Saya akan cuba membawakan dalil dari Quran & Sunnah serta pendapat ulamak mengenai anjing. Kita mulakan dengan apakah anjing itu najis mutlak atau hanya air liurnya dari kacamata mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Sheikhul Islam rahimahullah berkata;
"Adapun tentang anjing, para ulama berselisih dalam tiga pendapat;
Pertama, bahwa anjing adalah suci, termasuk liurnya. Ini adalah mazhab Malik. Kedua, bahwa anjing adalah najis termasuk bulunya. Ini adalah mazhab Syafi'I, dan salah satu dari dua pendapat dalam mazhab Ahmad. Ketiga, bulu anjing suci, sedangkan liurnya najis. Ini adalah pendapat mazhab Abu Hanifah dan salah satu pendapat dari dua pendapat dalam mazhab Ahmad.
Pendapat ketiga adalah pendapat yang paling benar. Maka jika bulu anjing yang lembab menempel pada baju atau tubuh seseorang, hal itu tidak membuatnya najis."
[Majmu Fatawa, 21/530]
Beliau berkata di tempat lain;
"Hal demikian, karena asal pada setiap benda adalah suci, maka tidak boleh menyatakan sesuatu najis atau haram kecuali berdasarkan dalil.
Sayid Sabiq juga menyebut;
"Mengenai bulu anjing, maka yang terkuat ia adalah suci dan tak ada alasan mengatakannya najis."
[Fikih Sunnah, Jilid 1, Bab Thaharah, ms 58]
Maka kita dapat lihat bahawa terdapat beberapa pendapat mengenai kesucian anjing di antara ulamak maka kita sebagai Muslim haruslah berlapang dada dalam menangani isu sebegini serta senantiasa agree to disagree. Jikalau kita memilih pendapat bahawa ianya najis mutlak maka hormatilah mereka yang memilih pendapat bahawa ianya bukan najis mutlak dan sebaliknya. Ukhwah sesama Muslim juga akan terpelihara jikalau kita semua bersikap berlapang dada dalam isu ranting sebegini.
Apakah dibolehkan memelihara anjing untuk menjaga rumah?
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, sesungguhnya Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda,
"Siapa yang memelihara anjing, kecuali anjing untuk menjaga hewan ternak, berburu dan menjaga tanaman, maka akan dikurangi pahalanya setia hari sebanyak satu qirath."
[HR. Muslim, no. 1575]
Dari Abdullah bin Umar, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,
"Siapa yang memelihara anjing, kecuali anjing untuk memelihara ternak, atau berburu, maka akan dikurangi amalnya setiap hari sebanyak dua qirath."
[HR. Bukhari, no. 5163, Muslim, no. 1574]
Imam Nawawi berkata,
"Diperselisihkan dalam hal memelihara anjing selain untuk tujuan yang tiga di atas, seperti untuk menjaga rumah, jalanan. Pendapat yang lebih kuat adalah dibolehkan, sebagai qiyas dari ketiga hal tersebut, karena adanya illat (alasan) yang dapat disimpulkan dalah hadits, yaitu: Kebutuhan."
[Syarh Muslim, 10/236]
Dalam mengkompromikan riwayat antara satu qirath dan dua qirath terdapat beberapa pendapat;
Al-Hafiz Al-Aini rahimahullah berkata,
Kemungkinan perbedaan keduanya tergantung macam anjingnya, salah satunya lebih berbahaya. Ada juga yang mengatakan bahwa dua qirath jika memeliharanya di kota dan desa, sedangkan yang satu qirath, jika memeliharanya di pedalaman. Ada juga yang mengatakan bahwa kedua riwayat tersebut disampaikan dalam dua zaman yang berbeda. Pertama disampaikan satu qirath, kemudian ancamannya ditambah, lalu disebut dua qirath.
Kedua: Adapun ucapan penanya bahwa "Memelihara anjing adalah meyimpan najis" tidak dapat dibenarkan secara mutlak. Karena yang dikatagorikan najis adalah bukan anjingnya, tapi liurnya apabila dia minum dari sebuah wadah. Siapa yang menyentuh anjing atau disentuh anjing, maka tidak wajib baginya mensucikan dirinya, tidak dengan debu, tidak pula dengan air. Jika seekor anjing minum dari sebuah wadah, maka air di wadah tersebut harus ditumpah dan dicuci sebanyak tujuh kali, yang kedelapan dicuci dengan debu, jika dia ingin menggunakannya. Jika wadah tersebut khusus dia gunakan untuk anjing, maka tidak perlu disucikan.
