Assalamualaikum
Waramatulahi Wabarakatuh….
Banyak
disebarkan di laman sosial tentang pawagam yang menayangkan ‘filem’ Innocence
of Muslim yang menghina Nabi Muhammad s.a.w telah runtuh seperti di atas. Malahan ada yang mengatakan
pawagam itu runtuh ketika sedang menayangkan ‘filem’ tersebut tetapi yang
peliknya tak pula mereka menyebut berapa ramai mangsa yang terkorban. Pelik bin
ajaib. Betul ke dakwaan tersebut? Adakah anda pernah melihat post atau blog sedemikian atau anda juga telah tekan butang 'share'? Mari kita selidik.
Allah SWT
telah berfirman;
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat 49:6)
Allah
perintahkan kita agar selidik berita yang dibawakan kepada kita tetapi adakah
mereka telah selidik? Saya bersangka baik bahawa mungkin mereka telah selidik.
Allah juga perintahkan kita agar berlaku adil walaupun kita membenci sesuatu kaum;
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Al-Maaidah 5:8)
Sebenarnya
pada pendapat saya, Innocence of Muslim tak layak pun nak jadi filem kerana
ianya hanyalah klip selama 14 minit yang mereka upload di Youtube. Mereka pernah
menayangkan sekali sahaja di sebuah PAWAGAM di Hollywood kepada penonton
sebanyak 10 orang.. Fuhhhh.... RAMAINYAAAA!!!
Berbalik
kepada dakwaan pawagam runtuh. Kita sedia maklum bahawa Hollywood terletak di California, Amerika
syarikat dan sepatutnya signboard mereka berbahasa Inggeris tetapi lihat
betul-betul tulisan di papan tanda di tepi ‘pawagam’ yang runtuh tu;
Chiguayante Hualpen. Di mana ya tempat ini... Kalau kita
rajin post di laman sosial, kita mesti rajin Google juga kan dan apabila saya cari di
Google, ini apa yang saya dapat;
Chiguayante adalah
sebuah Bandar yang terletak di Chile… eik??? Chile? Menurut Wikipedia, ‘filem’ ini
hanya pernah ditayangkan sekali sahaja iaitu di Hollywood.. Sejak bila
Hollywodd terletak di Chile? Pelik…
Sebenarnya,
gambar yang digunakan dalam fitnah kononnya pawagam runtuh kerana tayang 'filem' hina Nabi Muhammad s.a.w adalah gambar sebuah apartment yang terletak di
Concepcion, Chile. Apartment tersebut runtuh akibat gempa bumi yang melanda
Chile pada 27 Feb 2010. Anda boleh baca berita mengenai gempa bumi di Chile di
pautan berikut;
- How Good Design and Building Codes Saved Lives During Chile's Earthquake
Andai kita
cari di Google dengan kata – ‘Chile 2010 Earthquake’, kita juga akan menemui
gambar apartment yang runtuh ini. Kalau kita cari di Google – ‘Pawagam Tayang
Filem Hina Nabi Runtuh’, anda akan dapat laman blog serta laman sosial orang
Islam yang berbohong dalam menyebarkan cerita palsu ini…. Wahai saudara
seIslamku, berlaku adillah. Usah kerana kita membenci tersebut maka kita
mereka-reka cerita untuk menunjukkan kehebatan Islam atau akibat menghina Nabi
Muhammad s.a.w… Sekarang lihatlah apa pula akibatnya akibat kita sendiri
sebagai orang Islam tak ikut ajaran Nabi Muhammad s.a.w dan juga perintah
Allah? BACKFIRE….. Siapa yang malu??? Hentikanlah semua ini..Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
"Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia
diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang
yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu)
sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu
ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang
mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit
pun."
[Sahih Muslim – hadith no: 1017
(Kitab Zakat, Bab suruhan bersedekah sekalipun dengan setengah
biji tamar…)]
Yang memulakan semua ini, berhentilah. Sebelum ini,
kita sebarkan berita palsu tentang Roti Massimo Guna Minyak Babi & Bleacher dan disusuli dengangambar palsu pembunuhan Rohingyas di Myanmar… Adakah Islam menyuruh kita
menyebarkan gambar dan berita palsu untuk meyakinkan manusia bahawa Islam
adalah agama yang benar? TIDAKKKK..!!! Yang Allah perintahkan kita tak buat
tetapi yang Allah larang kita pergi buat… Allah perintahkan kita agar sampaikan
Islam kepada mereka yang belum Islam;
Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.
(Ibrahim 14:1)
Dan setiap
Rasul diutuskan untuk menyeru manusia kepada Islam;
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Al-Nahl 16:36)
Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".
(Al-Anbiyaa' 21:25)
Itu yang
Allah perintahkan kita untuk sampaikan dan bukannya menyampaikan fitnah dan berita
palsu. Jikalau kita mampu nak sebarkan berita palsu dan gambar palsu di
internet, sudah tentu kita juga mampu belajar bagaimana ingin menyampaikan
Islam kepada yang bukan Islam dengan cara yang Islamik… Yang sudah tulis di
blog tu, lebih baik padamkan atau edit post anda dengan tambahan info yang
sebenar. Jikalau rakan anda juga telah kongsi di Facebook, Twitter dan blog
mereka, nasihatlah mereka agar padamkan sahaja…
Saya memohon
maaf andai post ini mengguris perasaan sesiapa tetapi tujuan saya adalah supaya
masyarakat Belum Islam tidak akan memikirkan bahawa Islam adalah agama fitnah..
Cukuplah kita fitnah agama Kristian dengan minum air holywater tak boleh
mengucap dan sebagainya serta 250,000 murtad…. Cukuplah fitnah itu semua…
Adakah orang yang mengeluarkan kenyataan fitnah itu mendatangkan bukti kepada
kita? Saya masih menunggu…
Assalamualaikum
Waramatulahi Wabarakatuh….
subhanallah. kupasan yg tepat dari bro firdaus wong. mmg ada antara kita (umat) suka sebarkan berita palsu utk naikkan islam, tp itu bukan cara ahli sunnah wal jamaah....bukan cara nabi s.a.w. thanx again.
ReplyDelete