Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Saturday, January 14, 2012

Apa nama Islam kamu? Wajib ke tukar nama bila memeluk Islam?


Sahabatku bertanya "Apa nama Islam kamu?" lalu saya menjawab Firdaus Wong Wai Hung tetapi beliau seolah olah tidak puas hati dan menyoal lagi "mana perginya Bin Abdullah dan takkan takde Mohamed dan nama Wai Hung tu boleh kekal?"

Saya percaya persoalan di atas bukan hanya dihadapi oleh saya seorang tetapi kebanyakan mereka yang memeluk Islam juga akan diajukan soalan yang sama sehingga kekadang mereka menjadi rimas. Rimas bukan kerana tidak mahu menjawab tetapi rimas kenapa di zaman ini masih ramai yang tak faham definisi nama Islam? Perlu ke tukar nama kalau peluk Islam? Mesti tukar nama Arab ke baru Islam? Mari kita selami isu ini agar bermanfaat.

Apa itu nama Islam?

Nama Islam adalah nama yang membawa makna yang baik dan tidak mensyirikkan Allah baik dari segi bahasa atau maksudnya. Nama yang paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan juga Abdul Rahman seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Adakah nama Islam itu mesti dalam bahasa Arab?

Seperti yang disebutkan di atas bahawa nama Islam adalah nama yang membawa makna yang baik dan tidak semestinya di dalam bahasa Arab kerana di zaman Rasulullah s.a.w ada beberapa sahabat yang memeluk Islam kemudian Rasulullah s.a.w menyuruh mereka menukar nama seperti Abd asy-Syams bin Sokhr kepada Abd Rahman bin Sokhr. Hal ini kerana Abd asy-Syams bermaksud hamba matahari. Namun nama Sokhr yang bermaksud batu tetap dikekalkan. Andai nama Islam adalah di dalam bahasa Arab, mengapa Rasulullah s.a.w memerintahkan sahabat yang memiliki nama dalam bahasa Arab menukar nama mereka?

Perlukah saya menukar nama apabila saya memeluk Islam?

Ketika baginda s.a.w memerdekakan Zaid Ibn Haritsah dan mengambilnya sebagai anak angkat dari isterinya Khadijah r.a, sahabat mula memanggil Zaid sebagai Zaid ibn Muhammad namun Allah telah menurunkan ayat berikut agar mereka yakni sahabat dan Nabi s.a.w tidak menasabkan Zaid ibn Haritsah selain dari nama bapanya;

A005
Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

Al-Imam At-Tabari dalam tafsirnya mengatakan, ayat di atas, adalah dalil bahawa tidak boleh menasabkan sesorang kepada bukan bapanya. Selepas turunnya ayat ini maka Rasulullah s.a.w memerintahkan sahabat semua agar memanggil Zaid dengan nasabnya yang asal iaitu Zaib ibn Haritsah. Baginda juga bersabda:

"Sesiapa yang secara sengaja membiarkan dirinya dipanggil sebagai anak kepada yang bukan bapanya adalah kufur"
(Sahih Bukhari, Muslim & Abu Daud)

"Sesiapa yang secara sedar mengubah nama bapanya kepada nama yang lain, terkeluar dari syurga"
(Sahih Bukhari, Muslim & Abu Daud)


Habis tu kenapa ramai orang Islam masih menyuruh kita menukar nama?

Ramai yang masih beranggapan bahawa ianya wajib sedangkan undang undang telah digubal tetapi masih ada segolongan di dalam masyarakat Islam masih enggan menerima walaupun telah didatangkan nas yang sahih dari Quran dan Sunnah kerana berpegang kepada kepercayaan dan amalan nenek moyang yang tiada asasnya dalam Islam. Malahan ada yang beralasan apabila kita meninggal nanti sukar untuk imam atau Ustaz melakukan tahlil dan talkin kerana ianya akan pelik apabila yang disebut itu adalah nama bukan Islam. Walaupun didatangkan nas mereka masih enggan menerima sebagaiman firman Allah;

A170
"Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?"
(Al-Baqarah 2:170)


A022
(Tidak ada sebarang bukti bagi mereka) bahkan mereka (hanyalah) berkata: Sesungguhnya kami telah mendapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama, dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja".
A023
Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta); Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama, dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja".
A024
Rasul itu berkata: "Adakah (kamu akan menurut juga mereka) walaupun aku membawa kepada kamu agama yang lebih jelas hidayah petunjuknya daripada jalan agama yang kamu dapati datuk nenek kamu menurutnya?" Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya".

