Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Tuesday, July 31, 2012

SAVE ROHINGYA NOW...!!!


Di saat semua umat Islam di seluruh dunia menyambut Ramadhan, saudara seIslam kita di Myanmar - Rohingya diburu dan dibunuh oleh mereka yang tidak beragama. Ya, ramai yang menyalahkan penganut Buddha tetapi percayalah bahawa penganut Buddha yang betul tidak akan membunuh kerana di dalam FIVE PRECEPT mereka, PRECEPT yang pertama adalah DILARANG MEMBUNUH.

Dianggarkan lebih kurang 2 Juta Rohingya berada di Myanmar dan berikut adalah statistik ringkas mengenai Rohingya dan juga konflik di Myanmar;

> 43 Kampung diserang
> 5,915 Rumah Dibakar
> 555 dibunuh walaupun jumlahnya berbeza-beza di antara 500 – 10,000. Tidak ada 
   cara untuk mengenal pasti statistic yang sebenar kerana Kerajaan Myanmar 
   menghalang sebarang berita datang dari wilayah Arakan.
> 300 cedera
> 34 Masjid musnah
> 4 Universiti musnah
> 24 Sekolah Musnah
> 300 Ditahan
> 35,400 Menjadi pelarian namun UNHCR meletakkan anggaran 90,000 pelarian.
> 500,000 kehilangan punca pendapatan akibat darurat. Mereka tidak dapat bekerja
   di ladang mereka.
> 20,000 hidup di tebing sungai dan juga di dalam hutan bagi mengelak ditangkap 
  dan dibunuh.

Oleh itu,
Global Peace Malaysia melancarkan TABUNG IFTAR RAMADHAN ROHINGYA bagi membantu meringankan beban mereka. GPM mensasarkan kutipan sebanyak RM1 Juta namun setakat ini yang dimaklum kepada saya, kutipan setakat ini hanyalah lebih kurang RM 100,000 sahaja dan masih memerlukan lebih kurang RM 900,000 bagi mencapai sasaran mereka. Pihak GPM akan membelikan segala keperluan asas apabila tiba di Myanmar bersama dengan beberapa

Dermalah seikhlas yang mungkin seberapa banyak yang anda mampu walaupun RM 1.00 tetapi tolong sebarkan mesej ini. Jikalau anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Adli Zaquan di 017 - 243 0978 ataupun Nor Hafizah di 019 - 354 2176. Ingatlah sabda Nabi Muhamamad s.a.w yang bermaksud;

"Seorang muslim adalah saudara bagi muslim.Dia tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh pula membiarkan saudaranya teraniaya oleh orang lain. Dan barangsiapa yang membantu (mencukupkan) keperluan atau hajat saudaranya, maka Allah Ta 'ala membantunya pula (mencukupkan) keperluan atau hajatnya. Dan barangsiapa yang melapangkan kesulitan seorang muslim, maka Allah Ta 'ala melapangkan kesulitannya kelak di Hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, maka Allah menutupi pula aibnya kelak di Hari Kiamat.
[Sahih al-Bukhari no (2442) dan Muslim (2580)]



Seperkara lagi, berhati-hatilah di dalam menyebarkan gambar dan berita palsu walaupun niat baik tetapi matlamat tidak menghalalkan cara. Kita juga harus bersikap rasional dan adil dan tidak menghukum secara mutlak bahawa semua penganut Buddha adalah sebegitu. Sebagaimana kita ingin masyarakat Belum Islam memahami dan berlaku adil kepada Islam, maka kita haruslah mulakan dengan diri kita dahulu. Allah SWT berfirman;

A008
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."
(Al-Maaidah 5:8)

Ayuh kita bantu mereka sebaik mungkin. Sumber statistik di atas diperolehi dari 

p/s Sila maklumkan kepada saya jikalau terdapat kesilapan maklumat yang saya paparkan. Saya telah memeriksa sebaik mungkin bagi mengelak MEMPERBESARKAN angka supaya masyarakat bersimpati. Matlamat tidak menghalalkan cara. Semoga Allah menerima niat dan sumbangan kita. Amin..


No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...