Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Tuesday, August 4, 2015

Produk 30 Juzuk al-Quran ; Ajaran Agama Atau Kapitalis Agama?


(gambar hiasan)

Lambakan produk 'Islamik' di pasaran masakini dengan label dibacakan 30 juzuk al-Quran. Dari air, kismis jus sehinggalah ke pakaian.. Ianya satu fenomena yang menarik kerana ianya menunjukkan semangat keusahawanan yang tinggi di kalangan umat Islam. 

Namun pada masa yang sama, saya tidak lari dari memikirkan beberapa perkara apatah lagi produk yang dijual dengan label '30 Juzuk Al-Quran' lebih mahal dari produk biasa. Saya sering memikirkan persoalan ini;

'Siapa yang membacakan 30 juzuk al-Quran tu? Adakah para huffaz membacanya secara langsung ketika proses pembuatan ataupun hanya sekadar memainkan MP3 para Masyaikh?'

Persoalan di atas belum lagi termasuk 'adakah ini ajaran Islam?' atau 'adakah Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat r.a melakukannya?' yang tidak sesuai dibincangkan dalam ruangan kali ini... Beberapa lagi persoalan akan timbul dari kemungkinan jawapan iaitu;


Senario Pertama; Dibaca oleh para Huffaz secara langsung

Andai ianya dibaca oleh para huffaz secara langsung, berapa lamakah yang diperlukan untuk mereka menghabiskan 30 juzuk al-Quran dibandingkan dengan masa yang diperlukan dalam menyiapkan produk tersebut?


Senario Kedua; Memainkan MP3 al-Quran oleh para Masyaikh


Jikalau mereka hanya memainkan MP3 para Masyaikh, apa bezanya jikalau kita membeli produk yang sama tanpa label 30 Juzuk al-Quran yang pastinya jauh lebih murah lalu dimainkan MP3 30 Juzuk al-Quran di rumah kita sendiri?


Rumusan

Tiada niat untuk sabotaj perniagaan orang Islam tetapi saya tidak rela orang Islam terus diperbodohkan dan membiarkan orang Islam memperbodohkan orang Islam dengan menggunakan jenama Islam. Saya juga tidak mahu melihat Islam disalahanggap sebagai agama jampi-jampian. Cukuplah dengan pelbagai cerita hantu dan khurafat melalui TV dan filem kita. 

Menegakkan Islam adalah matlamat dalam semua urusan kita dan bukannya menjadikan Islam sebagai alat untuk matlamat kita...  

“Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan itu.” 
[At-Taubah 9: 9]


(gambar hiasan sahaja)

"...dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa."
[Al-Baqarah 2:41]


Beberapa lagi rujukan yang mungkin menarik dibaca bersama

Hati-hati dengan produk guna ayat Al-Quran



2 comments:

  1. Makin lama makin pelik. Inilah akibatnya bila Islam itu hanya diterima seolah-olah harta warisan. Tak ramai yang berusaha untuk mendalami Islam. Sebetulnya saye lagi respect pada Muallaf yang bersungguh-sungguh mendalami Islam dari mereka yang Islam hanya pada nama. WaAllahuA'lam

    Radio Senyap - Senyap Bukan Bererti Diam

    ReplyDelete
  2. al-Quran yang pastinya jauh lebih murah lalu dimainkan MP3 30 Juzuk al-Quran di rumah kita sendiri? Сексуальные:) новые проститутки xxx5
    Стройная, ухоженная, улыбчивая, очень активная девушка - с удовольствием поддержит беседу и сделает отличный массаж Нынешние романы так похожи на жизнь, что нет возможности поверить в их правдоподобие.

    ReplyDelete

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...