"...Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya."
Demi kuasa...
Manusia sanggup melakukan apa sahaja,
Demi kuasa...
Tuhan diketepikan nafsu dipertuhankan,
Melainkan...
Mereka yang beriman dan tertaqwa.
Demi kuasa,
Manusia sanggup menggunakan segala cara untuk terus berkuasa mahupun merampas kuasa,
Nyawa manusia tiada nilainya pada si pengila kuasa,
Kerana mereka telah lupa siapa yang lebih berkuasa,
Mereka lupa akan Allah Maha Berkuasa,
"...sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(Al-Baqarah 2:20)Manusia terlupa akan akhirat,
Manusia merasakan dirinya akan terlepas kerana miliknya kuasa,
Namun manusia terlupa Allah mengetahui apa yang kita kerjakan, balasannya di akhirat,
"...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu telah kerjakan".
(Al-Nahl 16:28)Ya Allah, bantulah saudara seIslam kami di Mesir, Palestin, Syria, Somalia, dan juga di mana sahaja mereka berada. Ya Allah, bantulah juga anak Adam yang Muslim mahupun yang belum Muslim, yang ditindas walau di mana jua mereka berada. Berikan kekuatan kepada saudara kami untuk mengharungi ujian dariMu ya Allah.
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.
(Ali ‘Imran 3:169-171)
No comments:
Post a Comment
Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....