Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Sunday, December 18, 2011

Selamat Pengantin Baru Kuan Beng & Yee Mei...!!!



InshaAllah kurang 4 jam dari sekarang, upacara pernikahan Ng Kuan Beng & Yee Mei akan berlangsung. Semua rakan rakan tumpang gembira dan mendoakan kebahagian mereka berdua dan semoga dikurniakan zuriat yang taat serta bertaqwa kepada Allah dan berbahagia ke Syurga Firdaus.. Ini adalah pernikah kedua di antara ahli MRM tahun ini dan InshaAllah lebih banyak akan menyusul tahun hadapan. Ingatlah pesan dan nasihat dari Nabi Muhammad s.a.w apabila baginda pernah ditanya tentang ciri-ciri isteri yang baik. Baginda menjawab:

“Wanita yang membahagiakan (suaminya) jika dipandang, mentaatinya jika diperintahkan dan tidak menyelisihi berkenaan dirinya dan hartanya dengan apa yang tidak disukai (oleh suami).”
[Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3231]


Bagi suami pula ingatlah firman Allah di dalam Quran yang bermaksud;

"Dan bergaullah kamu dengan mereka (para isteri) dengan cara baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)"
[an-Nisaa 4:19]


Serta juga peringatan dari Rasulullah s.a.w apabila ditanya oleh Mu'awiyah bin Haidah radiallahhuanh, 'Wahai Rasululllah, apakah hak isteri salah seorang antara kami?' Baginda sallallahu alaihi wasallam bersabda:

"Memberinya makan apabila engkau makan, memberinya pakaian apabila engkau berpakaian, janganlah memukul wajahnya, janganlah mencaci maki menghinanya) dan janganlah pisahkan ranjang dengannya kecuali di dalam rumah".
[HR Ahmad (IV.446-447). Ibn Majah (1850). Abu Daud (2142). Hadis Hasan dan disahihkan oleh al-Albani]


"Ingatlah aku berwasiat agar kamu berbuat baik terhadap kaum wanita kerana mereka ibarat tawanan di tangan kamu! Kamu tidak berhak menguasai apa pun dari mereka selain itu kecuali mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Jika mereka melakukannya maka pisahlah ranjang (tempat tidur) kamu dengan mereka dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Jika mereka patuh kepada kamu, maka janganlah mencari-cari alasan untuk menyakiti mereka. Ketahuilah bahawa kamu punya hak yang wajib dipenuhi oleh isteri kamu dan mereka juga punya hak yang wajib kamu penuhi. Adapun hak kamu yang wajib mereka tunaikan adalah tidak membiarkan siapa pun yang kamu benci menginjak rumah kamu dan tidak mengizinkan sesiapapun yang kamu benci masuk ke dalam rumah kamu. Ketahuilah bahawa hak mereka yang wajib kamu penuhi adalah berbuat baik kepada mereka dalam hal pemberian pakaian dan makanan mereka".
[HR ibn Majah (1851) dan at-Tirmizi]


Dan suami mestilah sentiasa berbuat baik kepada isteri;

"Berbuat baiklah kepada kaum wanita. Sesungguhnya mereka dijadikan dari tulang yang bengkok. Yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Jika engkau berusaha meluruskannya maka engkau akan mematahkannya, jika engkau biarkan maka ia akan tetap bengkok. Maka dari itu berbuat baiklah kepada kaum wanita".
[HR al-Bukhari. Muslim at Tirmizi (1/223), ad-Darimi (2/148)]


Ingatlah, lelaki yang beriman adalah mereka yang melayan isterinya dengan baik dan sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w;

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Dan yang terbaik di antara kamu adalah yang paling baik terhadap isteri kamu".
[HR at-Tirmizi (1X/325) Ahmad (2/250,472). Ibn Hibban (1311,1926), al-Baghawi (1X/180) dalam Syarah Sunnah.]


"Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik pada isterinya. Dan aku adalah yang paling baik antara kamu kepada isteriku".
[HR Hakim, disetujui oleh az-Zahabi. Diriwayatkan oleh at-Tahawi dalam "Al-Musykil". (111/211)


Saya mewakili Malaysia Reverted Muslim (MRM) mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Bro Kuan Beng dan juga Yee Mei dan kami sentiasa akan mendoakan yang terbaik untuk kalian berdua dan juga berdoa kepada Allah semoga ahli keluarga kita yang masih belum Islam dikurniakan hidayah olehNya.. Amin...

Dari kanan - Kuan Beng, Adam Sih (3 slot kosong), Sheikh Abdulbary & Me (tiada kekosongan)


2 comments:

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...