Saya perasan sekarang banyak apps di Facebook yang berupa "RAMALAN"...
Walaupun saya mengetahui mereka yang terlibat akan berkata,
'Ala,
suka-suka aje. Bukan serius pun'
Tetapi saya tetapi bersangka baik
bahawa mereka tidak tahu (bukan bermakna saya lebih tahu).. Antara apps
yang saya perasan adalah;
- "Bila anda akan bertunang"
- "Rahsia Tarikh Lahir Anda"
- "Anda akan berkahwin pada...."
- "Rahsia Horoscope Anda..."
- "Pekerjaan apa paling sesuai untuk ....."
Serta banyak lagi apps. Apa sabda Nabi Muhammad s.a.w tentang "RAMALAN" sebegitu rupa?
"Barangsiapa mendatangi seorang dukun dan mempercayai apa yang
dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah ingkar dengan wahyu yang
diturunkan kepada Muhammad" [Abu Daud]
"Barangsiapa
mendatangi tukang tilik, lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu
(ramalan), nescaya tidak diterima baginya solat selama 40 malam" [Sahih Muslim]
Kesimpulan hukum bertenung nasib atau mendatangi tukang tilik ialah: 1. Jika mempercayai tilikannya, kufur. 2. Jika tidak percaya, solat tidak diterima 40 malam. [Ustaz Rasyid Idris]
Wahai saudara-saudari seIslamku, jauhilah perkara-perkara sedemikian...
Boleh jadi kita melakukannya tanpa kita sedari implikasi dan saya
tidaklah layak untuk menasihati tetapi yang saya mampu lakukan adalah
berkongsi dengan anda semua. Terpulang kepada anda sendiri... Dari kita terpesona dengan ramalan, apa kata kita berusaha dan bertawakal?
Semoga
Allah mengampuni kita di atas kejahilan diri saya dan kita semua....
Wallahualam...
Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....
No comments:
Post a Comment