Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Tuesday, February 1, 2011

Wanita ini.....


Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana 2011 adalah tahun ke-10 saya mengenali isteri tersayang dan hari ini 1 Februari 2011 adalah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-5.

Wanita ini - bukan wanita biasa, dia isteriku
Sayang, banyak yang telah kita lalui bersama. Pahit manis masam masin semuanya telah kita rasai bersama. Selama itu tak pernah Sayang mengeluh atau mengadu malahan Sayang tetap setia dan tabah bersama saya mengharungi semua itu.

Walaupun pernikahan kita tertangguh beberapa hari atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan tetapi Allah Maha Kuasa kita selamat diijabkabulkan pada 1 Februari 2006 di kampung kelahiran Sayang - Kodiang, Kedah di hadapan keluarga dan sanak saudara. Ayu sungguh Sayang pada masa itu dan keayuan Sayang berkekalan ke hari ini dan selamanya di hati saya. Dengan sekali lafaz sayang telah menjadi isteri saya yang sah. Tidak dapat digambarkan kegembiraan waktu itu dan saya bagaikan tidak percaya kita telah selamat diijabkabulkan.

Keluarga & sanak saudara
Saat akad nikah

Sah!!!

Sayang mengucup & memeluk Mummy
Linangan air mata dari Mummy menyebabkan kita sebak seketika.

Bersama keluarga tersayang

Menukar cincin

Selepas majlis pertukaran cincin


Allah telah menguji kita dengan Sayang. Allah menguji kita dengan memberikan berita gembira sebanyak 2 kali bahawa sayang mengandung tetapi Allah Maha Mengetahui - kedua duanya gugur. Tatkala kita merancang untuk berehat - sekali lagi Allah memberikan kita berita gembira dan kali ini Allah mengurniakan kepada kita cahaya mata kita yang pertama yang telah diberi nama Aiman Wong Khai Jien. Allahuakbar. Susah perit sayang menanti saat Aiman dilahirkan turut saya rasai. Setelah berpuasa 24jam atas arahan doktor, Sayang terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan Aiman pada 6 Mei 2007. Namun semua itu berbaloi kerana Sayang dapat menonton Spiderman pada 3 Mei walaupun due date dah lepas.

Hari pertama Aiman di dunia

Si Chubby Aiman


Senyuman manja Aiman & jelingan Umi


Mirip Umi
Sayang mendidik anak kita dengan sempurna

Sepanjang waktu ini telah banyak kita lalui, pembukaan & penutupan Restoran Zheng He, hutang, dan pelbagai lagi dugaan tetapi Sayang tetapi setia. Alhamdulilah sepanjang waktu ini tetap kita mampu memberikan Aiman keperluan asas - syukur kepada Allah.

Alhamdulilah, Allah telah mengurniakan kepada kita puteri pada 3 Disember 2009 yang dinamakan Aimi Wong Syuen Nie. Allah menguji Sayang dengan pelbagai dugaan waktu ini dan lebih dugaan dari sewaktu mengandungkan Aiman. Sayang sepatutnya melahirkan Aimi secara normal seperti yang diberitakan oleh doktor dan setelah bertarung dengan kesakitan yang amat perit selama beberapa jam, saya tidak sanggup melihat Sayang untuk menderita walaupun Sayang ingin melahirkan Aimi secara normal tetapi keputusan terbaik adalah melalui pembedahan walaupun ini bererti kita tidak akan mencapai target kita (4 cahaya mata) tetapi itu tidak mengapa kerana yang paling penting adalah keselamatan Sayang dan juga tidak sanggup saya melihat Sayang di dalam kesakitan. Saya memohon maaf kerana terpaksa "memaksa" Sayang melalui pembedahan sekali lagi. Akhirnya, puteri kita selamat dilahirkan dengan fizikal yang sempurna - syukur Alhamdulilah.

Aimi

Yahooooooo.....

Loveeeee Umi

Terima kasih Sayang atas segala galanya. Luahan yang sedikit ini tidak akan dapat mengambarkan betapa sayangnya saya kepada Sayang dan semoga kita akan bersama meraikan ulangtahun yang ke-10, ke 20-, ke-30, ke-40, ke 50 sehinggalah maut menjemput kita dan memisahkan kita. Tidak dapat saya bina istana atau memetik bintang dari langit tetapi yang mampu saya lakukan adalah memanjatkan doa kepada Allah agar Sayang dikurniakan kesihatan yang baik serta melindungi hubungan suami isteri kita dan merahmati hidup kita bersama anak tersayang. Semoga Sayang akan menjadi teman saya di Jannah andai berpeluang kelak.


