Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Wednesday, February 1, 2012

"Bro, babi tu sedap tak?"


Sahabat : Bro, nak tanya satu soalan boleh ahhh..

Saya : Boleh... tu ko dah tanya satu soalan dah...

Sahabat : Hehehe... Babi sedap tak?

 
 "Cute tak saya? Saya sedap ke tak? Hmmm..."

Saya : Babi saya tak makan tapi saya makan daging babi sahaja. Memang lah sedap sangaaaatttt kalah KFC. Sodappp sehingga menjilat sudu dan chopstick... Bak Kut Teh Klang & suckling pig paling best selain luncheon meat... fuhhhh...
 
                                                      suckling pig yang rangup....

bak kut teh klang dengan teh cina.....perghhh....

Sahabat : Rasa dia macam mana eh? Ada mirip kambing atau lembu tak?


Saya : Lagi sedap dari tu. Tak boleh fight. Kalau u nak test try cuba uji makan, jom..!!

Sahabat : Tak nak la. Haram. Habis tu kalau sedap macam mana bro boleh berhenti?


Saya : Ohh babi ko tahu pula haramnya tapi yang ko tiap hari pegang tangan makwe, merokok dan ambil loan ada riba tak haram plak? Saya boleh berhenti sebab taat kepada perintah Allah. Tak payah sains buktikannya. Kalau masih ada wahyu, kalau ada, kata babi wajib makan, gerenti saya terus pi makan...
 
"Kepala salah seorang dari kalian dipaku dengan paku itu lebih baik baginya daripada menyentuh yang bukan mahramnya" 
(Hadis Riwayat Thabrani)
A275
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. 
(Al-Baqarah 2:275)
 
Dari Samurah bin Jundab, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Semalam aku bermimpi ada dua orang yang datang lalu keduanya mengajakku pergi ke sebuah tanah yang suci. Kami berangkat sehingga kami sampai di sebuah sungai berisi darah. Di tepi sungai tersebut terdapat seorang yang berdiri. Di hadapannya terdapat batu. Di tengah sungai ada seorang yang sedang berenang. Orang yang berada di tepi sungai memandangi orang yang berenang di sungai. Jika orang yang berenang tersebut ingin keluar maka orang yang berada di tepi sungai melemparkan batu ke arah mulutnya. Akhirnya orang tersebut kembali ke posisinya semula. Setiap kali orang tersebut ingin keluar dari sungai maka orang yang di tepi sungai melemparkan batu ke arah mulutnya sehingga dia kembali ke posisinya semula di tengah sungai. Kukatakan, “Siapakah orang tersebut?”. Salah satu malaikat menjawab, “Yang kau lihat berada di tengah sungai adalah pemakan riba” 
(Hadis Riwayat Bukhari no 1979)

 
fuyoooo....telinga pun boleh hisap rokok...
fatwa HARAM MEROKOK...

 Inna lilahi Wa Inna ilahi Rajiun 
(Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali)


p/s Moral cerita ini ialah, usahlah tanya mereka yang memeluk Islam samaada babi itu sedap ke tak sebab kalau tak sedap takkan kami makan berpuluh-puluh tahun. Kalau nak tanya juga maka tanyalah "bagaimana nak mendekati dan berdakwah kepada golongan belum Islam ya" dan bukan soalan babi. Tak babi mesti bab "DAH POTONG BELUM"... Nanti ada yang kena potong nanti...

 
asah bagi tajam sebelum POTONGGGGG...

 
kalau tanya lagi, saya kasi potongggg....relax bro, gurau je...

 ahh... ni ayam sudah sunat... sudah akil baligh punya ayam...



 

Tuesday, January 31, 2012

Khatam & Tajwid atau Faham?


Assalamualaikum Waramatulahi Wabarakatuh,
Banyak yang saya ingin kongsikan tentang pengalaman yang saya lalui sendiri di Jabatan Agama, Jabatan Pendaftaran dan kerenah org Islam sendiri namun saya hanya mampu berkongsi satu isu dalam satu post supaya tidak terlalu semak blog saya.
Saya berpendapat bahawa segelintir masyarakat terkeliru tentang keutamaan di dalam Islam terutamanya terhadap mereka yang baru memeluk Islam mahupun mereka yang telah lama beragama Islam. Contohnya adalah seperti terlalu mementingkan untuk mengkhatam Quran dan setelah mengkhatamnya maka mereka berusaha bersungguh-sungguh memperbetulkan tajwid mereka. Saya tidaklah mengatakan apa yang dilakukan tidak betul malahan ianya adalah sesuatu yang bagus untuk dilakukan kalau dibandingkan dengan mereka yang tidak membaca atau menyentuh Quran akan tetapi mereka sangat mementingkannya sehingga betul dan kena kedua-duanya seiring seolah olah kalau kurang salah satu maka kuranglah keIslaman seseorang.... 
Persoalannya ; Apakah seseorang itu kurang Islamnya andai tidak tahu membaca Quran dalam bahasa Arab dan tidak mengkhatam serta tajwidnya tak betul?

