Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Monday, October 1, 2012

Akidah Deedat & Zakir Naik Tak Betul...??? Betul Ke Dakwaan Ini...?




Setelah melakukan kajian melalui internet, saya rasa saya mengetahui siapa yang berkata begitu.... Ianya cerita lama kerana insiden ini berlaku setahun yang lepas namun mungkin kerana kehadiran Dr Zakir Naik di Msia maka isu ini mula timbul dan dihangatkan lagi setelah saya melihat ramai yang menulis tentang isu ini di dalam Facebook. Untuk pengetahuan rakan-rakan, saya sendiri berada di salah satu lokasi ketika Ustaz ini melontarkan pendapatnya ini.... Ustaz yang berceramah dalam dua lokasi berbeza telah berkata dengan lantang seperti berikut;


'orang asyik cakap tentang perbandingan agama, perbandingan agama. Adakah dia mengenal Islam secara TOTAL...???'

"...dia kenalkah agama Islam betui betui? dia taukah al-quran dan as-sunnah? apa depa buat adalah tok petik apa Ahmed Deedat cakap, apa Zakir Naik cakap, apa si fulan cakap, lepaih tu tok ulas semua ni.... sedangkan tentang agama sendiri, tentang Islam, tentang tauhid, tentang AKIDAH YANG SAHIH, MEREKA TIDAK ADA MAKLUMAT TENTANG INI... tentang hadis, tentang fiqh, tentang ibadah harian depa, tentang solat depa PUN DEPA TAKDE MAKLUMAT TENTANG IA... HANYA IKUT-IKUTAN..... tapi bila dok cakap perbandingan agama, depa bawa mai, woohhhh depa tok bawa fakta-fakta..."

Kalau Ustaz tak setuju program perbandingan agama pun tak mengapalah kerana pernah suatu ketika saya sendiri juga tak bersetuju dan menentang keras program perbandingan agama ini kerana saya pernah juga duduk dalam kuliahnya ketika beliau diajukan soalan yang sama buat kali kedua. Bukankah Allah SWT telah berfirman;

A012
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujuraat 49:12)

Kenapa Ustaz tidak mahu bersangka baik dengan program perbandingan agama? Dari mana Ustaz tahu bahawa yang menganjurkan program perbandingan agama ini TAK TAHU TENTANG AGAMA SENDIRI IAITU ISLAM? Pernahkah Ustaz bertanya kepada mereka yang terlibat dalam penganjuran program perbandingan agama? Untuk makluman Ustaz yang dikasihi, lokasi Ustaz ditanya soalan yang sama iaitu Al-Khaadem juga telah menganjurkan program Dakwah Training Program di mana para peserta didedahkan dengan ilmu perbandingan agama. Adakah Sheikh Hussein Yee juga tidak tahu tentang akidah Islam dengan menjemput kami?

Ustaz Hussein Yee & kami bergambar bersama dengan para peserta Al-Khaadem - Dakwah Training Program (DTP)

Banyak persoalan bermain di kepala saya… Pernahkah Ustaz berjumpa dengan Sheikh Ahmed Deedat rh dan juga anak muridnya iaitu Dr Zakir Naik yang sekarang ini berada di Msia dan bertanya tentang pemahaman Islam mereka? Sekurang-kurangnya apabila berjumpa boleh Ustaz menguji pemahaman fardhu ain mereka... Untuk pengetahuan Ustaz yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah, penganjur program perbandingan agama yang ada di Malaysia seperti Bro Lim, Bro Shah Kirit & Bro Kamaruddin adalah anak murid ataupun rakan kepada dua tokoh perbandingan agama dunia itu… Dr. Zakir Naik juga menganjurkan PEACE CONFERENCE yang ditonton lebih dari 100 Juta orang di serata dunia di mana Sheikh Hussein Yee, Sheikh Dr Bilal Philips, Sheikh Yasser Fazaga antara jemputannya… 

 Barisan Sheikh antarabangsa untuk Peace Conference

 
 Ustaz Hussein Yee di pentas Peace Conference

 
Ustaz Hussein Yee melawat Dr. Zakir Naik yang berada di Msia. Pemilik asal gambar ini adalah Bro. Iskandar Shah (paling kiri) 

Ustaz yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah, saya doakan agar Ustaz terus berjuang di lapangan Ustaz mengikut kepakaran Ustaz dan dalam masa yang sama usahlah Ustaz memperkecilkan usaha kami yang tak seberapa ini dalam melatih anak-anak Islam kita mengenai kaedah berdakwah. Ya, kami akui usaha kami ini tak seberapa andai ingin dibandingkan dengan usaha Ustaz menyeru umat Islam kembali kepada al-Quran & as-Sunnah..  Ustaz berceramah di TV, menulis di akhbar dan juga dijemput berceramah di seluruh pelusuk tanah air serta kini dijemput ke luar negara manakala kami ini hanyalah penganjur program secara kecil-kecilan yang kadang-kala peserta pun tak seberapa…. Saya percaya Ustaz kenal dan pernah bersua dengan Bro Lim, Bro Shah Kirit dan juga Bro Kamaruddin Abdullah, andai apa yang kami bahas dan buat tu tak betul, tegurlah kami secara senyap… 

