Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Monday, September 3, 2012

Travelog – Coretan Pengalaman Di Kelantan


Saya berkesempatan berkunjung ke Kota Bahru, Kelantan pada minggu lalu bersama dengan dua guru saya iaitu Bro Lim & Isteri (Kak Tuti) serta Ustaz Amin Yaacob. Kami memulakan perjalanan pada pukul 1.30pagi dari Kuala Lumpur ke Kelantan...



Perjalanan kami mengambil masa selama 11jam termasuk berhenti untuk solat Subuh dan juga sarapan di Terengganu. Berikut merupakan coretan pengalaman saya selama 3 hari 2 malam di Kelantan.

Ceramah
  
Kami tiba di Kelantan pada pukul 12.30 tengahari dan saya terus ke Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian untuk perkongsian selepas solat Jumaat. Saya terpaksa menukar pakaian saya di dalam bilik persalinan masjid kerana saya akan lambat andai saya check in ke hotel dahulu. Tajuk perkongsian saya pada hari itu adalah – Kemerdekaan Hakiki Dan Menjadi Umat Terbaik. Alhamdulilah, respond yang diberikan oleh para jemaah juga memberangsangkan. Alhamdulilah dan semoga perkongsian itu bermanfaat untuk semua yang hadir.

Saudara Zamri (Abu Muhammad di dalam Facebook) menjemput saya untuk makan tengahari dengannya selepas sesi ceramah. Beliau juga telah memberikan layanan yang sungguh baik kepada kami sepanjang kami berada di situ dan beliaulah juga yang telah mengaturkan untuk kami berjumpa dengan Maulana Asri Yusoff.

Keesokan harinya (Sabtu) selepas Asar, saya dijadulkan untuk satu lagi slot perkongsian di masjid yang sama akan tetapi kami terlambat dan terpaksa dibatalkan. Kami terlambat kerana kami bergantung kepada GPS dan kebetulan di Kota Bahru ada lagi sebuah masjid yang memiliki nama yang sama. Kami memohon maaf kepada Imam masjid iaitu Ustaz Sabri dan beliau menerimanya dengan baik. Sesuatu yang menarik tentang Ustaz Sabri ialah beliau menyampaikan khubat Jumaatnya di dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan juga English kerana ada jemaah luar negara yang bersolat di situ. Sesuatu yang menarik yang saya rasa patut dicontohi di masjid seluruh negara yang memilik jemaah luar negara yang tidak faham Bahasa Melayu

Makanan

Satu perkara yang penting ke mana sahaja kami berada adalah makanan. Lihatlah dengan siapa saya mengembara. Bro Lim bukan sahaja terkenal dengan ceramah dan ilmunya tetapi juga skil memasak yang bagus serta pandai mencadangkan makanan yang sedap. Kami telah 3 kali memakan Nasi Kukus Ayam Goreng Haiqal di Kota Bahru sepanjang tempoh kami berada di Kelantan. 


 Nasi Kukus Ayam Goreng Haiqal
Di antara juadahnya... Favourite Bro Lim adalah gulai nenas.

 Yummyyyy.... Saya makan seketul sahaja tapi Bro Lim makan dua ketul. Tengok body lah...hehe..

Seperkara yang menariknya ialah makanan di hotel kami menginap iaitu Crystal Lodge juga amat sedap jikalau dibandingkan dengan hotel-hotel yang kami pernah menginap. Tidak banyak pilihan tetapi setiap juadahnya sungguh sedap.. Kami juga dapati bahawa banyak kedai kopitiam yang diusahakan oleh belum Islam tetapi dikunjungi oleh ramai orang Islam. Tiada tanda halal tertera di restoran tersebut tetapi mereka yakin akan persediaan makanan dan minuman kedai tersebut. Mungkinkah ini kesan pendedahan Islam yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan yang telah mentadbir selama lebih dari 20tahun yang menjadikan masyarakat bukan Islam faham akan keperluan orang Islam dan orang islam pula yakin akan kejujuran & keikhlasan peniaga bukan Islam??? Apa pandangan anda???