Apa yang saya percaya lebih penting bukanlah khatam, tajwid kena betul dan baca bahasa Arab tetapi pemahaman Quran itu sendiri yang harus dititik beratkan. Khatam dalam bahasa Arab serta tajwidnya boleh diperbetulkan kemudian kerana Quran itu adalah petunjuk/panduan sebagaimana Allah berfirman;
A001
A002

Alif, Laam, Miim.  Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; 

Macam mana nak jadi petunjuk kalau kita tak faham apa yang dibaca? Apakah cukup sekadar Quran diletakkan di tempat yang tinggi sebagaimana popularnya amalan ini? Cuba kita bayangkan andai kita beli buku memasak sebab kita nak belajar cara-cara memasak tetapi buku tersebut adalah di dalam bahasa asing yang kita tidak faham jadi bagaimana kita boleh memasak mengikut buku tersebut? Bukankah objektif kita adalah untuk belajar memasak BERPANDUKAN buku tersebut?
Begitu jugalah dengan Quran kerana Quran itu adalah petunjuk/panduan untuk kita. Pemahaman bahasa Arab amat penting bagi kita menghayati Quran sepenuhnya tetapi berapa ramai orang Islam yang dah lama Islam sampai sekarang apabila ditanya apakah maksud al-Fatihah mereka mampu menjawabnya dan mereka pun ternganga sedangkan mereka membacanya 17 kali sehari dan 6205 kali setahun?? Dalam solat kita meminta Allah memberikan petunjuk tetapi kita tak faham lepas tu kita salahkan Allah (naudzubillah) sebab tak bagi petunjuk sedangkan kita sendiri tak faham. Saya kagum dengan mereka yang menghafal Quran dan faham maksudnya...
Ramai umat Islam hari ini tidak mampu menyelesaikan masalah mereka bukan kerana mereka tidak mengkhatam Quran dalam bahasa Arab dan sebutan tajwidnya tak betul sedangkan Pak Arab mengaku bacaan orang Malaysia ni lagi sedap dan hebat dari mereka yang berbangsa Arab tetapi kerana mereka tidak faham apa yang disampaikan oleh Allah dalam Quran...
“Orang mukmin yang membaca al Quran dan dia lancar dalam membacanya,maka ia akan bersama para malaikat yang mulia lagi suci, adapun orang mukmin yang membaca al Quran, sedang ia terbata-bata (sukar) dalam membacanya, lagi berat (dalam mengucapkan huruf-hurufnya ) ia akan mendapat pahala dua kali lipat.”
(Sahih al-Bukhari No 459)


 
Ini hanyalah pendapat saya dan anda boleh setuju atau tidak bersetuju dan kita meraikan perbezaan pendapat. Saya lebih selesa & yakin baca dalam bahasa yang saya faham dan andai ada ayat yang saya kurang faham makna maka saya akan bertanya kepada yang tahu sebagaimana firman Allah; 
A007
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui

Saya lebih yakin begitu... Bagaimana pula dengan anda?
Nota tambahan : Saya meminta para pembaca supaya membaca sehingga habis dan jauhkan sentimen kerana ada yang merasakan saya menghentam mereka yang belajar Quran & Tajqwid sedangkan sudah jelas dalam artikel ini saya menyokong mereka yang belajar Quran & Tajwid.... Pemahaman yang mendalam akan memantapkan akidah kita dan andai mampu maka belajarlah tajwid beserta tafsirnya sekali andai tidak mampu maka mulakan dengan tafsir supaya kita mendapat pengajaran dan petunjuk darinya. Islam itu mudah sebagaimana firman Allah;
"Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran."  
(Surah Al-Baqarah : Ayat 185)
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan, dan juga menanggung dosa kejahatan apa yang diusahakannya."  
(Surah Al-Baqarah : Ayat 286)  
Serta sabda Nabi Muhammad s.a.w;
“Sesungguhnya Allah Swt. tidak mengutusku untuk mempersulit atau memperberat, melainkan sebagai seorang pengajar yang memudahkan.” 
(Hadith riwayat Muslim)

"Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang itu mempersulitkan agama melainkan dia sendiri dikalahkan ....... "  
(Hadith riwayat Bukhari)

Wednesday, January 25, 2012

Akhirnya aku masuk jawi dan 2nd class Muslim - Pt 2


Selepas perbualan yang saya tulis dalam PART 1 , seorang lagi pegawai masuk campur dan inshaAllah saya akan sambung di dalam post ini...Dicadangkan agar baca PART 1 dahulu agar memahami senario yang sebenar.


