Sering kali kita mendengar di corong radio, TV, penceramah di surau & masjid mahupun di atas pentas forum. Kisah ini tidak lain tidak bukan adalah berkenaan Nabi Muhammad SAW menyuap seorang Yahudi tua di pasar setiap hari & Abu Bakar menyambung tugas ini selepas kewafatan Baginda SAW. Riwayat yang selalu didengar dan juga dibaca di blog adalah seperti berikut;
Diriwayatkan
Rasulullah SAW hampir setiap hari memberi dan menyuapkan makanan kepada
seorang pengemis buta beragama Yahudi yang mengemis disebuah pasar.
Ketika menyuap makanan kepada pengemis tua ini. Yahudi tua ini tidak
pernah putus putus mencerca akan Rasulullah SAW dan menghina agama
Islam. Namun Nabi tidak pernah memarahinya malah Nabi dengan sabar terus
menyuap makanan kepada Yahudi tua yang buta ini. Hampir beberapa lama
peristiwa ini berlaku sebegitu. Yang akhirnya apabila Rasulullah telah
wafat, kerja mulia ini telah diambilalih oleh Abu Bakar. Itupun setelah
mendapat arahan dan nasihat dari Fatimah sebagai menyambung kerjamulia
Rasulullah SAW.
Setelah disuapi, Pengemis buta Yahudi ini telah membentak kepada Abu
Bakar dan mengatakan bahawa engkau ini bukanlah orang yang sering
menyuapkan makanan kepadaku setiap hari. Abu Bakar berkata bahawa akulah
yang menyuapkan kamu pada setiap hari. "Tidak" kata pengemis tua itu
dan manyambung dengan berkata "orang yang sering menyuapkanku itu memang
ada kelainan daripada kamu. Ia menyuapkan aku dengan lembut dan ikhlas
sekali, Makanan yang keras dilembutinya terlebih dahulu sehingga ianya
menjadi lembik dan mudah aku menelannnya. dan cara suapannya amat selesa
dan disenangi sekali. "Engkau bukan orangnya" marah pengemis buta
kepada Abu Bakar. Akhirnya mengakulah Abu Bakar bahawa selama ini yang
menyuapkan makanan itu adalah orang lain. Pengemis bertanya " Dimanakah
orang mulia itu " Jawab Abu Bakar, beliau telah wafat. Bertanya lagi
pengemis buta ini. Siapakah yang sebenarnya orang yang telah menyuapkan
aku selama hari ini. Kata Abu Bakar : Yang menyuapkan makanan pada
setiap hari kemulutmu itu adalah Nabi Muhammad SAW. Pengemis tua ini
menangis teresak resak dan amat menyesal atas perbuatannya kerana telah
menghina dan mencaci Nabi, sedangkan orang yang dihina itulah yang telah
menyuapkan makanan kepadanya pada setiap hari. Asabab ini, ia telah
memeluk agama Islam atas kagumnya terhadap akhlak mulia Nabi Muhammad
SAW, yang sanggup menyuapkan makanan kepada orang yang menghinanya pada
setiap hari.
Kemusykilan
1) Saya telah membaca di banyak laman web dan blog namun semua penulis tidak meletakkan rujukan kitab mana datangnya kisah ini? Adakah ianya terdapat di dalam kitab Hadis Bukhari & Muslim mahupun kita hadis yang lain ataupun kitab sejarah yang lain?
2) Adakah mungkin Nabi SAW merahsiakan tentang dirinya dan risalahnya dari si Yahudi buta sedangkan sifat yang WAJIB ada pada setiap nabi & Rasul adalah Siddiq, Amanah, Tabligh & Fathonah? Bukankah tugas Nabi Muhammad SAW adalah untuk menyampaikan kalimah tauhid kepada umat manusia?
3) Adakah Yahudi tua ini lebih zalim dan teruk dari Abu Lahab sedangkan Abu Lahab yang menentang Nabi Muhammad SAW ketika permulaan Islam di Mekah juga diseru untuk memeluk Islam jadi kenapa pula Nabi SAW menyembunyikan siapa dirinya dan risalah Islam dari Yahudi tua tersebut?
