatu amalan bukanlah dalil ianya benar dan menjadi hujah ianya ajaran Islam selagi tidak didatangkan dalil dari Quran & Sunnah mengikut pemahaman 3 generasi terawal Islam. Jangan disangka popularnya seseorang atau masyurnya sesuatu amalan sebagai penanda aras ianya benar sebagaimana firman Allah;
A116

"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta"

(Al-An'aam 6:116)

p/s Saya pencinta ilmu dan dahaga ilmu. Saya penuntut ilmu tidak dahaga perbalahan ataupun fitnah mengkhinzir buta. Sebagai penuntut ilmu wajib kita menyayangi guru kita tetapi tidak sehingga taksub seolah olah mereka maksum. Nilailah dari segi akhlaknya dan ilmunya bukan popularitinya. Andai guru kita benar, kita pertahankan dengan hujah ilmiah dari Quran & Sunnah akan tetapi guru kita tersilap maka harus kita tegur berhemah. Tidak ditujukan kepada sesiapa dan saya menyayangi serta menghormati setiap ustaz dan sheikh walaupun kekadang terdapat perbezaan pendapat kerana mereka masih saudara seIslam saya dan saya doakan yang terbaik bagi mereka semua. Wallahualam...



8 comments:

  1. Ustaz adalah dgn namanya...di terjermahkan makna "CHEGU". Jemaah memberi title Ustaz kpd berkenaan kerana pd pandangan mereka dialah org Alim . Ustaz macam kita juga...manusia biasa so jgn terlampau taksud sangat dgn ustaz. Pandu pada Quran dan Hadith Buat yang di suruh , elak yang di larang . InsysAllah selamat kita di dunia dan Akhirat. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaeh....seperti pepatah orang tua2 kita; 'umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus,....pada hal dia berjalan senget/mengiring....

      Delete
    2. Agama = ad din = cara hidup = perwatakan/akhalak/budi perkerti/fi'li/tingkah laku/adap/sopan santun/dll

      Islam = aslama = sejahtera/selamat/walafiat/harmoni/aman damai/kasih sayang/barrakh/rahmat/dll

      Agama Islam = cara hidup yang membentuk kesejahteraan semua....ameen

      Delete
  2. I truly like your view on this matter. I happen to be a huge fan of the one of the ustazs which may be referred here, however agree that we can do better with a bit more effort to speak kinder. Thanx brother. I hope u don't mind me sharing your article.

    ReplyDelete
  3. Anonymous,

    InshaAllah....

    MamaTim,

    Please go ahead.. anything in my blog that is beneficial you can share without asking for permission... inshaAllah...

    ReplyDelete
  4. salam bro,i deeply agreed what you've written and append a list of hadith and surrah to support your statement about akhlak and fi'li to all brothers/sisters for being good muslimin or muslimah.if they dont really practise what's it has been thought in 'syarak' as per what our beloved prophet SAW practiced then,you should not follow it....the Guru/ustaz shall conduct/show his good behavior or akhlak/fi'li to his followers/murids,.....ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. a good 'ilmu'and its being practiced,the 'barrakah'and 'Rahmat' shall pleased and blessed everyone,.....ameen

      Delete
  5. Salam bro,

    Like your view in this issue. Couldn't agree more. Pewaris nabi bukan sekadar mewarisi serban, jubah dan janggut sahaja. Tingkahlaku serta akhlak yang baik juga adalah sunnah nabi.

    ReplyDelete

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...