Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Wednesday, January 25, 2012

Akhirnya aku masuk jawi dan 2nd class Muslim - Pt 2


Selepas perbualan yang saya tulis dalam PART 1 , seorang lagi pegawai masuk campur dan inshaAllah saya akan sambung di dalam post ini...Dicadangkan agar baca PART 1 dahulu agar memahami senario yang sebenar.


Selepas isu Adam Sih tidak layak menjadi saksi (walaupun akhirnya mereka terima dia juga) tetapi untuk pengIslaman individu yang kedua mereka meminta saya pula menjadi saksi kerana kononnya saya sudah 6 tahun lebih lalu mereka meminta IC saya dan saya bertanya "Boleh ke saya jadi saksi walaupun dah 6 tahun sebab saya masuk Islam bukan lahir Islam?" lalu pegawai wanita itu tersenyum dan angguk. Saya mengeluarkan IC saya dan berkata "Alhamdulilah, dalam IC saya tertulis Islam jadi sahlah saya ini Islam yang boleh jadi saksi pengIslaman".


 (IC Islam beb....boleh jadi saksi sudah...)
Pegawai wanita yang kedua yang dari tadi duduk dengan muka tidak ramah tanpa senyuman bertanya kepada Brother Jay yang ingin memeluk Islam itu;  
 
(Oren masam... Kalau oren ok lagi pasal boleh makan tapi ni manusia...nanti jadi kanibal pula... hmmm...)
"Address you di PJ jadi sebenarnya lebih AFDHAL you daftar di JAIS kerana BANYAK KEISTIMEWAANNYA". Selepas saya mendengar ayat ini saya bertanya "Kak, apa yang AFDHAL & istimewaannya daftar di JAIS berbanding di JAWI sebab saya pun daftar di JAIS tapi tak rasa apa yang special pun. Sebagai muallaf saya termasuk dalam asnaf yang layak dapat zakat tapi tak dapat, nak ambil kad Islam kena pergi kursus fardhu ain tapi takde orang nak maklumkan kepada saya sehinggalah saya bertanya selepas 2 bulan baru memeluk Islam baru mereka bagitau saya kalau saya nak ambil kad Islam saya kena pergi kursus fardhu ain di Pantai remis selama 5 HARI".

(JAIS lebih AFDHAL atau????)
 (JAWI lebih AFDHAL??? Mana lebih banyak keistimewaannya?? Hmmmm...)


Pegawai wanita kedua yang tidak ramah ini menjawab "You nak kad Islam you kena tanyalah. Kalau you nak zakat you kena apply sendiri la" lalu saya menjawab "Akak, persoalannya di sini orang nak masuk Islam ni bukannya dia tahu apa prosedurnya sebab kita masuk Islam sekali saja bukan ada pengalaman buat semua ini. Kalau mereka tak nak follow up buat apa ambil contact kami? Pasal zakat, kan saya asnaf yang layak dan mereka boleh terus saja minta no akaun bank saya saja kalau nak bagi. Pasal apply, bila apply tak dapat dan tolong orang lain apply tak dapat dan kalau apply lagi kata kita ni masuk Islam pasal nak minta duit saja. Macam mana kak? Seperkara lagi kak, kita org Islam ni Rasulullah s.a.w ajar kita supaya jaga adab kita dan senyum itu adalah sunnah. Cuba akak mesra dan senyum sikit" dan jawapan dia yang seterusnya saya tidak dapat lupakan sehingga ke hari ini. Dia membalas "YOU SIAPA NAK NASIHAT SAYA???" lalu Ruben yang menemani "Ad-Deen itu nasihat"

"Ad-deen itu nasihat ( 3 kali ) maka kami bertanya: Untuk siapa wahai Rasulullah? Sabdanya: Untuk Allah, kitabnya, rasulnya, pemimpin dan yang dipimpin. 
[Sahih Muslim]
 

(orang mati pun tahu senyum tapi ini yang hidup memilih tak nak senyum pula... pelik manusia ni kadang kadang.... yang ni pejuang palestin yang syahid)

Lalu saya menyambung; "Rasulullah s.a.w pun menerima teguran dan nasihat dari sahabat inikan kita sebagai umatnya. Akak, pernah tak akak lalui apa yang kami lalui? Pernah tak akak dihalau keluarga kerana nak memeluk Islam? Pernah tak akak dipulaukan kerana nak memeluk Islam? Kenapa nak susahkan mereka yang nak memeluk Islam? Islam ini milik Allah dan semua manusia berhak menjadi Muslim dan bukan milik mana mana bangsa. Kenapa harus dieksklusifkan?"