[Umdatul Qari, 12/158]
Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda,
"Sucinya wadah kalian apabila dijilat anjing, adalah dengan dibasuh sebanyak tujuh kali, basuhan pertama dengan debu."
[HR. Muslim, no. 279]
"Jika anjing menjilati wadah, maka basuhlah sebanyak tujuh kali, dan yang kedelapan taburkan dengan tanah."
[HR. Muslim, no. 280]
Setelah mengkaji dalil masing-masing mazhab, Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi merumuskan:
Di antara yang najis ialah air liur anjing. Disebut dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali."
Ini juga sebagaimana telah ditetapkan menurut hadis keduanya (al-Bukhari dan Muslim) dan selain keduanya daripada hadis ‘Abd Allah bin Mughaffal tentang kenajisannya. Dengan demikian, jelaslah tentang najisnya air liur anjing itu.
Bahkan, di sana ada beberapa fuqaha yang menyebut tentang kenajisan semua anggota tubuh anjing. Padahal tidak ada dalil yang menunjukkan hal ini baik dari Al-Quran maupun sunnah Rasulullah. Sedangkan pengambilan dalil tentang dijilat atau minumnya anjing dari tempat air, maka itu khusus untuk sesuatu yang dijilat saja. Tidak ada yang menunjukkan pada kenajisan anjing secara keseluruhan: daging, tulang, darah, bulu, dan keringat. Sedangkan mengqiyaskan ini dengan jilatan anjing, adalah bentuk qiyas yang sangat jauh sekali, sebagaimana disebut oleh Imam al-Syaukani. Khususnya jika dikaitkan dengan hadits ‘Abd Allah ibn ‘Umar (yang menerangkan.
“Anjing masuk dan keluar di masjid pada masa Rasulullah dan para sahabat tidak memercikkan air apa pun.”
[HR al-Bukhari dan Abu Daud]
Ada juga sebagian yang lain yang mengatakan tentang kesucian semua anggota tubuh anjing dan mengatakan, sesungguhnya dicucinya tempat yang dijilat anjing adalah masalah yang bersifat ibadah (ta'abbudi), yang hikmahnya hanya Allah yang tahu. Sedangkan yang wajib kita lakukan adalah mengamalkan apa yang ada di dalam nash walaupun kita tidak mengetahui hikmahnya. Ini adalah madzhab Imam Malik.
Imam Malik berhujah bahwa Allah membolehkan makan dari hasil buruan anjing tanpa memerintahkan kita untuk mencucinya. Sebagaimana yang Allah Ta'ala firmankan;
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya.
[al-Maidah 5:4]
Sedangkan saya sendiri (al-Qaradhawi) cenderung pada pendapat Imam Malik bahwa semua yang hidup adalah suci. Demikianlah juga dengan anjing. Dalam zatnya dia suci. Oleh sebab itulah dibolehkan bagi kita untuk memakan hasil buruannya. Dan perintah Nabi untuk mencuci apa yang dijilat anjing adalah sesuatu yang bersifat ta'abbudi. Sedangkan penemuan ilmu moden tentang sesuatu yang menyangkut air liur anjing bahwa di dalamnya ada penyakit-penyakit, kemungkinan penemuan selanjutnya akan lebih mengejutkan.
Sekian al-Qaradhawi.
[Fiqh al-Thaharah (edisi Indonesia atas judul yang sama; al-Kautsar, Jakarta 2004), ms. 21-22]
Isu Video Raya Hina Islam
Isu Video '1 Hari Di Hari Raya' yang menunjukan seorang individu membawa anjingnya bersiar dengan berlatarbelakangkan takbir raya dan kemudian mencuci kaki anjing peliharaannya lalu beliau sendiri berwuduk mencuci kakinya serta memberikan cookies kepada anjing di dalam rumah beliau. Saya telah menonton video tersebut dan saya secara peribadi merasakan pembikin video tersebut cuba menyampaikan satu mesej kepada para penonton melalui provokasi 'anjing'. Ada juga pihak cuba menjadikan isu ini sebagai isu perkauman dengan menukar nama video berusia 3 tahun tersebut (ya video tersebut telah dimuatnaik 3 tahun yang lepas namun entah mengapa baru kini ianya menjadi isu) dengan tajuk 'Video Cina Chetz "1 Hari Di Hari Raya" Hina Islam Anjing Wudhu Takbir Raya'.