Penduduk

Selama ini kami mempunyai persepsi bahawa orang Kelantan akan gecek Kelate dan tidak berapa fasih berbahasa English tetapi saya terkejut apabila setelah sesi perkongsian saya di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, jemaah yang telah berusia menyapa saya dan berborak dengan saya dalam bahasa English yang lancar. MashaAllah… Penduduknya amat mesra.

Seperkara lagi ialah saya secara peribadi amat selesa & gembira ketika berada di situ kerana semua lapisan masyarakat baik Melayu, Cina mahupun India boleh duduk semeja di kopitiam sambil gecek Kelate. WOW…!!! Di Kuala Lumpur, senario ini amat jarang ditemui tetapi saya mellihat senario ini hampir di kebanyakan kedai. Orang Cina belum Islam menjual jubah dan pakaian Islamik manakala orang India menjual buku agama Islam. Saya melihat senario ini sebagai suatu yang sihat dan baik terutamanya dakwah kepada masyarakat belum Islam di Kelantan.


 senario yang biasa di Kota Bahru

Dari segi komunikasi saya berpendapat tiada masalah komunikasi kerana rata-rata penduduknya mampu bertutur bahasa Melayu secara fasih walaupun pelat Kelantan. Mesej akan mampu disampaikan dengan baik apabila bahasa yang digunakan mudah difahami oleh orang yang didakwah itu. Saya rasa masyarakat Islam di Kelantan patut mengambil peluang ini untuk berdakwah kepada mereka memandangkan rakyat Kelantan amat rapat di anatra satu sama lain. Takkan kita mampu berniaga dengan mereka, menjadi rakan kongsi, minum kopi dan bergelak ketawa bersama dengan mereka tetapi kita tidak menyampaikan Islam kepada mereka??? Ayuh ambil kesempatan ini saudara Se-Islamku di Kelantan…

Suasana

Kelantan boring? Tiada hiburan? Tiada pasaraya dan prasarana? Apa yang saya nampak ketika di Kota Bahru adalah sebaliknya. Ya mungkin Kota Bahru tidak semaju atau sesibuk Kuala Lumpur tetapi Kelantan memilik hiburannya yang tersendiri. Saya merasakan selamat berjalan bersama dengan Ustaz Amin di Bandar sambil mencari kedai buku (ya saya beli buku lagi di Kelantan dan Ustaz Amin beli kitab Arab)..  Saya nampak mereka memiliki Kota Bahru Mall, Mydin, Kamdar, dan beberapa lagi pasaraya yang saya tidak ingat namanya.

 kedai ini menjual tangkal dan mengantung sepanduk "Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung"
Masjid dan surau mudah dijumpai maka tiada alasan untuk penduduk Kota Bahru tidak menunaikan solat. Kedai menjual buku-buku agama juga mudah dijumpai di sini dan walaupun harganya tidak kompetitif sebagaimana di Lembah Klang tetapi saya lihat ramai yang mengunjungi kedai buku agama baik yang tua ataupun muda. Akses yang mudah kepada bahan bacaan ilmiah juga akan membantu mempertajam dan memperkasakan masyarakat setempat. 

 mungkin sepanduk ini arahan pihak berkuasa tetapi saya percaya rakyat Kelantan sangat menyayangi Sultan Muhammad V.. Allahuakbar mengantikan Daulat Tuanku setelah baginda naik takhta...

Perjumpaan Dengan Maulana Asri Yusoff

Kami juga mengambil kesempatan berada di Kota Bahru untuk mengunjungi pakar hadis Malaysia iaitu Maulana Asri Yusoff di kediamannya di Kubang Kerian. Beliau menyambut kami dengan senyuman. Kami dihidangkan dengan Milk Shake Ais Krim, Karipap dan juga kuih muih. Jangan jealous.. Pertama kali saya dihidangkan dengan Milk Shake apabila berkunjung ke rumah seseorang kerana kebiasaanya akan dihidangkan dengan air sirap dan air suam. Saudara Zamri dan isteri juga menyertai perbincangan kami.