Pegawai wanita itu terdiam dan seorang Ustaz menghampiri kaunter bersama seorang pegawai lain mungkin terdengar perbualan kami... Alhamdulilah saya teringat sabda Nabi s.a.w daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.

“Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”

[Riwayat al-Bukhari]

Tiba-tiba seorang pegawai agama memanggil saudara Adam Hakkim Wong bersama dengan 2 orang saksinya masuk ke bilik... Perbualan kami terhenti lalu mereka memasuki bilik pengIslaman tetapi ianya tidak berakhir di situ kerana apa yang terjadi di dalam bilik pengIslaman dan ketika mereka di dalam bilik itu tidak kurang menariknya juga... Saya percaya bukan semua pegawai agama begitu dan cuma segelintir sahaja. ynag bersikap sedemikian.... Wahai pembaca sekalian yang dilahirkan Islam, inginkah anda melalui apa yang telah kami lalui demi memeluk agama Islam? Sanggupkah anda melaluinya dengan dibuang keluarga, diugut bunuh dan pelbagai lagi? Sampaikanlah mesej Islam agar rakan kita yang Belum Islam tidak akan merasa semua ini lagi.. Mudahkanlah bagi mereka.....



8 comments:

  1. Salam,
    Biasa berlaku di mana-mana jabatan agama Islam di Malaysia, walaupun ramai mengaku Islam tetapi sifat diri sebagai orang Islam kurang terserlah, sebaliknya kelakuan biasa-biasa yang sering kita jumpa sehingga jika bukan warna kulit dan tudung di kepala, sukar nak bezakan Muslim dengan nonMuslim.
    Itu sebabnya saya pilih ucap syahadah depan pegawai-pegawai Pusat Islam di USM semasa saya melanjutkan pengajian, mereka 'terpaksa' uruskan semua prosedur dengan jabatan agama Islam P.Pinang,termasuklah membawa saya ke sana dengan van Pusat Islam.. tu pun ada masalah sebab kad masuk Islam lewat.

    ReplyDelete
  2. too bad..dalam negara ini..seolah olah Islam itu cume milik mereka.... :"" itu berlaku juga di luar negara ke?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye pekara yg sama juga berlaku di german n banyak negara2 eropah lain yg mana keramaian ulama dilahirkan Islam

      Delete
  3. Astagfirullah... Saudara, saya benar2 malu dengan apa yang telah dilakukan oleh pegawai wanita itu. Saya sendiri Islam sejak lahir. Dan penjawat awam. Tapi, urmm.. kenapa ada orang yang sombong begitu. Mereka membuat seolah-olah ke'Islam'an mereka lebih sempurna saripada orang lain. Sedihnya saya. Saya rasa, sepatutnya JAIS, JAWI atau mana2 jbtn agama, perlu mengambil saudara Islam yang baru utk bekerja di posisi begitu. Atau, carilah petugas yang benar2 ditapis akhlak, bukan sekadar sijil atau ijazah. Sigh... Semoga kamu akan terus bersabar. Dan sbenarnya pegawai wanita itu bukan mewakili agama Islam. Tapi bangsa. Opps.. Saya pun Melayu. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada fikiran saya lah sebab orang2 yang terlibat dgn mengislamkan org yg asalnya bukan islam mendapat ganjaran yang besar dari Allah.. dan berkerja ditempat sedemikian yg bekerja semata2 kerana makan gaji sangatlah mudah untuk mendapat pahala sedangkan diri tak layak.. isu macam ni banyak terjadi.. pandangan saya lah..

      Delete
  4. Didn't know it was that bad...thru the years...redhainya secara penuh kesabaran dan sentiasa bersenyum...hikmahNya banyak...jangan susah hati. InsyaAllah semua akan berjalan dengan baik...pada masa-masa akan datang...saya mendoakan sebegitu untuk semua yang pernah ataupun akan melalui peristiwa seumpama ni untuk diringankan tugasan kita ini. Assalamualaikum warahmatullahi warabakatuh

    ReplyDelete
  5. ini yg susahnya kalau kita tak anggap pekerjaan yg kita buat tu satu ibadat. kalau kita buat perkerjaan itu sebagai satu ibadah, maka secra tak langsung kita akan lakukannya kerana Allah. jadi kita sendiri akan malu dengan Allah jika kita melakukan sesuatu pekerjaan itu boleh dikira sebagai tak ikhlas. selain itu , ada pegawai agama yang korup. ini tidak dinafikan. They thought they know everything. But, in fact, they know nothing much. and, they are a bunch of losers!

    ReplyDelete
  6. The lady needs to attend Communication Course.

    ReplyDelete

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...