Sikap yang sepatutnya ada pada setiap orang Islam apabila didatangkan nas dari Quran & Sunnah adalah sebagaimana firman Allah;

A017
"Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu"

A018
"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna."
(Az-Zumar 39:17-18)

Bagaimana dengan mereka yang telah menukar nama?

Andai mereka yang telah menukar nama yang bernasabkan selain dari bapa mereka sebelum undang undang tersebut digubal maka tiada apa yang dapat dilakukan. Mereka yang masih baru tetapi ingin menukar semula nama haruslah mendapatkan maklumat dari jabatan agama Islam tempat mereka diIslamkan.



Ada contoh mereka yang tidak menukar lama langsung?

Contoh yang terbaik adalah Rasulullah s.a.w sendiri. Baginda sebelum menerima wahyu diberi nama Muhammad Bin Abdullah dan selepas menerima wahyu masih mengekalkan nama. Begitu juga dengan Abu Bakar, Umar Ibn Khattab, Uthman Ibn Affan, Bilal Ibn Rabah, Salman al-Farisi, Ali Ibn Abu Talib (walaupun Abu Talib tidak memeluk Islam) dan banyak lagi sahabat. Di Malaysia ramai juga antaranya Lim Jooi Soon, Ann Wan Seng, Ng Kuan Beng, Goh Yee Mei, Eh Jun Guang, Shah Kirit Bin Kalkulai Govindji dan ramai lagi.

Ada juga yang menambah nama di hadapan seperti diri saya Firdaus Wong Wai Hung, Adam Sih Huah Sing, Adam Golku Bin Subramaniam dan banyak lagi...

Apa apa pun, terpulanglah kepada individu untuk memilih samaada untuk mengekalkan nama aslinya 100% atau menambah satu nama di hadapan. Perlu diingat bahawa nama amatlah penting bagi mereka yang memeluk Islam kerana ianya juga boleh dijadikan topik dan cara menarik keluarga mereka yang belum Islam untuk mendekati Islam dan memeluk Islam. Usahlah kita sempitkan Islam dengan pandangan yang bukannya berasal dari Islam serta menyukarkan mereka untuk memeluk Islam.

Islam itu luas dan mudah. Sentiasa berikan beberapa pendapat dalam Islam kepada mereka yang ingin mengenal Islam agar mereka mendapat maklumat yang secukupnya bagi membuat keputusan. Sering kali yang kita dengar adalah kebanyakan individu yang saya temui terperanjat apabila saya memaklumkan kepada mereka bahawa mereka juga boleh mengekalkan nama 100% sedangkan apa yang mereka dengar dari Ustaz dan Imam di masjid mereka diIslamkan ada yang tak beritahu mereka.

Berlaku adillah kepada mereka. Berbohonglah mereka yang mengatakan Jabatan Agama mewajibkan menukar nama atau ianya ajaran Islam. Jangan kerana ingin menurutkan nafsu kita maka kita menjadikan mereka yang Belum Muslim jauh daripada Islam kerana isu tukar nama...




Mashitah: Mualaf tidak wajib tukar kad pengenalan

Persoalan Agama: Tak wajib tukar nama selepas peluk Islam



28 comments:

  1. assalamu'alaikum w.b.t.
    saya juga ada mendengar tentang ini,tapi rasa bukannya mslh yang besar kalau nama tak ditukar.cuma masalah skrg mentaliti melayu mmg begitu dan sukar untuk diubah.
    moga saudara tabah,in shaa Allah.dan smoga generasi melayu yg baru dpt menukar mentaliti sebegini.

    ReplyDelete
  2. walaikumusalam waramatilahi wabarakatuh....
    ianya memang bukan masalah yang besar Maya, keadaan bertambah baik berbanding beberapa tahun dahulu dan setiap umat Islam mempunyai tanggunjawab bagi menerangkan salah faham terhadap Islam di kalangan orang Islam sendiri... InshaAllah kita sama sama berusaha...

    ReplyDelete
  3. Saya rasa mereka yang dah tukar nama kepada bin/binti Abdullah masih boleh menukarnya kembali.

