Berbalik kepada cerita Bak Kut Teh, perlu kita faham apa itu Bak Kut Teh kerana kadang-kala yang kita fobia atau alergik pada perkara yang salah. Dalam bahasa Cina ditulis 肉骨茶 atau terjemahannya bermaksud; Bak = Daging (ada yang mengkhususkan kepada daging babi tetapi ia juga membawa maksud yang umum), Kut = Tulang/Tulang Rusuk, Teh = Teh (kerana ianya direneh bersama herba dan rempah Cina maka secara harfiahnya adalah Teh Rusuk Daging. Jadi, Bak Kut Teh tidak semestinya merujuk kepada daging babi sahaja.
'Pengetua Sekolah Tahfiz Al-Mizan, Terengganu; Ustaz Razali Tahir menikmati Bak Kut Teh Vegetarian bersama dengan kami ketika Konvensyen Sunnah tahun lepas di Penang'
Saya secara peribadi juga kerap memasak Bak Kut Teh di rumah dan menikmati bersama keluarga saya serta rakan-rakan yang lain.
'Bak Kut Teh ayam yang dimasak oleh saya sendiri di rumah'
Islam tidak mengharamkan sesuatu berdasarkan nama atau gelaran bagi sesuatu benda mahupun makanan. Islam meraikan kepelbagaian budaya selagi tidak bercanggah dengan syariat (hukum hakam) Islam. Namun kadang kala sifir Muslim di Malaysia yang suka stereotype menjadikan Islam seolah-olah agama yang jumud dan sukar untuk diamalkan. Sebagai contoh, apabila ingin memesan mee segera/goreng di kedai mamak, pasti akan pesan; 'Mamak, Maggi goreng satu' sedangkan mee segera mempunyai pelbagai jenama seperti Mamee, Cintan & Indomie. Begitu juga apabila ingin memesan air cokelat pasti akan dipesannya; Milo sedangkan ada Vico & Ovaltine. Kalau lampin budak akan dipanggil Pampers sedangkan itu jenama lampin manakala kalau tuala wanita akan dipanggilnya Kotex.
Pernah juga ada orang mengatakan haram untuk minum air Barbican kerana botolnya menyerupai botol bir dan dipanggil Bir sedangkan ianya halal. Kalau begitulah sifirnya, maka jikalau suatu hari pengilang bir menukar botol mereka kepada botol seperti air sirap & kordial nescaya tidak mustahil air sirap & juga kordial di pasaran akan diharamkannya juga. Namun pelik juga kalau begitu analoginya kerana bir juga dijual dalam bentuk tin jadi mengapa air tin tidak diharamkan dan juga Root Beer serta Ginger Beer?
'Daging Salai ayam Halal kegemaran saya'
'Luncheon Meat Ayam Halal'
'Muslimah menikmati makanan Cina Halal'
'Muslimah berniqab ini menikmati Dim Sum, sejenis makan istimewa masyarakat Cina'
Mari kita kembali kepada isu tersebut. Ramai antara kita yang terperangkap dengan helah mereka. Daripada 'stunt' mereka yang terdahulu di mana mereka memuatnaik gambar serta video seks mereka, kita dapati bahawa mereka ingin mencari publisiti murahan tetapi sayang seribu kali sayang, umat Islam selalu terperangkap dengan berkongsi gambar serta gambar mereka. Apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang melampau dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam kerana ada yang berpendapat; 'mana mungkin setelah lama tinggal di Malaysia mereka tak tahu sensitiviti masyarakat Islam yang tak makan daging babi?'
Ya saya setuju mana mungkin mereka tidak tahu tetapi saya juga ingin melontarkan soalan yang sama kepada umat Islam iaitu adakah kita juga mengetahui apakah sensitiviti masyarakat Belum Muslim sedangkan kita juga telah lama hidup bersama mereka? Sedarkah kita bahawa mereka yang menyembah Dewi Kuan Yin tidak memakan daging lembu tetapi telah berapa lamakah kita menyakiti mereka dengan menjemput mereka ke majlis terbuka kita sambil menghidangkan daging lembu kepada mereka? Kita marah apabila mereka yang Belum Muslim tidak tahu sensitiviti umat Islam tetapi pernahkah kita sebagai umat Islam berusaha untuk mengenali mereka atau kita merasakan tidak perlu kerana kita adalah majoriti? Sebagaimana kata Stephen Covey; "SEEK FIRST TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD"
Adakah mereka melatah sebagaimana umat Islam melatah dengan protes?