Selepas isu Adam Sih tidak layak menjadi saksi (walaupun akhirnya mereka terima dia juga) tetapi untuk pengIslaman individu yang kedua mereka meminta saya pula menjadi saksi kerana kononnya saya sudah 6 tahun lebih lalu mereka meminta IC saya dan saya bertanya "Boleh ke saya jadi saksi walaupun dah 6 tahun sebab saya masuk Islam bukan lahir Islam?" lalu pegawai wanita itu tersenyum dan angguk. Saya mengeluarkan IC saya dan berkata "Alhamdulilah, dalam IC saya tertulis Islam jadi sahlah saya ini Islam yang boleh jadi saksi pengIslaman".


Tuesday, January 24, 2012

Makan pun mau doa kah???


Rasulullah s.a.w bersabda;

"Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu serta makanlah dari makanan yang ada dekatmu"
[Sahih Bukhari & Muslim]

"Apabila seseorang dari engkau makan, maka hendaklah menyebut nama Allah SWT - iaitu mengucapkan Bismillah. Jikalau ia terlupa menyebutkan nama Allah SWT pada permulaan makannya itu, maka hendaklah mengucapkan BISMILLAHI AWWALAHU WA AKHIRAHU, ertinya: Dengan nama Allah pada permulaan makan dan pada penghabisannya.
[Abu Daud & Tirmizi. Imam Tirmizi mengatakan ini hadis hasan sahih]

Apabila berkunjung ke rumah saudara dan rakan sempena Tahun Baru Cina ini maka tunjukkanlah akhlak dan cara kita sebagai orang Islam. 

Jangan ingat dengan Bismillah orang tak tertarik dengan Islam kerana ketika Baginda s.a.w berdakwah di Taif, Baginda s.a.w dipulaukan dan tiada seorang pun yang memeluk Islam sehingga apabila baginda melarikan diri dan bersembunyi di sebuah rumah lalu hamba abdi itu memberikan air kepada Baginda s.a.w dan Baginda membaca Bismillah sebelum minum dan hamba abdi tersebut memeluk Islam kerana adab dan juga dia tahu baginda adalah Nabi... Allah...

Ikutah sunnah Rasulullah s.a.w apabila kita makan. Hadis dengan lafaz iaitu:

"Allahuma Barik Lana Fima Razaqtana Waqina Azarbanar"

Maksudnya: 
Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami atas rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan peliharakanlah kami dari azab neraka, lalu membaca bismillah (atas makanan yang dimakan). 
1. Periwayat Hadith: Ibnu As-Sunni 

2. Status Hadith: LEMAH 

3. Sebabnya: Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Muhammad bin Abi Az- Zuaizi 'ah. 

Kata Imam AI-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya. 

Kata Imam Ibnu Adi: Kebanyakan apa (hadith) yang diriwayatkannya tidak boleh diikuti (yakni hadithnya tidak boleh menguatkan hadith yang lain). 

Kata Imam Ibnu Hibban: Tidak halal berhujah dengannya. 

Kata Imam Abu Hatim: Ia seorang yang sangat mungkar hadithnya.


4. Keterangan: Doa di atas biasa diamalkan di dalam masyarakat kita sebagai "doa makan" dan dihafal oleh setiap peringkat umur bermula dari kanak-kanak di peringkat pra-sekolah lagi. 

Oleh kerana kedudukan hadith tersebut lemah, maka yang patut diamalkan dalam bab ini ialah apa yang dinyatakan di atas maka cukuplah dengan membaca Bismillah sahaja... Cantik dan mudahnya Islam apabila kita mengikut sunnah Baginda s.a.w....!!!

Monday, January 23, 2012

Chinese New Year is a religious or cultural celebration??


Seriously, before this I do not know exactly what is this Chinese New Year even way before I embraced Islam. For me when I was a small kid is all about collecting 'ang pow', lion dance & reunion dinner. When I grew up, Chinese New Year is all about 'ang pow' (Chinese tradition is that as long as someone still single they will be entitle for ang pow even you are at 60!!!), gambling (at home or Genting) and makan makan.
Do you give or receive ang pow?
Cultivating gambling habit during Chinese New Year. Start small when younger and bet go bigger when getting older. 
But exactly what is Chinese New Year is all about? Is it a religious celebration or cultural? Let find out in brief;

"In Chinese mythology, a Nian (traditional Chinese: 年獸; simplified Chinese: 年兽; pinyin: nián shòu) is a beast that lives under the sea or in the mountains. Once each spring, on or around Chinese New Year, it comes out of hiding to attack people, especially children. The Nian is sensitive to loud noises and afraid of the color red.

