Sering kali kita mendengar di corong radio, TV, penceramah di surau & masjid mahupun di atas pentas forum. Kisah ini tidak lain tidak bukan adalah berkenaan Nabi Muhammad SAW menyuap seorang Yahudi tua di pasar setiap hari & Abu Bakar menyambung tugas ini selepas kewafatan Baginda SAW. Riwayat yang selalu didengar dan juga dibaca di blog adalah seperti berikut;
Life of a Reverted Muslim
"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)
Saturday, December 15, 2012
Hijrah - Benarkah Ali Ibn Abi Talib Tidur di Atas Katil Baginda SAW Pada Malam Berlakunya Hijrah?
PERISTIWA HIJRAH YANG KITA KETAHUI
Bukalah
dan bacalah buku sirah dan maghazi mana sekalipun, hampir-hampir tidak
akan kita temui suatu gambaran peristiwa hijrah Nabi s.a.w. yang berbeza
dari yang selalu kita dengar dan kita ketahui iaitu :
Friday, December 14, 2012
Benarkah Sayyidina Umar Ibn Khattab Pernah Membunuh Anak Perempuannya?
Ada
beberapa buah buku yang disebarkan dengan agak meluas dalam masyarakat
memuatkan kisah Sayyidina Umar r.a kononnya telah membunuh seorang anak
perempuan dengan menanamnya hidup-hidup, seperti buku Sepuluh Sahabat
Dijamin Ahli Syurga oleh Muhammad Ali Quthub, terbitan Pustaka Nasional
Pte. Ltd (1984), ms. 50-51. Terdapat juga dua artikel yang disiarkan di
dalam akhbar Harakah. Satunya disiarkan sebagai bahan bacaan untuk
kanak-kanak di ruangan BESTARI (Harakah, 18 Disember 1998), dan satu
lagi artikel hasil penyelidikan satu kumpulan yang memakai nama ILHAM
(Harakah, 30 Nov. 1998). Kedua-duanya memuatkan cerita yang sama dengan
sedikit perbezaan ibaratnya.
Thursday, December 13, 2012
Sahihkah Apa Yang Kita Pelajari Selama Ini?
Berakhirnya hari pertama seminar bersama Maulana Asri Yusoff di Kelantan. Antara perkara yang harus kita ambil perhatian adalah BERHATI-HATI dalam membeli buku ataupun novel agama. Paling mengejutkan apabila novel sirah sahabat dan Imam ASWJ popular menjadi ejen menyebarkan maklumat yang salah kepada orang awam.
Tanpa kita sedari, begitu banyak informasi yang disajikan kepada kita adalah riwayat Israilliyyat, riwayat palsu ataupun berunsurkan racun Syiah. Pernahkah kita mendengar atau membaca kisah seperti:
> Umar ibn Khattab menanam anak perempuannya hidup-hidup sebelum memeluk Islam?
> Nabi Muhammad SAW menyuap seorang lelaki buta Yahudi tanpa mendedahkan siapa dirinya?
> Nabi Muhammad SAW mengucapkan Ummati Ummati Ummati sebelum wafat?
> Ali ibn Abi Talib mengantikan Nabi SAW di katilnya ketika peristiwa hijrah?
> Muawiyah ibn Abu Sufyan seorang yang zalim?
Semua yang disebutkan di atas adalah Israilliyat, riwayat palsu ataupun riwayat Syiah yang telah menular dalam masyarakat Islam kita sejak sekian lama. Mengapa ini terjadi? Kebanyakan kisah di atas disebarkan oleh Ustaz & Ustazah yang kurang cermat dalam penyampaian ilmu dan menyampaikan kepada orang awam seperti kita ketika berceramah. Bagaimana kita nak pastikan buku & kisah yang dibaca adalah sahih? Beberapa tips untuk mengenal pasti;
> Tanya kepada mereka yang pakar dalam bidang tersebut. Bukan Ustaz celebriti ataupun ustaz yang popular tetapi mereka yang memang pakar dalam bidang hadis.
> Beli buku yang terdapat nota kaki. Penulis dan penerbit yang bertanggungjawab akan meletakkan sumber dari mana mereka mendapatkannya.
Wallahualam....

Tuesday, December 11, 2012
Mengapa Bukan Islam Pilih Agama Lain & Bukannya Islam : Buku...!!!
Saya sempat singgah sebentar di MPH Mid Valley petang tadi untuk melihat apakah tajuk buku terbaru yang menarik di pasaran. Saya melihat beberapa lelaki Cina membelek rak buku agama. Ya buku agama tetapi bukan buku agama Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)