Rasulullah SAW pernah bersabda;
"bahawa setelah kewafatannya, umatnya akan berpecah kepada 73 golongan dan semuanya akan masuk ke neraka kecuali satu golongan sahaja"
Lalu sahabat pun bertanya;
"siapakah golongan yg beruntung itu ya Rasulullah'
Rasululllah SAW lalu menjawab;
'Mereka yg mengikuti aku dan sahabat aku"
Allah juga telah mengingatkan kita;
"Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar"
(At-Taubah 9:100)
"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta"
(Al-An'aam 6:116)
Semoga kita akan terus istiqamah dan ingatlah, sesungguhnya merasa terasing kerana mengikuti Sunnah Rasulullah itu lebih bahagia. Kebahagiaan hakiki bukan di sini tetapi di JANNAH. Beramal & berjuanglah di jalan yang telah ditunjukkan oleh Allah melalui Rasulullah Salullahu Alaihi Wasalm & para sahabatnya nescaya kita akan merasa terasing di dunia tetapi bahagia di akhirat kelak, InsyaAllah.
1) Sahih: Hadis daripada Abu Hurairah, Ibn Mas‘ud, Anas bin Malik, Salman al-Farisi, Suhal bin Sa‘ad dan Ibn Abbas radiallahu ‘anhum, dikeluarkan oleh Muslim, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Thabarani dan lain-lain. Lihat Sahih Muslim – no: 145 (Kitab Iman, Bab Menjelaskan bahawa Islam bermula sebagai yang asing).
No comments:
Post a Comment
Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....