Bro Kamaruddin Abdullah dan jemaah IPSI rajin berdakwah kepada orang belum Islam
(gambar menunjukkan Bro Kamaruddin sedang menjawab soalan pelancong asing yang mengunjungi Masjid Kapitan Keling di Penang)

Saya masih ingat ketika di kuliah Ustaz dulu pernah menasihati kami iaitu penuntut ilmu untuk menegur kesalahan saudara seMuslim secara senyap dan kalau boleh sembunyikan keaiban mereka, jadi saya berharap Ustaz juga dapat melakukan yang sama. Kami amat mengalu-alukan teguran dari Ustaz-Ustaz yang pernah belajar di luar negara dan fasih berbahasa Arab. Kami pendakwah jalanan ini, Bahasa Arab kami setakat Assalamualaikum dan Walaikumusalam sahaja…

 Bro Shah Kirit & Bro Lim dijemput ke Universiti Al-AlBayt, Jordan untuk berkongsi ilmu perbandingan agama. Dua tokoh ini juga dijemput ke luar negara untuk memberikan latihan dakwah
Seperkara lagi, andai Ustaz berkata bahawa mereka yang baru memeluk Islam ataupun orang Islam yang menghadiri kursus perbandingan agama ini akan goyah akidah ataupun akidah mereka lemah, Ustaz tanyalah kepada bekas peserta perbandingan agama supaya penilaian Ustaz itu lebih adil… Kepada sahabat yang dirahmati oleh Allah, usahlah kita melaga-lagakan guru kita lagi. Kita belajar kitab talbis iblis tetapi kita sendiri masuk perangkap iblis… Andai kita tidak mampu mendamaikan mereka, sekurang-kurangnya usahlah kita memburukkan keadaan… Nak berpolitik dan pilihan parti politik, itu hak masing masing… Ingat adab dan akhlak kita sebagai orang Islam.. Peringatan ini buat diri dan rakan-rakan…

Akhir sekali, saya doakan Ustaz dan rakan-rakan dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan oleh Allah untuk meneruskan perjuangan dakwah Ustaz… Jikalau ada sebarang perkataan yang menyinggung perasaan, saya tidaklah berniat sebegitu.. apa yang saya kongsikan hanyalah luahan perasaan dan harap tiada sesiapa yang melaga-lagakan kita ataupun antara ilmuan Islam di Msia dan luar negara... Segala salah dan silap, saya mohon maaf… InshaAllah, panjang umur kita bersua lagi di masa hadapan..

Assalamualaikum….. 

p/s mungkinkah Ustaz terlepas cakap ataupun ayatnya disalah tafsirkan.. Saya harap beliau terlepas cakap atau saya yang tersalah tafsir ayatnya.... Saya mengenali Ustaz ini sebagai seorang ilmuan muda yang sangat berbakat dan dalam ilmunya... Saya harap saya tersalah tafsir... bersangka baik.... 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UPDATE...!!!

Anak murid Ustaz tersebut menghubungi saya dan beliau berkata kepada saya mungkin ada salah faham. Beliau telah menjelaskan bahawa dua kuliah Ustaz bukanlah merujuk kepada Ahmed Deedat, Dr Zakir Naik, Bro Shah, Bro Lim mahupun Bro Kamaruddin tetapi sebaliknya ditujukan kepada individu lain... 

Anak murid Ustaz menambah beliau risau ada pengadu domba yang ingin melaga-lagakan ilmuan di Msia ini dan saya juga bersetuju dengan kebimbangannya itu dan oleh itu saya berkata artikel ini bukanlah untuk melagakan tetapi sebagai penjelasan dari saya yang terlibat secara langsung dalam program perbandingan agama ini... Saya juga telah meminta jasa baik anak murid Ustaz untuk memadamkan dua video tersebut demi kebaikan kita semua kerana apa yang diungkapkan oleh Ustaz tersebut adalah umum dan juga menyebut nama tokoh perbandingan agama tadi.

Maka bolehlah saya simpulkan bahawa ada individu yang tersalah tafsir dan quote of of context ceramah Ustaz tersebut. Saya berharap agar kita bersama-sama bermuhasabah demi kebaikan Islam...  Ini sahaja ruang untuk saya menyampaikan pandangan saya dan saya berharap agar berhentilah dari sindir menyindir di laman sosial dan juga anak murid kesemua Ustaz yang terlibat agar jangan mengapi-apikan lagi.... cukuplah... wallahualam...


3 comments:

  1. Saya ada soalan kepada orang yang mengatakan bahawa Dr. Zakir Naik salah atau sesat . Adakah anda mengikut atau mengamalkan mazhab sepereti Hanafi, syafi yang mana anda mengikuti.

    ReplyDelete
  2. Yang paling penting ialah menyebarkan ilmu tentang Allah, Tuhan Pencipta Alam Sejagat dan Muhammad Pesuruh Allah terakhir; kepada lagi 5 billion umat manusia.

    Sama ada mereka mahu menerima Islam atau tidak, urusan itu sudah di luar kemampuan kita.

    ReplyDelete
  3. Jangan menyesatkan orang yang berdakwah tentang Islam dan dapat membawa orang kafir memeluk Islam. Takut diakhir kalam, kita pula yang sesat dan mati dalam suul khatimah.

    ReplyDelete

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...