Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Wednesday, August 24, 2011

Pertanyaan FB - Kajian masyarakat Cina Muslim


Alhamdulilah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi kesempatan untuk hidup di saat ini. Saya menerima banyak pertanyaan kebelakangan ini di laman sosial Facebook peribadi saya dan saya memohon maaf kerana terpaksa menangguh untuk menjawab kerana kesibukan di bulan Ramadhan ini. Berikut adalah soalan dari seorang saudara di dalam Facebook untuk saya dan InshaAllah saya mampu menjawab dan memberi pendapat setakat yang saya mampu kerana sesungguhnya dunialah manusia diberi peluang melakukan kesilapan dan belajar.


S1) Berapakah jumlah sebenar orang cina yang beragama Islam di Malaysia pada pengetahuan saudara?

Menurut statistik yang dimaklumkan kepada kami ketika MRM Revert Gathering di ibu pejabat MACMA bulan Januari yang lepas, jumlah sebenar masyarakat Cina yang beragama Islam adalah sebanyak 67,200 berdasarkan Banci Negara pada 2002. Bagi Banci yang baru baru ini, pihak MACMA mensasarkan sekurang-kurangnya jumlah ini akan meningkat kepada 100,000 tetapi pada pandangan saya jumlah Cina Muslim di Malaysia adalah lebih tinggi daripada itu kerana kita harus mengambil generasi kedua dan ketiga yang lahir dari perkahwinan campur di mana si suami adalah Cina maka sudah pasti keturunannya adalah berbangsa Tiong Hua. Wallahualam...
Masyarakat Cina Muslim

2) Bagaimana masyarakat cina muslim menyambut hari raya Aidilfitri? Apakah budaya-budaya cina yang diamalkan ketika menyambut perayaan tersebut? Adakah orang cina muslim akan mengenakan pakaian tradisional cina pada hari tersebut? Atau orang cina muslim mengadaptasikan budaya Melayu.


Soalan ini agak tricky kerana boleh menyentuh sensiviti sesetengah pihak yang kuat berpegang kepada bangsa dan "biar mati anak jangan mati adat" walau bagaimanapun saya akan berterus terang di dalam isu ini. Masyarakat Cina Muslim menyambut Aidilfitri sebagaimana masyarakat Melayu Islam merayakannya dan kebanyakannya tiada beza. Kebanyakan Cina Muslim yang telah berkahwin dengan wanta Melayu kebiasaannya akan beraya di kampung halaman isteri (itu bagusnya berkahwin dengan saudara baru kerana tak perlu nak undi dan bertengkar balik kampung siapa) dan banyak yang memakai Baju Melayu akan tetapi teknologi berkembang dengan begitu pesat dan mudah mendapat maklumat maka saya perasan bahawa banyak yang mengambil pendekatan tengah iaitu Baju Melayu, Baju kemeja T atau pakaian samfu pun ada. Seperkara lagi yang suka saya berikan pendapat ialah pandangan masyarakat belum Islam di Malaysia secara amnya ialah Hari Raya Aidilfitri adalah Tahun Baru Melayu dan begitu juga dengan pandangan sesetengah masyarakat Melayu bahawa apabila tibanya Aidilfitri mesti berpakaian sebagaimana mereka berpakaian seperti mengenakan baju Melayu bersongkok dan sebagainya dan masyarakat belum Islam harus diberitahu bahawa Aidilfitri bukanlah perayaan sesuatu bangsa tetapi perayaan hari kebesaran Islam dan setelah mereka memahami konsep ini maka kita memulakan dengan fasa seterusnya iaitu masyarakat Melayu supaya tidak terlalu memaksa golongan saudara lama yang kembali kepada Islam untuk mengenakan pakaian yang mereka kurang selesa. Di dalam Islam tiada istilah fesyen Islamik kerana apa apa pakaian yang menutup aurat dan tidak terlalu menonjol adalah pakaian Islamik dan bukannya jubah, baju Melayu, songkok atau kopiah itu pakaian Islamik. Sepatutnya kita mengalakkan Masyarakat Cina Muslim untuk memakai pakaian yang mereka selesa dan andai mereka ingin menonjolkan pakaian tradisional bangsa Tiong Hua maka tiada masalah juga. Pernah seorang saudara Cina Muslim kita mengenakan samfu (spt gambar di bawah) ke masjid untuk solat Jumaat lalu ada jemaah Melayu Islam yang menegurnya sambil berkata "Ini bidaah. Tak boleh pakai baju ni ke masjid untuk solat" maka dari situ kita nampak usaha dakwah harus dipertingkatkan lagi bukan sahaja kepada masyarakat belum Islam tetapi kepada mereka yang DAH LAMA ISLAM tetapi Islam pada nama tanpa akhlak dan pemahaman tentang apa itu Islam yang sebenarnya.
Masih mengenakan pakaian tradisional Cina


3) Saya mengetahui bahawa orang cina sememangnya amat mementingkan budaya. Malah, berdasarkan pembacaan saya, orang cina lebih mengutamakan budayanya berbanding agama. Jadi, adakah ini bermaksud sambutan perayaan Tahun Baru Cina adalah lebih besar dan bermakna bagi masyarakat cina muslim berbanding sambutan Hari Raya?

Saya tidak boleh mewakili orang Cina secara keseluruhannya dan terpulang andai ada yang bersetuju dengan pendapat peribadi saya ini. Ya memang diakui masyarakat Cina kebanyakannya mementingkan budaya tetapi generasi baru sekarang kurang peka mengenai apa itu budaya Cina kerana banyak terbawa bawa dengan arus kemodenan dunia dan telah dicampuradukkan antara budaya Cina dan Barat di dalam kehidupan mereka. Masyarakat Cina Muslim secara amnya merayakan Aidilfitri dan Aidil Adha itu lebih meriah berbanding dengan sambutan Tahun Baru Cina kerana harus kita bezakan kedua dua perayaan tersebut kerana Aidilfitri & Aidil Adha itu hari kebesaran Islam manakala Tahun Baru Cina itu sebenarnya adalah seperti menyambut tahun baru masihi sahaja iaitu cuma bezanya ini mengikut kalendar Cina.
Beraya dengan pakaian yang selesa serta menutup Aurat - Pakaian Islamik

Semoga jawapan saya ini akan dapat membantu saudara NF di dalam kajiannya.




3 comments:

  1. ...pakaian tak kisah apa2 pun, pakai jer, asalkan tidak....'berpakaian tapi telanjang...', aurat mesti dijaga....

    ReplyDelete
  2. Salam, nak tanya, bolehkan seseorang Cina Muslim menyambut Tahun Baru Cina? Adakah itu haram dan apa hukumnya?

    ReplyDelete
  3. Walaikumusalam Waramatulahi Wabarakatuh,

    Anonumous, menyambut Tahun Baru Cina itu tiada masalah cuma tidak boleh menyertai upacara penyembahan sahaja. Andai tujuan Tahun Baru Cina adalah kunjung mengunjungi bagi mengeratkan silaturahim antara saudara dan memudahkan kita berdakwah maka itu lebih baik.

    Ianya tidak haram kerana Perayaan Tahun Baru Cina bukanlah upacara keagamaan tetapi kebudayaan. Umat Islam yang tidak dibenarkan meraikan upacara keagamaan penganut lain. Wallahualam....

    ReplyDelete

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...