'Kuan Yin atau juga dikenali sebagai Avalokestara'
Saya bukannya menjustifikasi tindakan pasangan tersebut tetapi saya melihat dari perspektif bagaimanakah kita sebagai umat Islam, umat yang berdakwah untuk mengambil kesempatan dari isu kontroversi ini bagi menyampaikan Islam kepada rakan sekerja kita serta jiran kita yang Belum Muslim tentang Islam daripada kita melatah dengan ugutan dan sebagainya. Apabila kita mengugut maka seolah-oleh menjustifikasi salah faham yang telah wujud dalam minda mereka iaitu Islam agama keganasan sedangkan hakikatnya Islam adalah agama yang menganjurkan keamanan dan kedamaian. Allah SWT memerintahkan kita untuk bersikap lembut apabila berdakwah;
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
Gunakan peluang yang terhidang ini untuk berdakwah kepada mereka yang Belum Muslim agar mesej Islam dapat disampaikan kepada mereka dengan lebih berkesan. Saya juga menyarankan agar sahabat semua untuk tidak mendedahkan nama ataupun share link/gambar mereka supaya mereka tidak mendapat publisti yang diharapkan dari perbuatan mereka. Cukuplah kita hanya menulis di status berbentuk umum/khusus tanpa. Semoga Allah SWT membantu. Tunjukkanlah kepada masyarakat Belum Muslim tentang hebatnya Islam dalam segala aspek kehidupan dengan memaafkan mereka dan juga orang lain serta mendoakan agar mereka dan kita dikurniakan taufiq & hidayah oleh Allah SWT.
p/s Rancangan Tetamu Masjid China akan disiarkan di TV Al-Hijrah bermula 26hb Julai 2013, setiap Isnin-Sabtu jam 8.30 malam & ulangannya adalah pada pukul 5.00 pagi (waku untuk bersahur bolehlah tengok). Di dalam rancangan sebanyak 13 episod ini, pengembaraan saya di China bermula di Beijing, YinChuan, Xian, Nanjing, Shanghai, GuangZhou & berakhir di Hong Kong. Ini juga kali pertama saya menjadi pengacara program TV dan diharapkan ada yang akan sudi menegur untuk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan diri.
Salam.
ReplyDeleteKita tahu sahabat2 kita yang Belum Islam ada yang Kristian, Buddhist, Hindu dsb.
Kita memang tahu yang sahabat2 Hindu kita tidak makan lembu; yang Kristian & Buddhist tidak pula diketahui yang mereka ada pantang makan apa2.
Inilah pertama kali saya ketahui yang mereka yang menyembah Dewi Kuan Yin tidak makan lembu; mereka ini saya rasa bukan Buddhist sebab Buddhist memuja Buddha.
Atau mereka ini (yang menyembah Dewi Kuan Yin) adalah orang Cina yang bukan Buddhist?
Jadi bila saya jemput sahabat2 saya yang Hindu, saya tahu mereka tidak makan lembu; tetapi sahabat2 saya yang berbangsa Cina tidak pula saya ketahui ada di antara mereka yang menyembah Dewi Kuan Yin & tidak makan lembu...
Masbah Omar
Some Buddhist don't eat beef. Fyi. Maybe not common to see in Malaysia, but in HK, yes. Met some.
DeleteMy buddhist friend doesn't eat beef...i just don't know why....lost chances for dakwah...
DeleteUntuk pengetahuan anda, Buddhism walaupun pada asalnya cuma satu cara hidup yang diketengahkan oleh Guatama Buddha untuk mengecapi Nirvana (enlightened state). Dewi Kuan Yin dan deiti-deiti lain sebenarnya Bodhisattva (enlightened beings)yang dijadikan pujaan oleh penganut Buddha kerana sifat2 terpuji mereka.