Saya merasakan pihak yang memuatnaik semula video tersebut dengan menukar tajuknya juga wajib dipersoalkan niatnya mengapa beliau menukar tajuk dan membuat tafsiran sendiri dan tidak menghantar email kepada pembikin video itu sendiri? Persoalan yang ingin saya ajukan adalah mengapa individu yang memuatnaik semula video ini menukar tajuk kepada 'Cina' sedangkan pembikin video tersebut adalah seorang wanita Melayu beragama Islam yang bernama Maznah Mohd Yusof? Apakah ingin melaga-lagakan serta mengeruhkan hubungan baik di antara masyarat Melayu dan juga Cina? Kenapa menulis Anjing wudhu sedangkan yang beliau lakukan adalah mencuci kaki anjingnya bagi memaklumkan kepada masyarakat bahawa mereka yang memelihara anjing ini juga menjaga kebersihan anjing yang dipelihara?
Isunya konon dia menghina Islam kerana mewudukkan anjing yang diiringi oleh takbir raya berlatarbelakangkan masjid serta menyuapkan makanan cookies kepada anjingnya. Apakah dikira menghina Islam dengan meletakkan takbir raya di dalam video tersebut serta menyuapkan cookies kepada anjing peliharaannya? Dalam sebuah hadis, dikatakan seorang pelacur diampunkan dosanya hanya kerana memberikan minum kepada anjing;
"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu."
[HR al-Bukhari No 3467]
Pada satu ketika Rasulullah SAW melintasi seekor unta yang kelihatan kempis perutnya kerana kelaparan. Lalu baginda bersabda:
"Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tunggangilah ia dengan baik dan berilah ia makan dengan baik".
[HR Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Shahihah (Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh 1995), hadis no: 23]
Perintah Rasulullah SAW untuk “…bertaqwa kepada Allah terhadap haiwan-haiwan …” menunjukkan bahawa kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT pada Hari Akhirat nanti dengan bagaimana sikap kita terhadap haiwan. Hadis berikutnya menunjukkan bagaimana seseorang dihumban ke neraka kerana mendera kucingnya;
"Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah."
[HR al-Bukhari No 3318]
Islam bukan sahaja menitikberatkan hubungan di antara manusia dengan Allah serta sesama manusia tetapi Islam juga menitikberatkan hubungan serta layanan kita sesama makhluk dan alam ini.
Memegang anjing hanya perlu samak (ikut mazhab Syafie) namun tidak berdosa adalah dituduh menghina Islam tetapi kenapa pula yang komen dengan perkataan kasar dan mengancam pembikin video tidak pula dikatakan menghina Islam? Itukah ajaran Islam?
Berapa ramai yang komen seperti pejuang Islam sejati konon untuk mempertahankan kesucian Islam namun tidak sedar tulisan mereka yang mengutuk dengan bahasa kasar serta mengancam nyawa pembikin video itu sendiri telah mengotorkan kesucian Islam? Berapa ramai mereka yang mengancam serta mengutuk pembikin video ini sendiri masih terlibat dengan riba, mengumpat, buruk akhlak serta perkara haram lain? Berapa ramai yang komen memuatnaik gambar mereka berpelukan bersama bukan mahram, berpakaian seksi dan sebagainya?
Merasa Islam dihina kerana video ini tetapi mana yang lebih menghina Islam sebenarnya? Pembikin video menggunakan anjing yang terjadi khilaf antara ulamak tentang kesuciannya atau akhlak buruk serta perbuatan orang yang mengutuk tetapi dirinya bermaksiat yang memang tiada khilaf antara ulamak?
Jadilah umat prihatin yang rasional dan bukan emosional. Kalau tak bersetuju dengan tindakan mana-mana pihak sekalipun, adab Islam tetap perlu dijaga. Berilah peluang untuk pembikin video tersebut menerangkan dan pada pendapat saya, ada mesej tersirat yang mudah difahami dalam videonya itu. Apakah niatnya? Hanya Allah yang tahu apa niatnya kerana sebagai manusia saya hanya menilai yang zahir.
Bacalah penjelasan rakan Chetz aka Maznah Mohd Yusof mengenai video ini ~ Why my friend Chetz made that video serta artikel mengenai anjing menurut Islam ~ Dogs in Islam.
Di bawah adalah video kisah Pak Mie & Mak Intan yang telah menyelamatkan lebih dari 500 anjing. Anda juga boleh melawat blognya - Pak Mie Shelter.
