Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Tuesday, March 19, 2013

Travelog IDT : Miri, Sarawak


Assalamualaikum Waramatulahi Wabarakatuh,

Alhamdulilah, pada minggu lepas dari 15-17 Mac, pihak IKRAM MIRI telah menjemput kami untuk mengadakan kursus Interactive Dakwah Training di Miri. Dalam mana-mana yang kami pergi, ianya tidak akan lengkap tanpa menikmati makanan tersedap tempatan. Malahan semasa kami berada di KLIA lagi, kami telah kenalpasti apa yang ingin kami makan di sana dan sudah pasti perjalanan ke Sarawak tidak lengkap tanpa makan Mee Kolok. Setibanya kami di Miri, selepas check in kami telah dibawa makan Mee Kolok sebelum ceramah maghrib oleh YDP IKRAM MIRI, Encik Mustapha.


 'Mee Kolok Wan Tan untuk dinner hari pertama'

Walaupun di hotel kami mempunyai voucher untuk breakfast, namun kami biasanya tidak makan d hotel tetapi akan bersarapan pagi di luar. Sarapan pagi kami sebelum bermulanya program IDT pada hari Sabtu adalah Mee Kolok di Awang Mahyan Cafe sebagaimana yang telah dicadangkan oleh sahabat Facebook saya iaitu Ajiah. Kami semua memesan Mee Kolok sebagai sarapan kami dan ianya sedikit berbea dengan  Mee Kolok yang kami makan sehari sebelum itu. Mee Kolok Awang Mahyan lebih sedap;

'Mee Kolok Awang Mahyan Cafe'

 'Kami juga telah memesan Mi Pok Goreng untuk dikongsi bersama'

Program IDT Fasa 1 kali ini diadakan di markas (Banglo) IKRAM MIRI yang dihadiri lebih dari 50 orang. Kami difahamkan penduduk Islam di Miri adalah lebih kurang 34% berbanding dengan Kristian lebih dari 46% manakala selebihnya adalah beragama lain-lain. Apa yang menariknya adalah sukar untuk membezakan mana yang Islam dan mana yang bukan Islam kerana dari segi luarannya semuanya seperti Melayu tetapi mereka bukan Melayu. Ada Foo Chow, Iban, Melanau dan sebagainya. Peluang dakwah di Miri amat terbuka dan lebih mudah kerana masyarakat Miri lebih terbuka berbicara mengenai agama. 

Saya di bawa ke Masjid al-Jabbar yang mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan dari Pusat Bandar Miri untuk ceramah Maghrib yang bertajuk 'Keindahan Islam'. Saya telah diberikan layanan yang sungguh baik dan mesra oleh Tok Penghulu Hj Riduan dan juga jemaah di sana. Saya dimaklumkan bahawa ada yang memandu dari kawasan lain dan mengambil perjalanan lebih kurang 1-2 jam untuk ke Masjid namun demi ilmu mereka sanggup. MashaAllah.. Semoga Allah istiqomahkan mereka dalam pencarian ilmu dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW dari Abu Ad Darda r.a berkata; "Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

"Barangsiapa meniti jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke surga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keridlaan kepada penuntut ilmu." 
[Sunan Abu Daud]

Semoga Allah permudahkan jalan setiap pencari ilmu untuk ke syurga-Nya...

Setelah selesai ceramah, kami terus pulang ke bandar Miri dan Saudara Syukhri telah membawa saya ke Restoran Muara untuk menikmati Nasi Lelapan. NASI LELAPAN? Apa tu? Itulah soalan yang saya lontarkan kepada beliau. Setibanya di sana, inilah menunya yang terpampang besar. Restoran ini sederet dengan pusat hiburan seperti Pun & Club dan kebetulan pada 16 March adalah perayaan Saint Patrick. Patutlah banyak hotel yang telah penuh. 

 'Menu di Restoran Muara'

Kenapa namanya Nasi Lelapan? Akhirnya saya temui jawapannya. Nasi Lelapan kerana ia mempunyai kombinasi 8 lauk pauk yang berbeza. Sedap ayam gorengnya... Ada juga menu ikan bawal, udang, ikan keli dan sebagainya. Sambalnya paling best kerana pedas dan sedikit manis. 

 'Nasi Lelapan Ayam saya'

Pada keesokkan harinya, saya bersama sahabat yang lain iaitu Ustaz Amin Yaacob, Cikgu Kamaruzzaman Al-Widuri dan juga Dr Haizal sekali lagi menikmat Nasi Lelapan tetapi kali ini di cawangan yang berbeza. Sebenarnya hanya kebetulan sahaja kerana niat asal kami adalah untuk membeli Kek Lapis Sarawak. Kami terlebih dahulu telah singgah di kedai Kek Lapis Sarawak Siti Payung yang terkenal ini.