2 cahaya mata penyeri hidup kita



Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-5 Sayang... Semoga Allah merahmati dan memberkati perkahwinan kita ini. Amin....!!!


UPDATE; Ahli baru dalam keluarga Wong, 

 
Ammar Wong Khai Ann
DOB: 15/1/2012
 Say; "Ooooooooo"



12 comments:

  1. Amiiin..

    Tahniah atas ulangtahun perkahwinan pada hari ini. Semoga sentiasa berbahagia dan diberkati Allah swt bersama ahli keluarga tersayang sehingga ke Jannah.

    ReplyDelete
  2. Tahniah to Firdaus & wife,

    Semuga sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan dari Allah, kebahagian ke akhir hayat.

    Ameen.

    ReplyDelete
  3. Tahniah bro. Semoga terus mendapat rahmat dari Allah s.w.t . ^_^

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah bro. As how He had brought the both of you together in this world, I pray He will bring the both of you together in the hereafter; specifically ... eternal bliss in Jannah. Insha'Allah. :)

    ReplyDelete
  5. congrats Bro! have a wonderful anniversary!!

    ReplyDelete
  6. moga jodoh berkekalan hingga ke akhirat. amiin..
    sememangnya wanita ini bukan wanita biasa..dia isterimu yang setia..hargailah dia seadanya..

    ReplyDelete
  7. This is a cute and funny post yet so heartwarming. May Allah shower barakah on you and your family.

    ReplyDelete
  8. الله الرحمان الرحيم

    ReplyDelete
  9. seronok sekali rasanya dihati melihat kebahagiaan anda berdua,dan yang lebih mengujakan saya apabila keduanya disatukan atas nama tauhid kepada Allah, Pencipta sekalian makhluk.Allahuakbar........

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..

    Harapnya bro Firdaus ada kesempatan lagi baca komen2 reader :)

    Mabruk dah dikurniakan 3 cahayamata yang insyaAllah akan menjadi mujahid n mujahidah generasi akan datang.

    I assume Ammar was also born via csection? Kebiasaannya if dah 3 kali csection akan dinasihatkan buat BTL (ikat bagi mengelak mengandung lagi) tapi saya amat2 berharap bro n wife tidak memilih untuk membuat prosedur tersebut. BTL atas alasan mengelakkan mengandung kerana khuatir komplikasi jika mengandung lagi fatwanya haram. Dah banyak berlaku ibu2 yang melahirkan secara csection 8-10 kali dan juga sudah banyak berlaku ibu2 yang melahirkan secara normal walaupun sudah 4-5 kali melalui csection sebelumnya.

    Saya seorang Chilbirth Educator dan passion saya adalah membantu ibu2 yang pernah melalui csection atau trauma melahirkan untuk memahami proses kelahiran secara fitrah. Proses kelahiram itu sekiranya kita faham ianya adalah antara proses yang paling powerful untuk mendekatkan pergantungan kepada Allah SWT yang unfortunately di zaman moden sekarang ni sudah amat sukar utk dirasai. Peluang utk memahami fitrah proses kelahiran itu sendiri pun sudah makin sempit kerana secara amnya proses bersalin diserahkan kepada dr sepenuhnya.

    Andai diberi rezeki untuk menimang cahayamata lagi saya sarankan sangat2 kepada bro n wife menghadiri kelas2 persediaan bersalin yang tidak terikat dengan mana2 hospital yang dapat menerangkan proses bersalin yang sebenarnya dan juga join groups yang menyokong gentle birth. Saya sendiri admin sebuah group sokongan untuk ibu2 yang ingin melahirkan secara normal selepas csection/multiple csection.

    Allah yg maha berkuasa dan yakinlah Allah lebih mengetahui, manusia hanya boleh menjangka berdasarkan ilmu sekdar yang ada. Csection berapa kalipun bukanlah limitation berapa jumlah cahayamata kita. Contoh yang boleh diambil iktibar berkenaan ini ialah dari keluarga Duggar..sudah banyak kali melalui csection dan pernah dinasihati buat BTL tapi mereka serahkan sepenuhnya kepada Allah untuk tentukan berapa orang anak untuk mereka.

    Kalau bro atau wife berminat nak tau lebih lanjut do feel free to contact

    Barakallah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumusalam,

      InshaAllah boleh berhubung dengan saya di 0176479978 atau melalui Facebook saya. Barakallahu Feekum

      Delete

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...