Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Tuesday, August 28, 2012

Deklarasi Reverts


 
Sesungguhnya kami (Reverts) kembali kepada Islam kerana Islam menyeru kepada perpaduan tanpa mengira bangsa dan darjat kerana yang membezakan kita semua adalah taqwa. 

A013
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Al-Hujuraat 49:13)
 
Perkara yang paling...
utama kenapa kami kembali kepada Islam adalah KEENGGANAN KAMI mengikut dan amal apa yang nenek moyang & agamawan kami perturunkan begitu sahaja tanpa kami soal dan meminta bukti. Kami tidak mahu menjadi manusia seperti firman Allah ini;

A021
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab:" (Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke dalam azab api neraka yang marak menjulang?
(Luqman 31:21)

Kini kami telahpun Islam. Kami masih ENGGAN, kami ENGGAN beramal secara andaian. Islamnya kami tidak menjadikan prinsip “ENGGAN” kami berubah. Kami “ENGGAN” mengikut begitu apa sahaja yang “orang Islam” kata mahupun Ustaz kata tanpa kami soal dan meminta bukti.

"Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".
(Al-Baqarah 2:111)

Janganlah mencampakkan kami semula kepada taqlid Jahiliyyah setelah kami kembali kepada Islam yang dibina atas landasan ilmu dan bukti. Kami mahu merasa kemanisan iman sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w;

“Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”
(HR. Muslim)

p/s Mungkin saya tak layak nak mewakili kesemua “Reverts” tapi mungkin segelintir sahaja. Adakah anda sebagai “Reverts” bersetuju dengan deklarasi ini? Bagi saya, “Reverts” tak semestinya seseorang yang lahir dalam keluarga bukan Islam tetapi mereka yang lahir dalam keluarga Islam juga boleh dikenali sebagai “Reverts” juga kerana mungkin pada awalnya mereka hanya Islam pada nama tapi amalan tak seberapa lalu mereka membuat keputusan untuk kembali kepada ajaran Islam dengan ilmu yang diperolehi.


1 comment:

  1. alhamdulillah..
    saya lahir sebagai Islam.. tp saya menempuh zaman jahiliah (bahkan lebih hina dari org jahil, sebab saya belajar agama masa skolah, tp tak amal rukun Islam hingga dewasa)..
    kini saya juga adalah 'Revert'.. Syukur kepada Allah yg telah memberikan hidayah Nya..
    semoga Dia membantu kita untuk terus Istiqomah..

    wassalam.. teruskan usaha & dakwah tuan..

    Rodhitubillahi Rabba
    Wabil Islami Dina
    Wabi Muhammadin Nabiya WaRasula

    ReplyDelete

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...