4) Jika perbuatan tersebut dilakukan setiap hari oleh Nabi SAW DI PASAR, maka seperti kita ketahui, pasar adalah
tempat umum, dan tempat berkumpulnya orang banyak.
Apakah mungkin perbuatan Nabi yang dilakukan setiap hari dan ditempat
umum dan dikatakan terus dilakukannya sampai akhir hayatnya ini tidak
disaksikan oleh banyak shahabatnya? Kalau disaksikan banyak sahabat, maka di manakah hadis yang meriwayatkan kisah ini?
5) Abu Bakar as-Siddiq cuba menipu si Yahudi buta. Mana mungkin yang digelar as-Siddiq menipu. Bukankah ini seolah-oleh merendahkan kemuliaan Abu Bakar yang diberi gelaran as-Siddiq?
Cukup saya letakkan 5 persoalan di atas untuk kita fikirkan bersama. Ada sesetengah pengkaji mengatakan ianya palsu manakala mereka yang menulis di dalam blog dan menyebarkan melalui ceramah pula tidak memberikan rujukan kisah ini. Suka saya kongsikan dengan anda beberapa hadis dari Baginda SAW sebagai peringatan untuk diri ini dan anda semua;
Dari Abdullah bin az-Zubair radhiyallahu’anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Barangsiapa berdusta atas (nama)ku dengan sengaja, maka hendaklah ia
mengambil tempat duduknya dari Neraka.” “Barangsiapa yang berdusta atas
namaku maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka.”
[HR.
Bukhari, lihat al-Jam’u Baina ash-Shahihain, hal. 8]
"Dari ‘Ali, ia berkata: “Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wa sallam, ‘Janganlah kamu berdusta atas (nama)ku, karena se-sungguhnya
barangsiapa yang berdusta atas namaku, maka pasti ia masuk Neraka.’”
[HSR. Ahmad (I/83), al-Bukhari (no. 106), Muslim (I/9) dan at-Tirmidzi
(no. 2660)]
"Dari Mughirah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Telah bersabda
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam: Se-sungguhnya berdusta atas
(nama)ku tidaklah sama seperti berdusta atas nama orang lain.
Barangsiapa berdusta atas (nama)ku dengan sengaja, maka hendak-lah ia
mengambil tempat duduknya dari Neraka.”
[HSR. Al-Bukhari (no. 1291) dan
Muslim (I/10), diri-wayatkan pula semakna dengan hadits ini oleh Abu
Ya’la (I/414 no. 962), cet. Darul Kutub al-‘Ilmiyyah dari Sa’id bin Zaid]
"Cukuplah seorang itu dikatakan pendusta, jika menyampaikan setiap apa yang dia dengar"
[Sahih Muslim]
Maka saya dengan rendah diri memohon kepada mana-mana pihak yang mempunyai rujukan agar kongsikan dengan saya bagi tatapan para pembaca. Saya secara peribadi mengambil pendekatan bahawa kemungkinan untuk kisah ini adalah palsu lebih tinggi berbanding sahih. Walaupun terdapat pengajaran di dalam kisah ini namun ini bukan caranya orang Islam menyampaikan agama Islam terutamanya dengan menisbahkan kisah ini kepada Nabi Muhammad SAW dan juga seolah-olah kisah ini merendahkan kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar as-Siddiq... Wallahualam....
{[:-)=
assalamualaikum brother firdaus...saya ingin bertnya ade x syarah ulama mengenai sifat hdis ini.adakah hdis nie jatuh ke hdis maudu.dan satu sati mx tlong brother firdaus trangkan mcm mana ulama mengiktiraf hdis itu sbgai hdis sahih dan hdis palsu.mx pencerahan.trima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt, i reached this site through Silver Fern at http://prettymoana.blogspot.com/
ReplyDeleteAlhamduLILLAH, I am glad that I took the time for this detour ... :)