 'Cikgu Kamaruzzaman Al-Widuri di hadapan Siti Payung'


 'Gambar kedai Siti Payung dari luar'

 'Saya diizinkan untuk masuk untuk melihat cara pembikinan Kek Lapis yang terkenal ini'





 'Menarik cara pembikinannya'

 'Pelbagai warna dan pelbagai rasa'

 'Yang telah hampir siap menanti untuk dibungkus'


 Mereka juga telah meletakkan sampel Kek Lapis pelbagai rasa untuk dicuba oleh pelanggan sebelum mereka membeli. Beginilah seharusnya dilakukan oleh peniaga makanan bagi menarik pelanggan. 

'Apa yang anda nampak ini adalah "aftershock" kerana kami berempat telah "mencuba" hampir 3/4 sampel mereka kerana kami serius buyer dan hanya beli jikalau ianya benar-benar sedap'

Walaupun kami telah 'mencuba' 3/4 sampel Kek Lapis mereka, mereka mendapat pulangan yang setimpal kerana akhirnya, rombongan kami telah membeli sejumlah 20 Kek Lapis pelbagai rasa. Harga asalnya RM20 tetapi jikalau lebih dari 10 maka akan mendapat diskaun dan hanya perlu membayar RM16 setiap satu. Rakan-rakan yang lain telah membuat bayaran terlebih dahulu manakala saya pula sementara menanti mereka membungkus Kek Lapis kami telah berborak-borak dan maka berlakulah tawar-menawar. Akhirnya saya berjaya mendapatkan RM1 diskaun dan berjaya menjimat RM10 kerana saya membeli 10 Kek Lapis dari kedai Siti Payung ini..!!!

Mereka juga menyediakan kad untuk pelanggan mnulis komen mereka dan ini antara komen-komen pengunjung yang saya semat tangkap gambarnya;




Ini pula adalah komen terbaik dari pelanggan yang paling saya sukai. hahaha....

 'MANTAP!! KLU MURAH CKIT LAGI MANTOP!! HEHE'


Kami telah berangkat pulang ke KL dari Miri menuju ke Kuching untuk transit dan menyambung perjalanan kami. Dalam perjalanan dari Miri ke Kuching, duduk sebaris dengan kami adalah seorang pekerja kerajaan bernama Daud yang berbangsa Iban dan beragama Kristian bermazhab Anglican. Beliau kongsikan dengan kami istilah baru MAS yang kerana sebagaimana yang dikenali, MAS adalah singkatan kepada Malaysia Airlines tetapi ketika dalam perjalanan dari Miri ke Kuching, kami didedahkan dengan istilah lain MAS.

Dari Bintulu ke Kuching = Makan Angin Sahaja

Dari Miri ke Kuching = Minum Ada Sikit

Dari Kuching ke KL = Makan Ada Sikit

Dari KL ke luar negara = Makan Ada Semua


Kami sempat berborak juga mengenai agama dan beliau seorang yang amat terbuka berbincang tentang agama. Penerbangan selama sejam itu berlalu dengan cepat kerana kami berborak dengannya sepanjang penerbangan dan kami berpisah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kerana beliau pulang ke Kuching manakala kami transit sebelum meneruskan perjalanan pulang ke KLIA. Kami memberikan kad nama dan beliau berjanji akan menghubungi kami apabila beliau datang ke KL. Saya juga terfikir satu istilah baru untuk MAS dengan penambahan 'i';

Manusia Agama Satu - islam = MAS-i

Alhamdulilah, Selesai sudah perkongsian mengenai IDT di Miri dan selepas ini saya akan sibuk dengan urusan lain. InshaAllah saya akan berangkat menunaikan Umrah dari 21 Mac 2013 - 31 Mac 2013 dan selepas itu saya akan bertolak ke China dan Hong Kong selama 33 hari bagi menjalani pengambaran program untuk TV al-Hijrah. Apakah inti kandungan program tersebut dan nama program tersebut? Nantikan kerana saya akan update di Facebook Peribadi, Facebook Page dan juga melalui blog saya ini. 

Saya berharap sahabat semua akan mendoakan saya agar selamat menunaikan umrah dan juga diberikan kesihatan untuk menjalani pengambaran selama 33 hari di China & Hong Kong kelak... InshaAllah saya akan juga mendoakan sahabat semua agar dijauhkan dari azab kubur & neraka serta kepada yang Belum Islam agar Allah SWT mengurniakan hidayah kepada anda semua. 

Teruskanlah dakwahmu wahai saudara seIslamku....

Assalamualaikum Waramatulahi Wabarakatuh...

{[:-)#


1 comment:

  1. Sedapnye nasi lalapan. Nak betulkan sikit. Nasi lalapan tu berasal makanan jawa. Lalapan dari perkataan asal, lalap. Maksudnye ulam. Nasi lalapan tu ialah nasi yg dimakan diulam-ulam. :)

    ReplyDelete

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...