Dahulunya ketika saya mula-mula memeluk Islam, saya
diajar untuk melafazkan niat dengan permulaannya ‘Usolli’ atau dalam Bahasa
Melayu ‘Sahaja Aku Tunaikan Solat Subuh Dua Rakaat Tunai Kerana Allah Taala’…
Saya pun apa lagi. Bukan main susah nak hafal sampai
kadang-kadang give up nak solat sebab terlupa susunan lafaz niat. Apa tidaknya.
Bayangkan kalau saya solat seorang kena hafal 5 lafaz berbeza dan almaklumlah
masih baru, kadang-kadang terlupa Zohor dulu ke atau Asar dulu dan berapa
rakaat.
Itu baru solat keseorangan dan bagaimana dengan solat berjemaah??? 5 lagi
lafaz niat berlainan..!!! Waduh-waduh.. pening kepada saya… Sudahlah kena hafal al-Fatihah dan bacaan
dalam solat, ini lagi lafaz niat yang pelbagai dan lafaz niat mandi wajib &
berwuduk. Meh, disenaraikan lafaz niat yang ‘wajib’ saya hafal dulu dan tengok
korang pening tak kalau baru memeluk Islam dah kena hafal macam-macam dan bukan diajar mengenal Allah dulu;
Lafaz Niat Wuduk
Lafaz Niat Mandi Wajib
Solat Subuh (Keseorangan)
Solat Zohor (Keseorangan)
Solat Asar (Keseorangan)
Solat Maghrib (Keseorangan)
Solat Isyak (Keseorangan)
Solat Subuh (Berjemaah)
Solat Zohor (Berjemaah)
Solat Asar (Berjemaah)
Solat Maghrib (Berjemaah)
Solat Isyak (Berjemaah)
Solat Musafir (Jamak Takdim)
Solat Musafir (Jamak Takhir)
Fuyooo…!!! 14 Jenis lafaz niat nak kena hafal masa baru
memeluk Islam dulu.. Ustaz yang ajar saya masa kursus fardhu ain dulu bagitau saya - ‘Islam Itu Mudah’ tapi bila setakat lafaz sudah 14 saya berkata
dengan diri saya ‘Ini baru lafaz niat wohh. Belum lagi lain-lain. Macam mana la…Belum
masuk solat sunat lagi’.
Kadang-kadang sampai berapa kali saya kena takbir baru dapat lafaz niat yang betul tapi nasib baiklah kalau solat berjemaah orang di sebelah saya tu pun kena takbir beberapa kali so saya rasa lega sebab bukan saya seorang je... hehe...
Kalau setakat yang
wajib sudah 14 lafaz, sorry la nak solat sunat… berapa lagi mau ingat kalau solat
sunat…??? So time tu memang takdelah saya nak buat solat sunat ke apa sedangkan
yang wajib sudah terkapai-kapai nak hafal lafaz niatnya… Tetapi, Alhamdulilah
selepas saya mula betul-betul belajar dan kaji mendalam lagi, ini antara
penemuan saya melalui pembacaan dan pembelajaran saya yang singkat;
“Tiap-tiap amal perbuatan tidak lain
adalah berdasarkan niat
dan balasan bagi setiap amal manusia
sesuai dengan apa yang diniatkan….”
[Sahih al-Bukhari]
Dari Aishah dia berkata:
“Sesungguhnya
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam membuka solatnya dengan Takbir.”
[Sahih Muslim]
Apa kata Imam Syafie r.h yang Ustaz saya dulu bagitau,
Malaysia bermazhab Syafie dan ikut pendapatnya..
“Siapa yang pandai
membaca takbir, niscaya tidaklah dia memulakan solatnya melainkan dengan
takbir itu sendiri dan takbirnya ialah Allahu Akbar.”
[al-Umm (Kitab Induk) (edisi terjemahan oleh Prof. TK. H. Ismail Yakub,
Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1989), jld.1, ms. 241]
Apa pula kata tokoh mazhab
Syafie? Imam Nawawi r.h berkata;
"Pendapat yang
mengatakan sunat melafazkan niat adalah kesilapan. Sebenarnya, maksud kata-kata
Imam Syafie 'menyebut' ialah lafaz takbiratulihram."
