"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah
maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan
dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani"
(A-li'Imraan 3:31)
Apabila kita kata kita sayang Nabi s.a.w, apakah yang harus kita lakukan? Adakah cukup dengan Maulidur Rasul yang disambut saban tahun? Adakah dengan mengikut sunnah dan perintah Baginda s.a.w? Andai ditanya saat ini apakah yang telah dilakukan Rasulullah s.a.w untuk kita, boleh namakan 3 perkara yang Baginda s.a.w lakukan dan sudahkah kita mengikut sunnah baginda s.a.w yang diwajipkan dan juga sunnat muakkad? Coretan itu bukan berbicara tentang samaada bid'ah atau bukan bid'ah sambutan Maulidur Rasul kerana sudah cukup perbalahan di media sosial.
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia
meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan
berdebat walaupun dia membawa kebenaran”.
[HR Ahmad dan At-Thabrani]
Ada di antara kita mungkin sudah menghafal sirah Baginda s.a.w tetapi adakah menghafal itu sudah mencukupi atau sirah baginda telah membentuk kita menjadi seorang Muslim yang lebih baik atau kita belajar sirah untuk memuaskan hati kita bahawa sekurang kurangnya kita telah belajar sirah dan tahu - dan tidak lebih dari itu?
Sejauh mana kita sayang Nabi s.a.w dan bagaimana untuk kita membuktikannya? Nabi s.a.w tak pernah ajar umatnya bersengketa walaupun berselisih pendapat dan pandangan tetapi apa yang dilihat hari ini sungguh menyedihkan....
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,
maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(Al-Hujuraat 49:10)
Andai Rasulullah s.a.w masih bersama dengan kita, apakah reaksi baginda s.a.w melihat umatnya saling bercakaran, mengtakfir sesama Muslim dan wujudnya pelbagai cabang sedangkan yang Allah utuskan serta yang Nabi s.a.w ajarkan hanya Islam yang satu... Allah berfirman;
"Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri......
(Asy-Syuura 42:14)
Peringatan kepada diri dan rakan yang lain, sampaikanlah mesej kita dan usahlah memaksa kerana Nabi s.a.w sendiri tak pernah memaksa bangsanya sendiri yang kufur untuk menerima mesej baginda. Hidayah itu datang dari Allah dan bukannya melalui paksaan sebagaimana firman Allah;
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)..."
(Al-Baqarah 2:256)
Wahai saudaraku, berimanlah kita semua sebagaiman berimannya 3 generasi terbaik sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w;
Sebaik-baik kurun adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya.
(Sahih Bukhari dan Muslim)
-----------------------------------------------------------------------------------------------
CERITA PALSU SAAT KEWAFATAN NABI MUHAMMAD S.A.W
Sebuah cerita palsu tentang saat kewafaatan Baginda s.a.w popular terutamanya apabila tibanya Maulidur Rasul iaitu di mana;
Ada
sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan
Allah melaluï kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah
mulaï menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. [Ayat
yang pelik! Bukan ayat hadis, melainkan penulis cerita] Pagi itu, Rasulu
Llah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “Wahai umat ana, kita
semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka ta`ati dan
bertaqwalah kepadaNya. Ana wariskan dua perkara kepada kalian, Al Qur'an
dan sunnah ana. Barangsiapa mencintaï sunnah ana, bererti dia
mencintaï ana, dan kelak orang-orang yang mencintaï ana akan masuk
syurga bersama-sama ana.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan
pandangan mata Rasulu Llah yang tenang dan penuh minat menatap
sahabatnya satu persatu. [Tidak ada sumber!
Rasulu Llah tidak berkhutbah pada pagi hari kematiannya. Hadis [/
kata-kata] tersebut juga pelik! Perlu kepada rujukan sebelum boleh
diterima]
Abu Bakr menatap mata itu dengan berkaca-kaca,
`Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisannya. `Usman menghela
nafas panjang dan `Ali menundukkan kepalanya dalamdalam. Isyarat itu
telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulu Llah akan meninggalkan kita
semua,” keluh hati semua sahabat ketika itu. Manusia tercinta itu,
hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. [Ayat yang pelik! Bukan ayat hadis, melainkan penulis cerita]
Tanda-tanda
itu semakin kuat, tatkala `Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap
Rasulu Llah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari minbar.
Pada saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti
akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tetapi pintu
rumah Rasulu Llah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulu Llah
sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi
pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. [Ayat yang pelik! Siapa Fadhal?]
Tiba-tiba
dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
“Bolehkah ana masuk?” tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk. “Maaflah, ayah ana sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang
ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu
wahai anak ana?” “Tak tahulah ayah ana, orang sepertinya baru sekali
ini ana melihatnya,” tutur Fatimah lembut. [Ayat yang pelik! Tidak ada sumber]
Lalu,
Rasulu Llah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
“Ketahuïlah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaku l-maut,” kata Rasulu
Llah. [Tidak ada sumber! Setiap kata-kata Rasulu Llah hendaklah disahihkan!]
