"Dan
di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
bagi kaum yang berfikir."
Surah Ar-Ruum [30] : 21
Lelaki yang paling kuat...
...bukanlah mereka yang mampu mengangkat bebanan besi tetapi adalah mereka yang mampu mengalas tanggungjawab sebagai seorang suami
Dari Aswad r.a, katanya : Saya
bertanya kepada Aisyah r.anha, apa yang dilakukan Nabi saw dalam
rumahtangganya. Ia berkata,
“Beliau (Nabi saw) selalu mengerjakan urusan
rumahtangga. Kalau masuk waktu solat, beliau pergi bersolat.”
[1707] Sahih Bukhari
Lelaki yang paling macho...
...bukanlah lelaki yang baik rupa parasnya tetapi adalah mereka yang lemah lembut tuturnya terhadap isteri
“Sebaik-baik
kalian adalah yang paling baik kepada isterinya, dan aku (Nabi saw)
adalah orang yang paling baik di antara kalian kepada isteri ku.”
[1621] Sahih Ibnu Majah
“Seorang
mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi
pekertinya, dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik pada
isterinya.”
[1162] Hasan Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi
Lelaki yang paling dayus...
...adalah mereka yang ringan kaki dan tangannya serta busuk katanya terhadap isteri
Nabi Muhammad s.a.w bersabda
Dari Muawiyah Al-Qusyairi r.a : Saya
mendatangi Rasulullah saw, aku bertanya, ‘Nasihat apa yang akan engkau
katakan (yang harus kami lakukan) terhadap isteri-isteri kami?’
Rasulullah
saw menjawab,
“Berilah mereka makan dari apa-apa yang kalian makan, dan
berilah mereka pakaian dari apa yang kalian pakai. Janganlah kalian
memukul mereka dan jangan pula mencaci mereka.”
[2144] Sahih Abu Daud
"Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan
dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu
bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus."
(H.R. Ahmad dan An-Nasaie; Albani mengesahkannya Sahih : Ghayatul Maram, no. 278)
Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah s.a.w
bersabda:
Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si
dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak.
Lalu sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang
ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? Bersabda Nabi s.a.w: Iaitu orang
yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya
(isteri dan anak-anaknya).
(H.R. At-Thabrani; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
MAKNA DAYUS...???
Imam Az-Zahabi menerangkan tentang makna dayus;
Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh
ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin
bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan
tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat.
(Al-kabair, 1/45)
Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si
lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri
dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya.
(Faidhul Qadir, 3/327)
Lelaki, adakah anda benar-benar kuat dan macho atau dayus...??? Ingatlah firman Allah SWT;
...Dan
bergaullah dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik.
Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana
mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya
kebaikan yang banyak
(Surah An-Nisaa' [4] : 19)
No comments:
Post a Comment
Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....