Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Monday, July 15, 2013

Puasa Musafir, Berbuka Atau Berpuasa?


"Eh, ko tengok dia. Tak puasa bulan Ramadhan ni. Isk isk isk.. Umat akhir zaman ginilah"

"Apa la Mufti tu kata atlit Olimpik tak diwajibkan berpuasa. Kalau gitu aku pun boleh jadi Mufti."

Pernahkah kita membaca atau mendengar dua situasi d atas? Mari kita lihat apa kata Allah SWT & juga Nabi SAW berkenaan isu ini. 

Dalil dari Quran bahawa musafir boleh berbuka;

"...dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"
[al-Baqarah 2:185] 

Anjuran dari sunnah Nabi SAW kebaikan untuk berbuka;

"Bahawa Rasulullah SAW berangkat ke Mekah pada tahun pembukaan Mekah di bulan Ramadhan. Baginda berpuasa sehingga baginda tiba di Kura' al-Ghamim, para sahabat juga berpuasa, kemudian Rasulullah SAW meminta sebejana air, Baginda mengangkatnya sehingga manusia melihat kepada baginda, kemudian baginda minum. Sesudah itu Baginda diberitahu bahawa sebahagian mereka ada yang terus berpuasa, maka baginda bersabda, 'Mereka adalah orang-orang yang membuat maksiat, mereka adalah orang-orang yang membuat maksiat"
[Muslim (3/1451-1452)]

"Nabi SAW daam suatu pelayaran & Baginda melihat seorang lelaki yang dikelilingi oleh orang ramai dan sedang dipayungi. Baginda bertanya apa yang terjadi dengannya? Mereka menjawab; Seorang lelaki berpuasa. Maka Rasulullah SAW bersabda; Bukan termasuk kebaikan kamu berpuasa dalam keadaan berpergian jauh (belayar). Dalam satu riwayat; Ambillah keringanan Allah yang Dia berikan kepada kamu. Di riwayat yang lain; Bukanlah termasuk kebaikan berpuasa dalam keadaan berpergian jauh."
[Bukhari, Muslim, Abu Daud & Nasaii]

Sahabat tidak saling mencela yang lain kerana berbuka puasa kerana bermusafir;

"Para Sahabat berpendirian barangsiapa yang merasa kuat kemudian puasa, maka itu adalah baik. Dan Barangsiapa yang merasa lemah kemudian berbuka maka itu adalah baik"
[At-Tirmizi (no 713). Al-Baghawi dalam SyarahSunnah (no 1763). Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih & Dhaif Sunan Tirmizi (3/92)]

"Kami bersafar bersama Rasulullah di bulan Ramadhan, orang yang berbuka tidak mencela orang yang berbuka dan orang yang berbuka tidak mencela orang yang berpuasa"
[Bukhari (4/163) & Muslim (no 1118)]

"Berpuasalah jika engkau mahu dan berbukalah jika engkau mahu"
[Bukhari(4/156)  & Muslim (no 1121)]

Kesimpulannya adalah, ketika bermusafir jangan pula mencela jikalau ada yang berbuka kerana itu sedekah dari Allah dan dalam masa yang sama siapa yang ingin meneruskan puasanya, maka teruskanlah. Jangan dahulukan logik akal kita apabila telah jelas dalilnya. 

ISLAM ITU MUDAH....

p/s Ditulis di Facebook saya pada 15hb Julai 2013.

No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...