'stylo' punya pasal
Dulu ketika masih di sekolah, peraturan sekolah mewajibkan
pelajar memakai tali leher pada setiap hari Isnin tetapi kita sengaja tak pakai
tali leher,
Dulu ketika masih di sekolah, baju pelajar lelaki mestilah
dimasukkan ke dalam seluar dan kemas tetapi kita nak juga tunjuk hero dan
keluarkan baju dan membuka satu atau dua butang baju,
Dulu ketika masih di sekolah, mak bapa suruh belajar
rajin-rajin tetapi kita pula buat acuh tak acuh,
Kini kita telah dewasa dan berada di alam pekerjaan, kita
berambut pendek dan kemas supaya mudah dijaga dan juga nampak segak bergaya,
Kini kita telah dewasa dan berada di alam pekerjaan, kalau
boleh nak cari kerja yang perlu pakai tali leher supaya nampak ‘stylo’ &
kemas kerana nak bergaya eksekutif,
Kini kita telah dewasa dan berada di alam pekerjaan, baju
dimasukkan dan dibutang kemas kerana takut orang kata kita selekeh,
Kini kita telah dewasa dan berada di dalam pekerjaan, kita
membeli buku, menghadiri seminar, kursus & mendaftarkan diri di dalam university
jarak jauh kerana kita mula sedar pentingnya ilmu dan singkatnya masa.
Perjalanan manusia penuh dengan penyesalan dan perubahan.
Alhamdulilah sekurang-kurangnya masih diberi kesempatan untuk berubah tetapi
ADAKAH kita akan menyesal di akhirat akibat keputusan yang kita lakukan di
dunia di mana kita menghambakan diri kita kepada nafsu berbanding menghambakan diri
kepada Allah? Adakah kita akan menyesal menyembah berhala & syaitan yang
tidak mampu membawa manfaat kepada diri kita sebagaimana firman Allah SWT;
“Dan berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut itu; andainya kami
mendapat peluang kembali ke dunia, tentulah kami akan berlepas diri dari mereka
sebagaimana sekarang mereka berlepas diri dari kami. Demikianlah Allah
memperlihatkan amalan-amalan mereka menjadi penyesalan-penyesalan kepada mereka
dan mereka tidak sekali-kali akan keluar dari neraka.”
[Al-Baqarah: 2:166-167]
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
No comments:
Post a Comment
Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....