Sebelum memeluk Islam, saya tertanya,
‘Kenapa
orang Melayu berpuasa satu bulan. Boleh makan minum tak mahu sengaja mahu dera
diri buat apa?’
Alhamdulilah, selepas kembali kepada Islam saya mula memahami
kenapa Muslim berpuasa. Ya mungkin ada kajian saintifik yang lain tetapi sebab
yang paling utama ialah sebagaimana firman Allah SWT;
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
Islam dari istilah bahasa ialah penyerahan kehendak diri kepada Tuhan manakala Muslim bermaksud seseorang yang menyerahkan kehendak dirinya kepada Tuhan. Bagaimana untuk membuktikan kita menyerahkan kehendak diri kita kepada Tuhan adalah dengan melalui perbuatan kita. Oleh itu Muslim berpuasa kerana mengikut perintah daripada Allah SWT.
Melalui ayat di
atas kita sedar kenapa puasa difardhukan, iaitu takwa dan mengabdikan diri
kepada Allah. Takwa secara umum bermaksud melakukan apa yang diperintah dan
meninggalkan apa yang ditegah.
Rupa-rupanya,
Nabi yang terdahulu juga mengamalkan puasa sebagaimana firman Allah di atas
iaitu;
“…sebagaimana diwajibkan atas
orang-orang yang dahulu daripada kamu…”
Perkara ini disebut di dalam kitab Bible;
“Moses was there with the Lord
forty days and forty nights without eating bread or drinking water…”
(Exodus 34:28, NIV)
“After
fasting forty days and forty nights, he was hungry.”
(Matthew
4:2, NIV)
Tetapi puasa pada bulan Ramadhan ini bukan sahaja menahan
dari makan & minum tetapi lebih dari itu. Muslim juga hendaklah tidak
mencaci, berbohong, menyebarkan gossip liar, fitnah, dan segala yang tidak
bermanfaat untuk diri kita dan untuk orang lain. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang
bermaksud;
“Sesiapa
yang tidak meninggalkan amalan bohong dan beramal dengannya serta bertindak
jahil, Allah tidak berhasrat untuk menerima lapar dan dahaganya”
(Sahih
al-Bukhari : 6057)
Semoga amalan puasa kita tahun ini akan lebih baik dari
tahun-tahun sebelumnya, InshaAllah. Tahukah anda bila puasa pada bulan Ramadhan mula difardhukan??
Puasa Ramadhan mula difardhukan pada tahun ke-2 Hijrah dan Rasulullah s.a.w berpuasa sembila kali Ramadhan sebelum baginda wafat. Imam Al-Nawawi r.h berkata:
"Rasulullah s.a.w berpuasa Ramadhan sembilan kali kerana ia difardhukan dalam bulan Syaaban, tahun ke-2 Hijrah dan Rasulullah s.a.w wafat pada Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah."
(Al-Majmu', jilid 6, ms 250)
Puasa Ramadhan mula difardhukan pada tahun ke-2 Hijrah dan Rasulullah s.a.w berpuasa sembila kali Ramadhan sebelum baginda wafat. Imam Al-Nawawi r.h berkata:
"Rasulullah s.a.w berpuasa Ramadhan sembilan kali kerana ia difardhukan dalam bulan Syaaban, tahun ke-2 Hijrah dan Rasulullah s.a.w wafat pada Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah."
(Al-Majmu', jilid 6, ms 250)
p/s Artikel selepas ini – “Saya muallaf, kena puasa penuh
juga ke…???”
No comments:
Post a Comment
Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....