    Tapi prosedur agak leceh la. Nanti ada masa saya pergi tanyakan kat Pejabat Pendaftaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy juga teringin mengganti nama dlm ic kpd nama asal kembali . Sy bkn ingin menukar status agama tp nama asal sy sblm masuk muslim . Biarpun nama asal masih tersimpan dlm ic tp nama asal yg terpampang lebih baik . Sy menyesal menukarkan kpd nama islam . Sy fikir klu tukar agama nama dlm ic pun perlu ditukar kpd nama islam . Rupanya x wajib , sy menyesal . Apa perlu sy buat ?

      Delete
  4. Assalamu'alaikum w.b.t.

    Pada saya isu tukar nama ni berpunca dari kurang pemahaman tentang Islam itu sendiri. Pada saya jika nama itu sendiri maknanya elok e.g selepas diterjemah namanya bermakna "bunga kiambang" tidak perlu kita menukarnya. Masyarakat Islam di sini seolah2 sudah sebati bila seorang saudara baru itu memeluk agama Islam hendaklah menukar nama kepada nama Arab.

    To me it's a matter of educating the fellow Muslim. Pada saya tidak salah menyimpan nama asal asalkan nama asal itu elok dan tidak bercanggah dengan Islam e.g membawa maksud dewa atau nama tuhan agama lain.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..

    ribuan trima ksh kpd saudara firdaus.. sy slalu kliru sma ada perlu tukar ke binti abdullah atau tak.. skrg sy sudah fhm dn jlas.. alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  6. Betul tuh saudara..Islam itu mudah...jgn disusahkan yg mudah...Sy pernah bercerita tentang hal nama yg boleh dikekalkan ini kepada Chinese friend sy.. Dan dia agak terperanjat mendengarnya.. Dia igtkan wajib tukar nama..Tp sy x terkejut bila dia terkejut (he is chinese kan).. Tp sy terkejut apabila kwn2 sy yg dah lama Islam ni bermatian2 kata wajib tukar nama...mcm2...Penat nak explain...Kena bg diorang baca blog Mr Firdaus Wong ni agaknyer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy masa masuk muslim haritu mesti masukkan nama islam dlm nama . X diberi pilihan samada ingin menukar menambah atau mengekalkan 🙁

      Delete
    2. she fhoyie, mungkin boleh berbincang dengan pihak pejabat agama Islam yang anda memeluk Islam itu. Atau boleh juga hubungi kami di 01110500414 untuk maklumat lanjut.

      Delete
  7. asalamualaikm.....saye pn nak bertnya nama saya agak pelik sikit nama saya maikoll saya bukn mualaf tau bapa saya yang bagi nama tu kat saya sejak sayakecik lagi sebab bapa saya mualaf nama saya sorang je yang lain adik beradik saya sume nya nama melyu apa pandangan anda tentang nama saya sekrang ni.

    ReplyDelete
  8. asalamualaikm.....saye pn nak bertnya nama saya agak pelik sikit nama saya maikoll saya bukn mualaf tau bapa saya yang bagi nama tu kat saya sejak sayakecik lagi sebab bapa saya mualaf nama saya sorang je yang lain adik beradik saya sume nya nama melyu apa pandangan anda tentang nama saya sekrang ni.

    ReplyDelete
  9. Sy ingin menukar nama dlm ic kepada nama asal kembali . Tp sy x tau mcmana . Sblm ni tempat sy memeluk agama islam mewajibkan tukar nama . Sy yg x tau apa2 ikut saja . Setelah bbrapa lama kakak sy ckp boleh x tukar nama cuma tukar status agama dln ic . Sy agak berasa kecewa kerana x diterangkan dgn terperinci serta diwajibkan utk tukar nama .

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.. bagaimana hendak menyakinkan pada pejabat pendaftran agama yang enggan membenarkan kaum cina yang revert muslim untuk menggekalan nama cina mereka walaupun dah diterangkan dengan menunjukkan hadis. Kata mereka setiap state ada peraturan masing2.