DeleteEthnic Malays are Muslims under the law. Halal compliance only applies to muslims approved food labels. Forbidden foods are not limited to pork only. Camel, rabbit, ostrich, fish without scales, some water birds similar to duck, raven, eagle, crow, owl, rat, snake, eel, lizard, rat, bat, frog, ...... need attention too. Also, food preparation may be unhealthy, e.g. fish head beehoon cooked in milk - protein meat cook in milk is unhealthy. Fish without scales are unhealthy especially commercial fish injected with steroids e.g. pangasius, a type of ikan patin. These fish are without scales: tenggiri, bawal putih, patin, keli, tonggol, 'stingray', shark, etc. Seafood such as prawn, lobster, jellyfish, and crab may not be allowed under the Old Testament laws. Halal industrial food products and chemicals may be unhealthy such as artificial food enhancers, margarine, synthetic flavors, creamers, sweeteners, hydrogenated fats etc. Deciding to eat healthily may be a new resolution we have to consciously make.
Deletehi.
ReplyDeletethis is a really well written piece :D
when I was in BTN, some of my chinese friends who believe in Kuan Yin were not allowed to change their beef into chicken because according to the BTN officer, "only Indians don't eat daging."
There are a lot of chinese in china who are muslim as well, and yes they eat halal.
because malaysia is getting more and more diverse we can't just stereotype everyone.
Kami sda biasa di Sabah... yg mana sekiranya kami pergi ke rumah "rakan belum Islam" ketika majlis-majlis tertentu diadakan kebiasaanya akan ada disediakan dua tempat hidangan yg berasingan..
ReplyDeletemashaAllah. artikel yang membuka mata dan menyedarkan betapa bongkaknya orang Islam-Melayu terutama berkenaan sensitivity agama. Kita selalu mahu orang memahami kita tetapi kita lupa untuk hormat orang lain. Istighfar.
ReplyDeleteBukan islam melayu... Tp lebih kepada islam um... Saya sedar akan perkara ni... Kita jadikan sempadan sempadan... Utk kekal kuasa... Maaf jika pandangan ini menyosang arus biasa... Perhatikan... Pernahkah... Um... Menyeru... Bersatu dgn islam... Fikirkan....
DeleteTeknik pecah perintah... Legesi drpd penjajah utk kekal kuasa....
Bukan islam melayu... Tp lebih kepada islam um... Saya sedar akan perkara ni... Kita jadikan sempadan sempadan... Utk kekal kuasa... Maaf jika pandangan ini menyosang arus biasa... Perhatikan... Pernahkah... Um... Menyeru... Bersatu dgn islam... Fikirkan....
DeleteTeknik pecah perintah... Legesi drpd penjajah utk kekal kuasa....
Artikel yang baik. Walau bagaimanapun, dalam isu dua orang Cina tu, memang dia berniat menyinggung umat Islam. Jadi, dalam hal ini, bukan pasal melatah atau serkap jarang, tapi memang betul itulah tujuan mereka. Rakan-rakan Cina yang lain boleh jer bertimbang rasa dan saling faham memahami. Kenapa tidak mereka berdua. Kalau kita tak berperang dengan mereka ini, siapa lagi yang nak mempertahankan Islam. Kalau sabar sehingga ke titisan terakhir, kenapa pula pada zaman Nabi dahulu wujud perang?
ReplyDeleteYa saya setuju.. sebab itu ramai Cina yang Belum Muslim juga menghentam mereka... saya menyokong tindakan diambil kepada mereka tetapi artikel saya ini perlu dibaca dari perspektif berlainan kerana saya sengaja gunakan tajuk yang panas bagi menarik perhatian pembaca kepada apa yang cuba disampaikan... wallahualam.. terima kasih kerana sudi tegur dan komen...
