Dalam usaha ramai ahli masyarakat mahu
berhijrah kepada institusi kewangan Islami hasil dari insafnya mereka
bahawa riba itu haram, riba itu dosa besar, tentu ada yang
tertanya-tanya bagaimana hendak dilupuskan wang yang terhasil dari riba
yang selama ini mereka telah perolehi, bukan? Sebenarnya ini adalah
antara soalan-soalan yang selalu ditanya oleh kaum muslimin kita yang
benar-benar sudah taubat dari terlibat dengan sistem kewangan riba.
Adakah mahu dibuang duit haram itu? Bolehkah pula digunakan? Atau
bagaimana caranya untuk melupuskannya?
Tentu ramai sudah mendapat jawapan hasil
dari diskusi dan ceramah mengenai hal ini. Ya, wang haram yang terhasil
dari ‘bunga’ atau interest dari institusi kewangan
konvensional tidak boleh dimanfaatkan oleh kita. Contohnya, jika si A
memperolehi duit riba hasil dari perbankan konvensional, maka duit itu
tidak boleh dimanfaatkan olehnya dan ahli keluarganya.
Lalu, bagaimana? Adakah mesti dibuang
wang haram itu? Tidak, jangan pula dibuang. Walaupun tidak boleh
dimanfaatkan oleh diri sendiri dan keluarga, namun ia masih boleh
memberikan manfaat kepada masyarakat lain. Antaranya seperti diserahkan
kepada institusi baitulmal, pusat zakat atau pihak lain yang
memerlukan, contohnya faqir dan miskin.
Para ilmuan agama yang membicarakan hal
ini juga selalu memberikan contoh bahawa duit haram sebegitu boleh
digunakan untuk pembinaan infrastruktur awam seperti membina tandas
orang ramai, pagar masjid/sekolah, menambahbaik kemudahan awam, membina
tempat letak kereta, membina jambatan atau jalanraya/lebuhraya.
Di dalam tulisan ini, saya ingin
mewar-warkan suatu peluang atau jalan untuk anda melupuskan harta haram
tuan/puan. Selain melupuskan harta yang terbit dari institusi riba dan
haram, tuan/puan juga amat digalakkan untuk berinfaq jariah melalui
harta tuan/puan yang lain. Peluang ini boleh dijadikan alternatif buat
tuan/puan dalam merebut kesempatan yang diberikan ALLAH Ta`ala untuk
berbuat kebaikan.
Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Kerai
Hari ini, 28/5/2012 satu majlis pecah
tanah sempena pembinaan lebuhraya bagi menghubungkan Kota Bharu ke Kuala
Kerai telah diadakan melibatkan kerajaan negeri Kelantan. Dan yang
menariknya lebuhraya ini tidak dibina plaza tol di atasnya sebagaimana
lebuhraya-lebuhraya yang banyak berselirat di lain-lain negeri.
Beruntunglah rakyat negeri Kelantan. Terserlah keimanan dan keikhlasan
pemimpin negeri ini yang sarat jiwanya dengan kebajikan kepada rakyat.
Lebuhraya ini dinamakan sebagai Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Kerai.
Kos pembinaan lebuhraya tanpa tol ini dianggarkan menelan belanja
RM1.8 bilion dan akan dibina sejauh 73km dengan 4 lorong 2 hala serta
dilengkapi kawasan R&R. InsyaALLAH tempoh pembinaan akan mengambil
masa selama 3 tahun. Walaupun dikatakan kononnya negeri termiskin
(konon), namun mereka mampu membina lebuhraya mereka sendiri tanpa
terpaksa menunggu ’pihak lain’ yang telah banyak kali berdolak-dalih
sekian lama. Yang lebih istimewa, tidak akan ada kutipan tol. Dan
pembinaannya ditampung sebahagiannya dari sumbangan orang-ramai.
ALLAHU AKBAR! Saya terharu apabila
mendapat tahu Tuan Guru Nik Aziz menitiskan air matanya mengharapkan
keredhaan ALLAH agar usaha ini berjaya. Dan tentunya beliau juga
terharu dengan keprihatinan rakyat di dalam negeri dan di luar negeri
Kelantan yang turut sama menyumbang ke arah pembinaan lebuh raya ini.
Tuan/puan boleh ikuti perkembangan berita ini di Facebook yang diwujudkan khas, iaitu: https://www.facebook.com/lebuhrayakbkk
Sumbangan Dalam Bentuk Infaq Jariah & Pelupusan Harta Haram
Berikut adalah maklumat ringkas mengenai bagaimana wang anda itu boleh disalurkan:
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd No Akaun: 03036 01 000 3031 (Bank Islam)
Semoga ALLAH menerima sumbangan kalian sebagai hasanah di sisiNYA. Dan semoga harta-harta haram yang kalian lupuskan kepada projek ini diterima oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala sebagai permohonan maaf dan tanda taubat kalian yang sebenar. Dan semoga harta dan kehidupan kalian dibersihkan ALLAH Ta`ala dan diberikan keberkatan, amin. Selepas ini. jangan lagi terlibat dengan institusi kewangan riba dan apa-apa yang berkaitan dengannya ya.
Semoga apa-apa yang baik yang diniatkan
dan diusahakan menjadi kenyataan, memberi kebaikan kepada rakyat teramai
dan diterima ALLAH sebagai amalan-amalan soleh, amin.
Sekadar mewar-warkan,
Sumber asal dari : Shahmuzir Nordzahir (Muzir)
No comments:
Post a Comment
Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....