Banyak yang kami bincangkan sepanjang 1 jam 30 minit kami berada di situ. Topik perbualan kami merangkumi isu Syiah, ilmu hadis dan juga dakwah. InshaAllah kami akan menjalinkan kerjasama dengan Darul Kautsar di mana kami akan dijemput untuk melatih pelajarnya bagaimana untuk berdakwah secara praktikal kepada masyarakat belum Islam di Kelantan manakala Maulana Asri pula akan melatih para Alumni IDT kami dengan ilmu hadis dan juga isu Syiah. InshaAllah kami akan masukkan topic berkenaan dengan Syiah dalam kursus Interactive Dakwah Training kami nanti. Nantikan khabar terbaru dari kami.

Pihak kami telah menghadiahkan 4 buah buku karangan Bro Lim & Ustaz Amin iaitu 7 Persoalan Mengenai Kristian, Jawapan Kepada Ketuhanan Jesus, Mengulas Karya Saudara Muhd Farhan Abdullah – Kristianisai dan Pemurtadan di Malaysia dan juga Keaslian Quran karangan guru Bro Lim iaitu Sheikh Nurrudin Lemu yang diterjemahkan oleh Bro Lim.

Maulana Asri pula membalas dengan menghadiahkan kami 4 buah buku iaitu tentang Syiah, Umar Ibn Khattab, Kenapa Aku keluar Syiah dan kami juga sempat membeli sebuah kamus Arab lebih dari 1,000 muka surat yang dikarang sendiri oleh Maulana Asri Yusoff. Saudara Zamri pula menghadiahkan kepada saya DVD kuliah Maulana Asri, buku karangan Maulana Asri yang lain serta yang paling menarik ialah – Salinan Nota Syarah Sahih Bukhari oleh Maulana Asri. Maulana Asri sedang menyiapkan kitab Syarah Sahih Bukharinya sendiri… Allahuakbar… Semoga Allah memudahkan urusannya dan memberkati hidup Maulana Asri, keluarga, pelajarnya serta kita semua… Amin…

bergambar bersama Maulana Asri Yusoff 
(dari kiri :Zamri, saya, Maulana Asri, Ustaz Amin & Bro Lim)

Kesimpulan

Suatu pengalaman yang cukup menarik di Kelantan. Banyak persepsi telah terungkai dengan lawatan kali ini. Apa yang disangkakan tidak semestinya betul. Mungkin Kelantan tidak semaju Kuala Lumpur tetapi pergaulan dan hubungan penduduk Kelantan wajar dicontohi oleh negeri-negeri lain. Mungkin itu setakat yang saya nampak berdasarkan pengalaman saya di Kelantana hanya selama 3 hari 2 malam.

Adakah saya ingin kembali ke Kelantan? Sudah tentu..  InshaAllah andai panjang umur kita bersua lagi di Kelantan. Bersiap sedia untuk program hujung minggu ini 8 & 9 Sept di Kuala lumpur untuk kursus Interactice Dakwah Training versi English disusuli dengan kursus yang sama di Penang bertempat di Institut al-Qayyim pada 15 & 16 Sept dan menariknya ialah kursus ini adalah percuma untuk para pelajar manakala dewasa yang bekerja hanya perlu membayar RM10 sahaja. Selepas itu kami akan berada di Petronas Kerteh, Terengganu pada 21 & 22 Sept… Jikalau anda telah mendaftar untuk salah satu program di atas, kita jumpa di sana…

Assalamualaikum Waramatulahi Wabarakatuh….



2 comments:

  1. Assalamualaikum,
    seronok membaca kembara sdra. Saya pun baru balik dari KB minggu lepas, memang KB menarik dan tenang.

    ReplyDelete
  2. salam alaik... saudara.. boleh ana dapatkan no tel ustaz amin.. dia sahabat ana.. dah hampir 3tahun ana lost contact dgn dia.. semoga dapat mengeratkan kembali silaturahim ana semula denganya.. minta ustaz call ana di talian 0179266254. jazakarllah..
    ustaz adam. bekas imam masjid almunawarah dan masjid bandar bukit puchong..

    ReplyDelete

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...