The Chinese New Year traditions of decorating in red, exploding firecrackers, and performing a lion dance were originally used to scare the beast away. Some people display Chinese couplets on red banners to prevent the Nian from returning. Numerous other traditions such as wearing red clothing or handing out red envelopes are also designed to protect against the Nian.

The Chinese word for year is the same as the name of this beast. A phrase for celebrating Chinese New Year, guo nian (traditional Chinese: 過年; simplified Chinese: 过年; pinyin: guò nián) means the passing of the beast."

Do you get it now what is Chinese New Year all about? Is merely a legend that have no religious meaning or whatsoever except the belief that certain colour or certain activities like burning of firecrackers & wearing certain colour will scare away the beast or bring luck is not what we as Muslim believe in. 

It is more accurate to say that Chinese New Year is more of a cultural celebration rather than a religious one unless proven otherwise... Here is an article of two version of history of Chinese New Year...


Instead of the belief wearing red will chase away the beast, I certainly believe if a lady with long hair without hijab wearing red in the middle of the night will definitely chase away those sex maniax and scare off many people too.. The real beast is human dont you think so? Hmmmm....
This is more scary right?
 
Islam is very simple, easy & practical religion. When someone embraced Islam, any cultural or tradition that does not goes against the teaching of Islam are acceptable but of course if those tradition or culture make life difficult when Islam have make our life easier then it is better to avoid it. Remember this, Islam never stop the practices of cultural or tradition whenever someone become Muslim unless is against the teaching of Islam. If tradition of reunion dinner and visiting relatives even they are not yet Muslim is strongly encourage in Islam as Allah says;

A023 
"Thy Lord hath decreed that ye worship none but Him, and that ye be kind to parents. Whether one or both of them attain old age in thy life, say not to them a word of contempt, nor repel them, but address them in terms of honour."

Furthermore, when it come to cultural celebration we are allow to celebrate it as long as we observed our time of prayer and practicing our manners as Muslim by not touching or staring at non mahram and consume anything that we believe is halal.. If u feel like eating Bak Kwa (Dried Meat) because seriously it is so nice, go and buy one that is halal and enjoy with them and is can also be a good opportunity for dakwah. You can get the halal version at Pak Le or from my friend, Grace Loo...


Here are some tips for new Muslim especially Chinese Muslim for Chinese New Year. Not exactly the horoscope prediction that some expected because no one know the unseen except Allah but just some sharing on how best we can enjoy this celebration without sacrifice our Iman. Here you go:

DO's;
- If you are married, give ang pow (please remember me too ya)
- If you are still single you can accept ang pow and if you want to give also no problem but again please remember me too... 
- Reunion dinner (halal food of course)
- Visit relatives & friends
- Dakwah and not just visit them. Remember not to leave them without them have additional knowledge about Islam. If you cant talk well then behave well and show our Islamic manners.
- Wishing them Xin Nian Kuai Re & May Allah guide all of us will be the best
- Wear red and very red also no problem as long the wording and design do not have element of syirik

 


DONT's
- Read or listen to horoscope prediction because is another form of syirik. If you are in control then switch channel and if you are not then just stay away.
- Participate in the worship of ancestor, welcoming god of prosperity, welcoming Tian Gong or any superstitious stuff
- Involve in gambling and do your best to stay away even it didnt involve money
- Offer, encourage, bring or pour any alcohol drink for anyone and stay away from the table too. Look for relatives that do not involve in gambling or alcohol drinking to talk to them about Islam. Do not talk about Islam when they are drunk because you do not know what will happen next
- Stare or touch non mahram
- Too preoccupied until you forgot to perform your solat
- Stay away from any practices that you doubt because the Prophet s.a.w advised us to stay away from what is doubtful. DO EVERYTHING WITH TAQWA!
- How about YEE SANG? Read this article and you decide for yourself before you act on it...


Hopefully that little sharing is beneficial to new Muslim especially when our parents is still a Not Yet Muslim. Remember, we celebrate the diversity of our culture and tradition as long as it didnt go against the teaching of Islam because Allah created us differently not for us to fight each other but to know and love each other since we coming from the same source and our greaaaattttttttttttttttttttt ancestor are the same pair of Adam & Eve... Allah says;

A013
"O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (not that ye may despise (each other). Verily the most honoured of you in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you. And Allah has full knowledge and is well acquainted (with all things)."
(Al-Hujuraat 49:13) 

May Allah make it easier for us and assist all of us in understanding and practice this Deen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...