Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Thursday, August 2, 2012

Roti Massimo Guna Minyak Babi & Bleacher..???


 'Mana sumber berita ini dan mana buktinya?'

"Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".
(Al-Baqarah 2:111)

 
Saya bersama sekumpulan pendakwah yang lain telah membincangkan kemungkinan bahawa akan timbul isu Roti Massimo menggunakan minyak babi atau haram beberapa bulan yang lepas dan kini ianya menjadi realiti..


Sebelum kita percaya kepada dakwaan ini, apakah bukti tuduhan ini? Sebagai umat Islam kita memihak kepada kebenaran dan bukan dilihat pada warna kulit dan juga agamanya dan berlaku adil sebagaimana firman Allah;

A008
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Al-Maaidah 5:8)


 
Adakah ini memang sikap orang Islam di Malaysia apabila perniagaan kita terjejas maka kita akan mula menuduh bahawa pihak lain bermain kotor, menggunakan bomoh, orang lalu kedai kita tapi tak nampak. Apabila umat Islam lemah kita pula menuduh pihak Kristian cuba memurtadkan orang Islam. Seolah-olah semuanya salah orang lain dan orang Islam tak pernah melakukan kesalahan.
Lain kali sebelum kita sebarkan sesuatu berita mahupun gambar, saya sarankan agar kita ingat firman Allah SWT ini;
A006
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat 49:6)

A008
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
(Al-Mumtahanah 60:8)
Juga sabda Nabi Muhammad s.a.w;
“Sesiapa yang menzalimi Zimmi, maka ianya telah melukai aku dan sesiapa yang melukai aku maka ianya telah melukai Allah”
[Riwayat at-Tirmizi]
Setakat ini masih tiada bukti mengatakan bahawa Massimo menggunakan bahan haram di dalam penghasilan rotinya dan sesiapa yang membuat tuduhan ini haruslah mendatangkan bukti. Jikalau didatangkan bukti dan ianya benar, maka saya percaya semua umat Islam pasti akan berhenti dari membeli roti Massimo tanpa diperintahkan oleh sesiapa. Seperkara lagi, saya perasan bahawa ada sesetengah individu cuba menjadi isu Gardenia dan Massimo ini sebagai isu perkauman dan sedihnya, mereka itu adalah mereka yang beragama Islam.Kepada kedua-dua pihak yang terlibat, JANGANLAH jadikan ini isu Melayu vs Cina atau BN vs PR... Kami hanya mahu makan roti yang sedap lagi murah sahaja...
Ini adalah isu perniagaan dan usahlah kita jadikannya sebagai isu perkauman. Sebagai pengguna, kita sepatutnya bersyukur kerana apabila timbul persaingan antara syarikat maka sudah pasti mereka (syarikat) akan mengeluarkan produk yang lebih berkualiti, harga yang lebih kompetitif serta layanan yang lebih baik.
Umat Islam pernah menguasai 1/3 dunia bukan dengan fitnah tetapi dengan persaingan yang sihat dan bukannya memburuk-burukkan orang lain. Wahai saudara seIslamku, makin lama makin jauh cara hidup kita sebagai Muslim. Kembalilah merujuk dan hidup berpandukan Quran & Sunnah dan InshaAllah kita akan mampu bangkit dan bersaing serta menjadi umat terbaik sekali lagi.
p/s Sesiapa ada bukti kukuh dan sahih, sila kongsikan bersama saya dan jikalau terbukti benar maka saya akan maklumkan di dalam blog saya juga. Kurangkan Fitnah, Amalkan Sunnah..




No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...