Kebelakangan ini heboh satu Malaysia mengenai
seorang remaja berusia 16 tahun menikahi pasangannya yang baru berusia 14
tahun. Kata mereka;
“Muda sangat tu. Tak matang lagi”
“Siapa nak sara anak bini nanti?”
Mari kita cuba meneliti dan jawab satu persatu
persoalan yang dilemparkan dan kita mulakan dengan;
“Muda sangat tu. Tak matang
lagi”
Umur berapakah yang dikatakan matang atau sesuai
untuk berkahwin? Jikalau kita mengatakan usia 18 tahun itu sesuai untuk
berkahwin maka ada undang-undang di negara lain yang membenarkan mereka
berkahwin seawal usia 16 tahun. Jadi adakah negara tersebut salah membenarkan
rakyatnya untuk berkahwin awal? Contohnya di England dan Wales di mana usia sah
berkahwin adalah 16 tahun;
“The
minimum legal age for getting married is 16 years old. In England and Wales the
written consent of the parents or Guardians is required for persons who have
not reached 18 years old and have not been previously married. If either of the
persons is below 18 a birth certificate must be produced. It is preferred that
all persons produce such evidence.”
[http://www.weddings.co.uk/info/legeng.htm]
Islam tidak meletakkan had usia untuk seseorang
untuk berkahwin tetapi Islam menetapkan satu syarat untuk mendirikan
rumahtangga adalah setelah akil baligh. Tiada istilah muda sangat dalam Islam
kerana kahwin muda lebih baik dari pemuda-pemudi bergelumang dengan maksiat dan
dosa.
Cuit – Nenek Moyang kita dulu pun
kahwin muda tak kecoh pun. Kalau perempuan zaman dulu kahwin umur pertengah
20an dah dikira andartu (anak dara tua) tapi sekarang macam-macam syarat
berkahwin seperti kena berusia 25 tahun ke atas baru boleh kahwin. Masalahnya,
siapa yang menetapkan usia tersebut? Ada yang dah berusia 30an pun masih
berperangai macam budak-budak, jadi adakah itu kira matang kerana usia atau
kerana perwatakan dan pemikiran?
Alasan lain yang digunakan untuk mengkritik kahwin
muda oleh mereka pula adalah;
“Siapa nak sara anak
bini nanti?”
Jawapan;
Mereka mengkritik kerana risau siapa nak sara anak
bini jikalau berkahwin muda sedangkan kedua-duanya masing bersekolah. Jawapannya
adalah jikalau ibubapa pengantin lelaki mengizinkan anaknya untuk berkahwin
awal nescaya sudah tentu mereka ada caranya untuk membantu anaknya dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Syarat untuk berkahwin dalam
Islam tidak semestinya seseorang itu mesti berharta dan berusia tetapi ilmu
agama menjadi keutamaan.
Cuit; Mereka risau sebab itu mereka
kritik. Persoalannya pasangan tu tak ada minta ataupun gunakan duit mereka.
Sering kali isu kewangan menjadi punca ramai rakan saya yang belum beragama
Islam untuk tidak mahu berkahwin tetapi apabila dan ter’accident’ maka kad
jemputan perkahwinan disertai jamuan makan besar di restoran akan menyusul.
Kata saya, ‘Eiks, dulu kata takde duit nak kahwin tapi ni tiba-tiba ada pula
duit’ dan jawab mereka yang standard, ‘hehe.. apa nak buat. Dah accident’. Oh
rupa-rupanya kewangan menjadi alasan mereka untuk tidak mahu bertanggungjawab
dalam perhubungan. Bercouple-couple mahu tapi tak berani menjadi lelaki sejati
dengan mengalas tanggungjawab sebagai lelaki.
Seorang lelaki yang berani adalah
mereka yang berani meminta kebenaran dari bapa wanita untuk mengahwini anak
perempuan mereka dan bukan hanya berani mengusung anak dara orang ke hulur ke
hilir tanpa ikatan perkahwinan. Bila dah sah, hangpa nak buat apa pun buatlah
takde orang nak bising kat hangpa…
Kesimpulan;
Kami sebagai orang Islam apabila Allah telah
menghalalkan sesuatu, maka kami tidak akan mengharamkannya. Sudah tentu
berkahwin usia muda bukan satu kewajipan tetapi ianya juga bukan satu
kesalahan. Yang paling penting kahwin pada usia apa sekalipun ialah ketaqwaan
kedua-dua pasangan. Ingatlah firman Allah;
“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari
puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu
adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.”
[al-Baqarah
2:187]
Suami isteri adalah untuk
lengkap melengkapi antara satu sama lain. Rumahtangga yang dibina di atas
landasan Islam jauh lebih kukuh dan aman. Quran & Sunnah akan menjadi
tempat rujukan apabila timbulnya perselisihan sebagaimana firman Allah;
"Dan
tidaklah patut bagi laki-laki mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang
mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada
bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa
mendurhakai Allah dan RasulNya maka mereka telah sesat, sesat yang nyata.
"
(Al
Ahzab: 36)
Ibnu Katsir menyatakan:
"Ayat-ayat ini bersifat umum berlaku untuk segala urusan, sebab jika Allah
dan RasulNya telah menetapkan suatu hukum, maka tidak seorangpun dapat
menyalahinya, tak ada pilihan, tidak ada pendapat-pendapat atau
perkataan-perkataan lain."
Firman Allah:
"Hai
orang-orang yang beriman, taa'tilah Allah dan ta'atilah RasulNya dan pemimpin-pemimpin
di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka
kembalikanlah ia kepada Allah (AI Qur-an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu
benar-benar beriman pada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama
bagimu dan lebih baik akibatnya. "
(An
Nisa: 59)
Ibnu Katsir berkata: "Ta'atilah
Allah" maksudnya ikutilah KitabNya. Dan ta'atilah Rasul yaitu
ikutilah sunnahnya. Dan ulil Amri di antara kamu; yaitu
perintah-perintah yang menyangkut ta'at pada Allah dan bukan untuk mengingkariNya,
sebab tidak boleh ta'at pada manusia dalam keingkaran pada Allah.
Rumahtangga bahagia apabila kita mendahulukan firman Allah dan sabda Nabi s.a.w dan bukannya mendahulukan;
'My feeling tau. Its hurts."
Bila terasa nak mengamuk, rujuklah Quran dan Sunnah dan segala macam penyelesaian hidup akan kita jumpai.
p/s Orang kahwin muda depa
dok kecok riuh sekampung, tapi bila anak perempuan mereka diusung ke hulur ke
hilir oleh jantan marah. Hipokrit… Orang nak kahwin tu kan perkara baik kenapa
nak dihalang. Dah ibubapa pasangan izinkan. Bukannya kahwin dengan anak mereka
ataupun pakai duit mereka. Bila masa kena amal makruf nahi mungkar mereka diam
tapi bila orang buat perkara yang dituntut agama mereka amal mungkar nahi
makruf… Tersilap keutamaan? Mungkin ya mungkin tidak.. wallahualam…
No comments:
Post a Comment
Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....