Fatimah
pun menahan ledakan tangisannya. Malaikat maut datang menghampiri,
tetapi Rasulu Llah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama
menyertaïnya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah
bersiap di atas langit dunia untuk menyambut ruh kekasih Allah dan
penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hak ana nanti di hadapan
Allah?” Tanya Rasulu Llah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu
langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruh anta. Semua syurga
terbuka lebar menanti kedatangan anta,” kata Jibril. [Tidak ada sumber! Setiap kata-kata Rasulu Llah hendaklah disahihkan!]
Tetapi
itu ternyata tidak membuatkan Rasulu Llah lega, matanya masih penuh
kecemasan. “Anta tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.
“Khabarkan kepada ana bagaimana nasib umat ana kelak?”. “Jangan
khuatir wahai Rasula Llah, ana pernah mendengar Allah berkata kepada
ana: “Ana haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah
berada di dalamnya,” kata Jibril. [Kisah yang pelik! Kisah ini masyhur tetapi tidak ada asas!]
Detik-detik
semakin dekat untuk saatnya Malaku l-Maut melakukan tugas. Perlahan
ruh Rasulu Llah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulu Llah bersimbah
peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratu
l-maut ini.” Perlahan Rasulu Llah mengaduh. Fatimah terpejam, `Ali yang
di sampingnya menunduk semakin dalam, dan Jibril memalingkan muka.
“Jijikkah anta melihat ana, hingga anta palingkan wajah anta ya
Jibril?” Tanya Rasulu Llah kepada Malaikat penyampai wahyu itu. [Kisah yang pelik! Kisah ini masyhur tetapi tidak ada asas!]
“Siapakah
yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulu Llah memekik, kerana sakit yang
tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja
semua seksa maut ini kepada ana, jangan pada umat ana.” Badan Rasulu
Llah mulaï dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya
bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, `Ali segera mendekatkan
telinganya. [Kisah yang pelik! Kisah ini masyhur tetapi tidak ada
asas!] [Harap semak, macam ada unsur Syi`ah sahaja cerita ini… Ana belum baca sampai habis lagi cerita ini!]
Di
luar pintu tangisan mulaï terdengar bersahutan, sahabat saling
berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan `Ali kembali
mendekatkan telinganya ke bibir Rasulu Llah yang mulaï kebiruan.
“Ummati, ummati, ummati, (Umat ana, umat ana, umat ana)” Dan,
berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. [Kisah yang pelik! Kisah ini masyhur tetapi tidak ada asas! Al-Bukhariy
dan Muslim [Al-Bukhariy/ 4463, 6348, 6509], [Muslim/ 2444]
meriwayatkan kata-kata terakhir Rasulu Llah ialah “Allahumma r-Rafiqa
l-A`la”
ﹺ
KOMENTAR `ADLAN
1- Cerita ini masyhur tetapi tidak ada asas. Terlalu banyak tokok-tambah dan penipuan
2- Sila rujuk hadis yang sahih dan kisah sirah yang mu`tabar
Yang sahihnya sebagaimana yang disampaikan kepada Syeikhuna As-Syeikh Al Muhaddits Al Hafiz Al Faqih Mufti Arab Saudi Bahagian Selatan, Ahmad Bin Yahya Bin Muhammad Syabir An-Najmi Alu Syabir Al Atsari - Hafizhahullah dengan sanad yang bersambung kepada Al Imam Al Hafiz Abu Muhammad Abdul Ghani bin Abdul Wahid Al Maqdisi 0 Rahimahullah-, beliau berkata dalam kitabnya Umdatul Ahkam;
Dari Aisyah r.a, dia berkata"
"Abdurahman bin Abu Bakar r.a menjenguk Rasulullah s.a.w ketika aku sedang menyandarkan beliau ke dadaku. Saat itu Abdurrahman membawa siwak basah untuk bersiwak. Kemudian Rasulullah s.a.w menatapnya dengan serius, maka aku mengambil siwak itu lalu aku menggigitnya hujung gigiku dan melumurinya dengan wangian. kemudian aku memberikannya kepada Rasulullah s.a.w ,lalu Baginda s.a.w bersiwak dengannya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w bersiwak sebaik itu sebelumnya. Setelah selesai, beliau mengangkat tangannya atau jarinya, kemudia berkata : "Bersama Rafiqul A'la (iaitu para Rasul) tiga kali, lalu Baginda s.a.w wafat".
Aisyah r.a pernah berkata : "Nabi s.a.w wafat di antara perut dan daguku"
Dalam satu riwayat : Aku melihat Nabi s.a.w menatapnya dan aku tahu Baginda s.a.w menyukai siwak. Maka aku katakan kepada Baginda s.a.w :"Bagaimana jika aku ambilkan untuk anda? Kemudia mengisyaratkan dengan anggukan kepada : Ya"
(Ini adalah lafaz Al-Bukhari. Muslim meriwayatkan yang serupa dengannya)
Wallahualam.....