Saya sempat singgah sebentar di MPH Mid Valley petang tadi untuk melihat apakah tajuk buku terbaru yang menarik di pasaran. Saya melihat beberapa lelaki Cina membelek rak buku agama. Ya buku agama tetapi bukan buku agama Islam.
Mereka membelek rak buku agama lain sedangkan rak buku agama Islam lebih banyak dari semua koleksi buku agama lain tetapi kenapa mereka tidak langsung berjalan ke arah rak buku agama Islam? Kesimpulan peribadi saya adalah;
1) Kita kekurangan buku agama Islam dalam English & Cina yang BERKUALITI
2) Boleh dikatakan hampir 90% adalah buku tentang fekah dan hukum hakam dan akidah mungkin sekitar 5%, 'novel Islamik' 4% dan buku lain-lain 1%. Hampir kesemuanya berbahasa Melayu. Tidak ada masalah dengan kitab dan buku berbahasa Melayu tetapi dengan kedai seperti MPH yang dikunjungi ramai bukan Islam, kenapa hampir tiada buku dakwah Islam dalam English?
3) Buku agama lain tajuknya menarik dan bercerita tentang kecantikan agama mereka dan bagaimana agama mereka menyelesaikan masalah.
4) Penggunaan bahasa yang mudah difahami.
Tidak hairanlah lebih mudah untuk masyarakat bukan Islam membeli buku agama lain dan memeluk agama lain berbanding dengan membeli buku Islamik & memeluk Islam. Bahasa yang digunakan dalam buku mereka mesra pembaca dengan menggunakan bahasa yang mudah manakala buku kita banyak istilah Arab yang kemungkinan besar, orang Islam sendiri terkial-kial nak faham maknanya apatah lagi yang bukan Islam.
Persoalan yang bermain di kepala saya adalah mana perginya buku Islamik yang menceritakan tentang keindahan Islam terutamanya buku dakwah? Saya juga terserempak dengan sekumpulan remaja Islam yang berkunjung ke rak buku agama lain kerana tertarik dengan tajuknya yang 'catchy' dan kebetulan mereka ini Muslim yang menggunakan English sebagai bahasa utama.
Apa pendapat anda?
assalamualaikum brother.
ReplyDeleteit is true that our books are less attractive. content dlm buku2 Islam yg ada sekarang ni tak dpt menyelesaikan persoalan dlm kehidupan manusia hari ini. memang betul segala penyelesaian ada dalam Quran tp masalahnya bahasa arab tak digunakan dgn meluas pun skrg ni.
ada je buku yg sbenarnya mampu membangkitkan jiwa Islam dan menyelesaikan masalah, menceritakan tentang keindahan Islam dan dakwah tapi disebabkan beberapa masalah kemudian buku-buku itu tak dapat disebarkan dengan begitu meluas sepertimana buku2 Islamik lain yang ada.
Sila lihat buku ini, sepatutnya ada stok di MPH
ReplyDeletehttp://www.amazon.com/Caring-Verses-Motivation-Recovery/dp/B0081FI9WM