Delete"Berperang"? Apa maksud berperang saudara tu? Bunuh ke perang mulut balik ke? Maaf tapi setahu saya tak pernah Nabi saw pergi berperang kerana kata2 atau ejekan yg telah menimpa baginda Dan sahabat. Malah dalam hal sebegini, byk diterangkan dalam Quran,tinggalkan mereka dgn cara baik, jangan layan orang2 bodoh. Nabi pergi berperang samada kita diperangi,hak kita dizalimi. Dan yg utama sekali berperang untuk menyebarkan kebenaran dan keindahan ajaran islam, supaya tertegak keadilan, yg ditindas terbela di sesuatu negeri. Perlakuan jahil remaja muda bukan perlu ditangani dgn 'perang'. Nabi masa tgh Solat org buang taik atas baginda. Betapa nabi marah, ada baginda baling taik pd musyrik itu Balik? SubhanAllah jauh sekali nabi Begitu dan Itulah indahnya islam! Yang menentang nabi, Itulah yang masuk islam akhirnya berkat kesabaran nabi Saw. Kalau rasa dizalimi ikut saluran undang2 yg ada Dgn cara terhormat selayaknya moral seorang muslim. Dan seeloknya kita memaafkan, takut dan taatlah kpd Allah. Allah sendiri akan membela kita. Perlu tahu juga, akan ada golongan jahil dan kafir yg sentiasa dari dulu sampai skrg yang gemar mencemuh dan saling berkomplot utk menjatuhkan agama Allah. Ia ketentuan Allah, ujian utk kita. Mereka takkan lenyap walaupun banyak mana kita cemuh hina dia balik. Tapi Yg memihakkan kemenangan pd kita hanyalah apabila Allah Penolong kita. Dan pertolongan Allah tidak akan datang kepada mereka yabg mengaku muslim tapi meninggalkan agamanya dibelakang. Tengok macam mana banyaknya orang melontarkan kata2 busuk, perlakuan tidak berakhlak jauh sekali apa yg diajar oleh Nabi saw. Nak pertahankan islam tapi sendiri tak mengamalkannya. Pertahan atas nama Allah atau atas nafsu mereka? Ma'adallah! Ittaqullah! peganglah pd quran dan sunnah, didik anak2 dgn ajaran agama yg sempurna, melahirkan generasi bertaqwa kpd Allah dgn sebnar taqwa, dan lihatlah Islam dan umatnya dijulang tinggi. Semoga tindakan kita tindakan benar, mendapat petunjuk dari Allah. Maafkan saya dan betulkan mana yg silap.
Deleteahaha. perang? bangang. Islam bukan terrorist. nabi dulu perang sebab apa? ada kaji ka? islam mudah. lemah lembut. adab dan santunnya sudah diajar rasulullah. banyak banyak peristiwa di zaman nabi dulu. perang je ke yang kau ingat?
DeleteArtikel berkenaan ba ku teh memang bagus, tapi dalam keadaan suasana politik sebegini, dan masyarakat yang masing2 semakin tebal persepsi antara satu sama lain, sudah tentu perkara-perkara yang "mungkin DINIATKAN" (Malicious intetion ) dan Mens Rea (State of mind) oleh pasangan tersebut tidak wajar. Apapun tahniah adanya artikel sebegini dan tindakan2 yang boleh menghasut (dengan niat terselindung) wajar dikenakan..wallaualam
ReplyDeletetulisan yang padat dengan manfaat. baru saya tau ada segelintir masyarakat cina belum muslim yang tidak memakan daging lembu.
ReplyDeleteBak Kut Teh bermaksud Teh tulang rusuk...maknanya kompenan daging tidak semestinya daging khinzir.Tapi realiti bagi masyarakt cina lebih sinonim dengan daging khinzir di mata orang melayu.
ReplyDeleteassalamualaikum. sy seorg muslimah dan ada mempunyai kwn yg menyembah Dewi Kuan Yin n sy tau dia x mkn dging lembu sbb lembu klu xsilap jelmaan Dewi Kuan Yin (maaf klu salah). Sy dan kwn akn mkn mknan yg xde unsur daging & minum teh cina di cafe cina halal. Tp mungkin sesetengah org Melayu xtau krna jrang org cina brcerita kpd tntang agama mrka. Sy tau mengenai Dewi Kuan Yin melalui kwn sy krna kami suka brcerita tntng kprcyaan msing2. =)
ReplyDeletesebut pasal tak faham budaya dan agama kaum2 di malaysia ni sebab utamanya keburukan sekolah vernakular....sejak kecil melayu tak bercampur dengan bangsa lain...pendidikan dari kecil la penting supaya kita lebih memahami satu sama lain.hapuskan sekolah vernakular dan buat sekolah wawasan...di mana semua kaum dapat bercampur gaul...hapuskan sekolah vernakular!
ReplyDeletemacam mee BakSo (kan warung/restoren indonesia) ada jual. Bak - daging, So-bebola (betulkan kalau salah), difahamkan dioriginal resepi dari indonesian chinese..ke?
ReplyDeleteyes, kami di indonesia cukup common dengan istilah bakso, bakmie, bakpao, kwetiaw tetapi semuanya gunakan daging sapi & ayam yg halal. resepi dari indonesian chinesse menggunakan halal ingredients. ada juga pletok beer atau kami biasa namakan bir pletok yg kurang lebih serupa dengan ginger beer (halal). salam ukhuwah
Delete