Lebih
kurang 16-17 tahun dahulu, Bro Lim memeluk Islam dan telah memaklumkan
kepada pegawai Jabatan Agama tersebut agar JANGAN HANTAR APA-APA SURAT
KE RUMAHNYA kerana masih merahsiakan pengIslaman dari keluarganya.
Tetapi, akhirnya pihak Jabatan Agama Islam Negeri tersebut telah
menghantar surat kepadanya dan ini telah mengakibatkan Bro Lim ketika
itu dalam keadaan serba salah.
TERBARU, seorang wanita memeluk
Islam dan juga telah memaklumkan perkara yang sama agar jangan HANTAR
SEBARANG SURAT KE RUMAHNYA tetapi, Jabatan Agama Islam tetap menghantar
kepadanya. Kini Muallaf itu dalam keadaan tertekan dan serba salah
kerana keluarganya MENGHALAUNYA KELUAR DARI RUMAH BERSAMA ANAKNYA YANG
MASIH KECIL. Dia serba salah sekarang...
Wahai pegawai Jabatan Agama Islam yang tertentu, jalankan tugasmu
sebaik mungkin kerana akibat kecuaian dan kesilapanmu maka inilah
masalah yang timbul. Bagi anda ianya mungkin hal kecil tetapi bagi
muallaf yang masih lemah Iman dan merahsiakan pengIslaman mereka adalah
perkara yang besar., Kini pembelajaran Islamnya terbantut dan hidup
dalam tekanan dan ketakutan....
Ramadhan akan menjelang tiba
dalam beberapa hari lagi, namun dia dan anaknya telah dihalau keluar
dari rumah ibubapanya. Bolehkah saya mencadangkan agar kita membuat
sedikit kutipan kilat bagi meringakan bebanannya membayar sewa dan
cagaran rumah serta menyara anaknya?
Sesiapa yang ingin membantu, sila bank in ke akaun Bro Lim seperti berikut;
CIMB Bank
Lim Jooi Soon
0402 9061 4705 29
Derma walaupun RM1.00 dan selepas bank in, sila email ke malaysia.reverted.muslim@gmail.com
dan nyatakan berapa jumlah yang didermakan kepadanya. InshaAllah kami
akan serahkan wang ini kepadanya dalam minggu ini. Semoga Allah membalas
jasa baik kalian semua...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulilah, setelah pihak Malaysia Reverted Muslim & saya secara peribadi menulis di laman Facebook saya (seperti di atas), ramai yang menghulurkan bantuan.
Jumlah derma dari orang ramai adalah sebanyak RM 7,007...!!!
Saya secara peribadi telah menghubungi Muslimah tersebut dan setelah dihalau keluar dari rumah, kini ibubapanya telah menyuruhnya untuk pulang semula ke rumah. Saban hari ibubapanya meminta beliau untuk keluar dari Islam namun beliau menjawab,
'Saya masuk Islam bukan sebab duit dan bukan sebab nak kahwin tapi saya memeluk Islam dengan rela dan nampak keindahan Islam. Saya tak nak melalui hidup seperti dulu yang tiada bimbingan.'
Saya telah memaklumkan kepada beliau bahawa kami telah mengadakan satu kutipan kilat bagi membantu dirinya untuk membayar sewa dan keperluan hariannya kerana beliau adalah janda dengan dua anaknya masih bersekolah.. Seorang anaknya pelajar sekolah menengah manakala seorang lagi masih di sekolah rendah. Namun, beliau tidak memerlukan kesemua sumbangan dari anda semua dan mendermakan semula separuh dari kutipan untuk membantu saudara lain yang mungkin lebih memerlukan.
SubhanAllah... Dalam situasinya yang tertekan beliau masih memikirkan tentang saudaranya yang lain.. Semoga Allah membalas anda yang telah menderma dengan ikhlas bagi membantunya. InshaAllah baki wang tersebut kami akan gunakan untuk membeli barangan keperluan seperti beras dan makanan dalam tin untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan sepanjang bulan Ramadhan ini... Ini adalah screencap transaksi;
InshaAllah saya akan maklumkan kepada anda semua perkembangan projek agihan barangan keperluan sepanjang bulan Ramadhan ini. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebagai melaksanakan tanggungjawab agar semua yang menderma tidak tertanya-tanya di manakah wang mereka dbelanjakan...
"Seorang muslim adalah
saudara bagi muslim.Dia tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh pula
membiarkan saudaranya teraniaya oleh orang lain. Dan barangsiapa yang membantu
(mencukupkan) keperluan atau hajat saudaranya, maka Allah Ta 'ala membantunya
pula (mencukupkan) keperluan atau hajatnya. Dan barangsiapa yang melapangkan
kesulitan seorang muslim, maka Allah Ta 'ala melapangkan kesulitannya kelak di
Hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, maka Allah
menutupi pula aibnya kelak di Hari Kiamat.
[Al-Bukhari no (2442) dan Muslim (2580)]