(Rujuk al-Majmu', al-Nawawi, jil. 3, ms. 243 dan Ta'aalim, al-Syeikh Bakr Abu Zaid, ms. 100)
(Rujuk al-Majmu', al-Nawawi, jil. 3, ms. 243 dan Ta'aalim, al-Syeikh Bakr Abu Zaid, ms. 100)
Seorang lagi tokoh Mazhab
Syafie iaitu Imam al-Sayuti r.h berkata;
“Daripada bid’ah (yang saiyyah) itu: “Was-was dalam niat
solat. Itu bukan daripada perbuatan nabi s.a.w. dan para sahabah baginda.
Mereka tidak pernah melafazkan sedikit pun niat solat melainkan hanya (terus)
takbir. Allah telah berfirman:
(maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik)”
(maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik)”
[Al-Sayuti, Al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an
al-Ibtida’, m.s. 25, Beirut; Dar al-Fikr al-Lubnani]
Pernah Abu Daud bertanya kepada Imam Ahmad r.h.:
"Adakah terdapat lafaz tertentu sebelum takbir?” Dia menjawab: “TIDAK."
"Adakah terdapat lafaz tertentu sebelum takbir?” Dia menjawab: “TIDAK."
[Masaail al-Imam Ahmad, ms. 31 dan Majmu'
al-Fatawa, jil. 22, ms. 28]
Manakala dalam Kitab Fikih
Sunnah Sayid Sabiq, saya terjumpa yang ini;
"Ungkapan-ungkapan
(lafaz niat - pen) yang dibuat-buat (direka – pen) dan diucapkan pada permulaan
bersuci (wuduk) dan solat ini, telah dijadikan oleh syaitan sebagai arena
pertarungan bagi orang-orang yang diliputi
was-was, yang menahan dan menyiksa mereka dalam lingkaran tersebut, dan
menuntut mereka untuk menyempurnakannya. Maka anda lihat masing-masing mereka
mengulang-ulanginya dan bersusah-payah untuk melafazkan padahal sedemikian itu
sama sekali tidak termasuk dalam ibadah solat"
[Fikih Sunnah, Sayid Sabiq, jilid 1 ms 286]
[Fikih Sunnah, Sayid Sabiq, jilid 1 ms 286]
Fuhhh… Lepas saya dah terjumpa dan terbaca semua ini,
lega hati… Solat dan ibadah sudah menjadi mudah bagi saya dan rakan yang lain.
Pernah ahli NGO saya didatangi seorang muallaf wanita lalu dia berkata;
Muallaf Wanita : “Saya dah lama tak solat”
Rakan : “Kenapa tak solat? Awakkan suka pada Islam sebab
itu awak memeluk
Islam”
Muallaf Wanita : “Saya tak boleh ingat lafaz niat. Banyak sangat dan saya keliru”
Muallaf Wanita : “Saya tak boleh ingat lafaz niat. Banyak sangat dan saya keliru”
Selepas itu, rakan saya menerangkan kepadanya perihal
tentang lafaz niat dan muallaf wanita itu berkata;
“Inilah keindahan Islam yang menjadikan saya tertarik
untuk memeluk Islam. Mudah dan tidak membebankan”
Mungkin pembacaan saya yang terhad dan jahil ini hanya
mampu menampilkan beberapa dalil di atas. Jikalau anda ada sebarang informasi
yang menarik, silalah berkongsi dengan saya. Saya suka belajar dengan berkongsi
ilmu dan bertukar-tukar pendapat…
Apa-apapun, Selamat Berpuasa dan menyambut kedatangan
Ramadhan al-Mubarak… Tak payah lafaz niat kot….
masa kecik-kecik saya pun macam tue..siap ada peperiksaan lagi, sila tuliskan niat solat zohor beserta dengan makna..(3 markah) kena tulis dalam bahasa jawi pula tu, bila dah besar dengar ceramah -ceramah daripada ustaz dan ustazah rupanya senang aje..seorang ustaz pernah berkata pada kami "niat tu adalah lintasan hati, "sebenarnya saya nak solat zohor ni", itu pun dah dikira niat, "memang senang pun..;-)
ReplyDeleteAnak2 saya tak pandai sangat bahasa melayu, jadi nya saya minta mereka niat Ya Allah here is my 4 rakaat Zuhur/Asar/etc prayer. Jumpa opah mereka pengsan nak jawab hehehe
ReplyDelete