    ReplyDelete
  11. Sya nk btnya ni. Sya org kristian asalnya tp, bila dh bkwin dgn mlyu islam sya pun mualaf lalu ttukar trus pla nama islam dlm ic sya. Kmi punya ank 1 org tp bin abduĺlah bkn bin bapa dia. Stlh 3 thun bkwin kmi lalu bcerai. Kes skrg ni. Sya bingung mcm mna cara nak kembalikan agama asal dan nma ic asal kmi dua branak tu kmbli. Sya dan ank mmg dh lama mkn babi dan tak pnh mngamalkn islam krn spnjg kmi mnjdi islam tiada apa bantuan atau keistimewaan khas yg kmi dpt.shgga skrg sya pun jdi janda tak bkja cma jga ank sya skolah. Sya x puas hati ttg pengislaman sya krn faktor tsbut. Skrg-krgnya ada jga bantuan pkjaan ttap ke atau bantuan kebajikan ke utk kmi branak baru adil sikit.ni x pkjaan pun x da, rumah pun x da serba serbi tiada apa2 yg istimewa pun. Tambahan pula si bapa ank ni x pnh bri nafkah utk ank wlu sesen pun mlah lpas tggjwb pda sya yg tak punya apa2 ni pla.apalh nasib sya....bantulh sya apa yg sya hrus lakukan skrg....terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Syukur dapat info macam ni. Sangat2 membantu. Sy dah risau untuk mencari nama yang tak jauh dr nama sebenar sy bila dah memeluk islam nanti. Syukur tergerak hati nak google berkaitan hal ini. Jadi bila dh convert nanti,cukuplah tukar agama dLm IC. sy dah bersedia msk Islam tapi dlm msa yang sama hati keberatan nak cari nama baru. Terima kasih untuk info yang sangat berguna ini.

    ReplyDelete
  13. Tapi jabatan Agama Islam Pulau Pinang tak setuju Dia orang tetap suruh bin/ binti Abdullah ..sakit kepala la cam ni... so cam mana nak selesaikan masalah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jasi boleh hubungi sahabat kai di Penang,

      Bro Kamarudin Abdullah 0194115665
      Khaw Lek Ming 0134323549
      Ustaz Husni 0195266677

      Delete
  14. Boleh tak saya tukar bin/ binte anak saya kepada suami baru saya... Memandangkan bapa kandung tidak bertangungjawap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Tidak boleh. Hukumnya haram sepertimana Firman Allah ta'ala

      Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
      (Al-Ahzaab 33:5)

      Delete
  15. Boleh tak saya tukar bin/ binte anak saya kepada suami baru saya... Memandangkan bapa kandung tidak bertangungjawap..

    ReplyDelete
  16. Actually there is a law making compulsory name change but was abolished in 1983 after majlis fatwa kebangsaan in 1982 agreed to no compulsory name change.

    ReplyDelete
  17. Manusia telah Di turunkan segala galanya kecuali satu sahaja,... kesedaran sendiri nya..... Islam mudah tetapi manusia sendiri Yang sempitkan Dan menjadikannya Di luar terlebih kesederhanaan Dan Islam bukan untuk orang orang melayu sahaja tetapi untuk semua satu dunia. Islam tiada perkauman atau racist tetapi manusia Yang mewujudkan perkara perkara Yang tidak baik melalui tafsiran sendiri Yang keterlebihan...truth of Islam is in our hearts ....and never about colour or discriminations...

    ReplyDelete
  18. Assallamualaikum.alhamdulilah.sy adalh sorg mualaf.dan sy dah tukar ic juga tpi still guna nama asal dlm ic cuma sy tukar agama saja.so dlm ic sy ada ISLAM dah.sy tukar ic sbb cuma risaukn bila meninggal akan jd isu sprti mayat kita akan di letakkn dlm tempat utk bukan islam.rasanya sabah tak de masalh utk kes mualaf ni.cuma kalu semenanjung mereka akan suruh@wajib tukar nm bila dah convert.adik sy convert islam kat semenanjung terus tukar nm islam.nama lama tak de terus dan family kmi pertikaikn sbb siang@nm family utk cina tu dah tk de.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pula xtau apa2 pegi jpn tukar nama n agama . Ingatkan itu wajib , skrg byk dah tau teringin pula tukar nama ic kpd asal balik tp jpn ckp x ble sebab nama asal masih terimpan dlm ic . Sy menyesal . Rindu nama asal terpampang dkt ic 🙁

      Delete
  19. klu dah tkr nama islam kt Ic how to change back nama kpd nama asal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya i want to know about it too . Camana sy pun nak tukar nama asal balik . Status agama tu biarlah kekal islam .

      Delete
  20. Sya ingin menukar kembali nama bapa sya .nama asal bapa sya ialah Shariff dan sya telah mengubah nya kepada Biun krana sya rasa unik dgn nama tersebut .setelah permohonan berjaya sya rasa mnyesal kerana nama d sijil2 sya x sama dengan nama ic sya skrng dan mngkin mengakibatkan masalah akan dtg..bagaimana ya mengubah balik nama kepada asal boleh atau x? Sngat2 memerlukan pertolongan jpn.

    ReplyDelete

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...