Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Friday, December 16, 2011

Malu bertanya sesat jalan



Kekadang saya secara peribadi merasakan bahawa firman Allah di dalam Quran yang bermaksud;

A125
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Al-Nahl 16:125)

Menyeru kita berdakwah kepada mereka secara hikmah adalah dengan berlemah lembut akan tetapi adakah hikmah bermakna lemah lembut sahaja? Hikmah juga boleh bermaksud bijaksana iaitu berdakwah dan penggunaan mengikut situasi. Ada yang mengatakan bahawa Sheikh Ahmad Deedat tidak ada berhikmah kerana lebih kepada provokasi dan menghentam tetapi kita juga harus melihat di mana beliau berada ketika kejadian dan juga apa majlis tersebut.

Kebiasaanya beliau berada di negara Barat yang terbiasa dengan soalan provokasi dan beliau BERDEBAT dan bukan berbincang. Di dalam perdebatan sudah tentu memerlukan penggunaan intonasi suara yang sesuai dan tidak boleh terlalu lembut dan itulah hikmah (bijaksana) yang saya maksud.

Sering kali Muslim bersedia menjawab soalan yang dikemukan oleh Belum Islam dan sikap terlalu defensive ini menampakkan Islam seolah olah lemah tetapi bukanlah maksud saya menyeru saudara semua menyerang dengan perkataan yang kurang elok dan kesat sebagaimana kebiasaannya pihak lain sering gunakan apabila menyerang Islam seperti Allah mempunyai anak (naudzubillah), Quran ditulis oleh syaitan, Nabi Muhammad s.a.w itu adalah pedophile, Muslim pengganas, diskriminasi wanita dan sebagainya.

Pernahkah Muslim menyerang pihak yang lain dengan cara dan perkataan yang mereka sering kali gunakan? Wallahualam setakat yang diketahui jarang saya jumpa. Bukankah sudah tiba masanya kita pula yang bertanya kepada mereka apa pemahaman mereka tentang agama mereka? Apa penyelesaian agama mereka tentang isu poligami? Kenapa agama mereka menganjurkan keganasan kerana mereka juga menceroboh secara terang terangan ke negara lain dan menyeksa banduan di Guantanamo Bay? Agama mereka disebarkan melalui paksaan sebagaimana diakui oleh KETUA AGAMA mereka sendiri di dalam beberapa insiden dan ianya memang terjadi? Holocaust dilakukan oleh Hitler yang beragama apa ya?

Rasa rasanya apa jawapan mereka? Sedarkah mereka bahawa soalan yang mereka sering kali tanya juga terjadi di dalam agama mereka dan mereka tiada penyelesaian? Apabila kita bertanya banyak tentang agama mereka, kita pula akan dituduh agresif dan pengganas dan memasukkan unsur politik di dalam komen mereka tetapi apabila mereka menuduh Islam dengan pelbagai macam tuduhan tak pula mereka terfikir diri mereka sebagai agresif dan pengganas?

Rata rata Muslim bersedia menerangkan Islam kepada orang ramai sebaik mungkin tetapi pada masa yang sama tidaklah bermaksud kita lemah sehingga mengikut telunjuk mereka. Benarlah kata Rasulullah s.a.w di dalam satu hadis yang bermaksud;

"Kamu akan mengikuti perilaku orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu ikut memasukinya. Para sahabat lantas bertanya, “Siapa ‘mereka’ yang baginda maksudkan itu, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Orang-orang Yahudi dan Nasrani.”
(HR. Bukhari)

Selain itu juga Allah juga telah mengingatkan kita kepada golongan ini di dalam Quran:

A120
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani
tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu"
(Al-Baqarah 2:120)


Percayalah bahawa mereka tidak akan sesekali redha dengan apa yang kita ingin lakukan walaupun tidak kena mengena dengan mereka sehingga umat Islam mengikuti telunjuk mereka. Mereka akan mencampuri urusan kehidupan umat Islam walaupun umat Islam tidak pernah mencampuri urusan mereka. Apabila kita menghormati hak mereka untuk percaya kepada apa ynag mereka ingin percaya dan merayakan apa yang mereka ingin rayakan masih mereka tidak akan berpuas hati kerana syaitan akan sentiasa menghasut mereka memaksa kita bersama sama dengan mereka sehingga kita jatuh ke dalam kekufuran. Apabila mereka tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan kerana kita ingin memahami agama mereka dengan lebih dekat mereka akan bertindak agresif dan mengelak untuk menjawab soalan lanjut dengan memberikan alasan kami bukan sami, kami bukan ulamak, kami bukan paderi kami bukan scholar dan sebagainya sedangkan permintaan telah dibuat agar mereka bertanya tetapi mereka seolah olah seseorang yang sedang lena dibuai mimpi tidak mahu dikejutkan dari alam khayalan mereka.

Andai soalan yang sama ditujukan kepada umat Islam sudah tentu jawapan yang berbeza kerana kita dianjurkan untuk mencari ilmu dan kami sentiasa akan bertanya kepada yang lebih arif apabila kami tidak tahu kerana kami mahukan kebenaran dan tidak mahu menjadi pengikut buta sahaja. Malu bertanya sesat jalan dan andai tersesat jalan di dunia masih berpeluang kembali ke jalan yang sebenar akan tetapi andai tersesat di dalam beragama maka parah jadinya. Kita begitu berhati hati apabila sesuatu berkenaan dunia seperti makanan, membeli rumah dan sebagainya sehingga kita sanggup bertanya dan membuat kajian tetapi kenapa kita boleh bersikap acuh tak acuh di dalam bab agama yang melibatkan kehidupan abadi kita di akhirat nanti?

Rasanya sudah tiba masanya umat Islam "menyerang" pihak lawan untuk mendapatkan kebenaran. Menyerang bukan bererti bersikap kasar tetapi apa kata kita bertukar posisi dari yang menjawab soalan kepada kita pula yang bertanya mereka pula yang menjawab..!!!

"Attacking is the best form of defending. If you attack you will have a chance to score a goal & win the game but if you defending throughout the game you will have a highest chance to lost or maybe draw the game. LETS PLAY ATTACKING and remove our defensive mind"

No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...