Saya terus ke hadapan dan melihat prosedur dan syarat memeluk Islam dan saya menunjukkan kepada pegawai agama tersebut bahawa di dalam borang ini hanya ditulis 2 ORANG SAKSI BERAGAMA ISLAM BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS dan tak ada pun mengatakan muallaf kurang dari 5 tahun tak boleh menjadi saksi dan mereka dengan selamba menjawab "Encik Firdaus, itulah ada silap sikit. Nanti kami kena tambah sebab nanti takut ada masalah bila muallaf nak mohon murtad nanti".
??????????? Apa kena mengena saksi dan nak mohon murtad ni? Orang baru masuk Islam sudah fikir orang nak nak murtad? Kalau kita follow up dan ajar mereka betul betul apa itu Islam inshaAllah mereka takkan terfikir nak murtad pun.
Selepas perbualan di atas, seorang lagi pegawai masuk campur dan inshaAllah saya akan sambung di dalam post akan datang... Apa perasaan anda setelah membaca kisah benar ini?
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Al-Hujuraat 49:13)
pegawai itu kurang ilmu.....
ReplyDeleteyang membezakan manusia ialah taqwa kepada Allah..its great if we can improve each other's knowledge and perceptions supaya situasi seperti ini tidak berlaku kepada saudara2 yg lain..inshaAllah.
ReplyDeleteBetul ... dan yang lahir sebagai Muslim pun mungkin mohon nak murtad.
DeleteSalam brother Firdaus, i dont know what to say. Speechless, because this happened in "jabatan agama". Wow!
ReplyDeleteThanx for the revelation bro. Sememangnya pegawai agama perlu diberi pengajaran yang tepat supaya mereka berilmu dlm serba serbi hal. Let's pray things get better going forth :)
ReplyDeleteSometimes it is better to keep silent.
ReplyDeleteSalam, sometimes to keep silent is simply allowing ignorance to become fact and wrong will be seen as right. Using the fact that "hating and disapproving some wrongdoing as the weakest form of iman" as a safety blanket is the reason why many unIslamic things continue to be perceived as Islam in many parts of the world including Malaysia.
DeleteKalau saya mesti saya tanya, 'Para sahabat Nabi yang peluk Islam kena tunggu lima tahun baru jadi saksi ka?'
ReplyDeleteApa dalil agama awak guna? Kalau dah lebih 5 tahun, boleh ke awak comfirmkan yang orang tu takkan murtad?
I always have bad experience at Jawi....
inilah masalah segelintir pegawai2(jabatan agama islam) yang tidak memahami etika dan tatacara serta berpengetahuan sepenuhnya hal ehwal agama islam tetapi telah terpilih menjadi pegawai perhubungan mengendalikan pekara2 prinsip kumpulan muallaf dinegara kita.saya dah mendengar pekara ni seawal tahun 1999 lagi bila sahabat saya, (khadijah Tan) menghadapi situasi memohon bantuan ibu tunggal dari jabatan agama islam wilayah,...
DeleteAssalamualaikum, kesian bro kan.. kekadang tu aku rase orang Islam (bukan keseluruhan) tu yang menyusahkan urusan orang bukan Islam untuk masuk Islam... dan lebih mengecewakan lagi ianya terjadi ditempat pengurusan berkaitan dengan agama Islam itu sendiri... Kalo perlu bro, susah2 bro roger aku insyaAllah aku cuba mintak hamba Allah koje kat Jabatan agama Islam sendiri.. kita bkan nak bersangka buruk pada Pegawai tersebut, cuma kerenah birokrasi yg tidak rasional buat sesiapa pun bosan n tak faham....
ReplyDeleteSaya doa kan Sdr Firdaus & Adam Sih sentiasa dalam rahmatNya....doakan kepada saya juga yer...
ReplyDeleteBelum memeluk Islam dah bersedia untuk bagi prosedure murtad?
ReplyDeleteIslam itu mudah tapi manusia yang merumitkan urusan agama ....
ReplyDeleteOrang yg bukan muallaf nak pohon murtad takde masalah la maksud pegawai tu?? Apa daaa punya soalan. Macammana pegawai2 ni boleh lepas kerja di jabatan agama.
ReplyDelete