I AM MUSLIM & I LOVE DOG....
Saya rasa video ini, yang sepatutnya diberi perhatian bukanlah, masalah anjing, najis dan samak, tapi yang sebenarnya ialah tentang seorang wanita berpakaian dengan meniru/ menyerupai lelaki seperti yang dilakukan oleh 'dog trainer' tersebut, sehinggakan dalam laporan SKMM menyebut :
ReplyDelete"Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya. Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki berbaju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga haiwan itu."
Maksudnya, sehinggakan ada pihak yang tak tahu itu ialah seorang wanita, bukan lelaki, sedangkan hadis ada menyebut
dari Dari Ibnu ‘Abbas r.a.;
“Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru (menyerupai) lelaki”. (HR Bukhari).
Hal ini seolah tidak dapat dikesan oleh mana-mana pihak pun. Wallahuaklam
Ramaiiiii lagi pompuan yg rambut pendek mcm tu yg konon menyerupai lelaki. Yg nyata itu bukan isunya. Dia ditangkap pasal kes anjing. Also.. kadang yg kerja sbgai tentera.. mmg kena rambut pendek mcm tu . Xmo la cari salah org lain.. when we point one finger to ppl.. 4 fingers are pointed back to us.
ReplyDeleteArjunasetia, itu isu lain pula. Bukan bermakna apa yang dia buat itu betul, tapi silalah nilai dengan adil: adakah chetz itu videonya tersebar dan dikecam kerana menyerupai lelaki atau kerana perbuatannya dengan anjing-anjing dalam video itu?
ReplyDeleteMalaikat pembawa rahmat akan elak dari merapati sesuatu tempat yang ada anjing. Sehinggalah anjing itu dialihkan ke tempat yang lain. Kerana anjing itu dalam kategori najis yang berat.
ReplyDeleteKalau pelihara anjing di reban, taman atau ladang tidak jadi isu. Tapi kalau di rumah sendiri adalah lebih baik dielakkan.
yes
DeleteNice One...lebih baik bela kucing binatang kesayangan Nabi S.A.W.
DeleteKita perlu ingat juga, dalam hadith yang sama, malaikat dikatakan Rasulullah tidak akan memasuki rumah yang mempunyai anjing DAN gambar.
Delete(Hadith 448 & 450, Buku 54, Jilid 4, Sahih Bukhari)
Search 'dog or a picture' di sini untuk baca terjemahan Hadith tersebut: www.sahih-bukhari.com
Siapa di antara kita yang tiada gambar di rumahnya? Di komputernya?
Dan jika saudara baca artikel di atas sekali lagi, terdapat tiga pendapat tentang status kenajisan anjing. Budaya kita ('Urf/'Adat) letaknya di bawah Hadith, Ijma' serta Qiyas (Betulkan jika saya salah).
Betul, lebih baik dielakkan dan lebih baik bela kucing. Tetapi kita tetap tidak boleh mengatakan 'membela anjing itu tidak boleh, hal ini adalah muktamad, dan kamu haram berbuat begitu.' Itu adalah salah sama sekali.
Ulasan paling baik dan benar sekali. Hal gambar dlm rumah diaorang aemua.x aebut plak..asik anjing aje nak dipersalahkan. Benda khilaf..aapa nak bela sila bela..yg x nak bela jangan bela. Apalah susah aangat orang islam hari ni.
DeleteUlasan paling baik dan benar sekali. Hal gambar dlm rumah diaorang aemua.x aebut plak..asik anjing aje nak dipersalahkan. Benda khilaf..aapa nak bela sila bela..yg x nak bela jangan bela. Apalah susah aangat orang islam hari ni.
Deletemengapa chez ditangkap dibawah akta hasutan.. tetapi pemuat naik video yang terang terang cuba memainkan sentimen kebencian kaum (dengan ayat 'video cina chez') dibiarkan lepas bebas??? pengupload telah melakukan sesuatu hasutan perkauman...
ReplyDeleteAku setuju sangat dengan artikel ni. Sepatutnya yang kena tagkap bawah Akta Hasutan 1948 bukan Chetz tu tapi yang re-upload dengan caption yang berbaur perkauman. Sayang sekali orang melayu kita cepat menggelabah. Ramai yang judge tanpa usul periksa dulu. Punyalah lama,dah 3 tahun dia post video tu. Elok je. Sakit kepala tengok comments kat post ni.
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=537898236259738&set=a.403147886401441.82102.403142033068693&type=1&theater¬if_t=like